Rezeki Di Negara Orang II

Sebenarnya aku tak tau sangat pasal part yang bukan professional. Kalau bidang professional contoh macam engineer dan juga preparations, boleh lah refer Part 1 di sini, (https://iiumc.com/rezeki-di-negara-orang/).

Ni info aku dapat pun sebab aku tanya2 random je gitu2. Kalau orang muka garang memang aku tak tanya lah haha. Aku tak ada sedara atau kawan2 orang MY yang kerja bidang bukan professional kat SG.

Jadi aku hanya dapat bagi info yang sangat ringkas dan pendek yang mana aku dapat korek je okay. Siapa yang memang sekarang kerja bidang bukan professional kat SG tu mungkin boleh tolong buat confession yang lebih detail tolong kawan2 kita yang lain okay?

Jadi hasil daripada aku borak2 dengan pekerja rakyat Malaysia di SG, mostly kalau nak kerja sini melalui agen-agen pekerjaan di JB. Pergi je mana2 agensi pekerjaan kat JB dan isi borang dan interview. Siapa di luar kawasan tu call lah dulu. Advantage kat sini memang orang yang dah kat area JB.

Average bayaran dia ialah SGD400 setiap bulan, selama 4 bulan kepada agent tersebut. So 4 bulan pertama struggle sikit, lepas tu dah boleh enjoy! Tapi pastikan agen yang berdaftar yang ada office, jangan sebarang je deal atas orang atau third party. Kerja tak dapat, takut korang pulak yang kena jual.

So agent ni lah yang akan dapatkan korang kerja kat SG based on demand kat sana juga experience sedia ada korang. Kalau dah ada pengalaman kerja hotel kat MY, kat sana nak masuk hotel lagi senang lah gitu. Tapi tengok lah demand dan juga required skills juga.

Dan sebenarnya banyak je peluang kat sana, kedai makan, dobi, fast food, hotel, technicians, kilang, cleaner, general labour works. Banyak yang nak kerja sini, tapi banyak juga yang berhenti atas faktor usia, kesihatan, ikut keluarga berpindah etc. So benda tu balance je. Yg penting kena usaha dulu. Peluang tak datang bergolek okay.

Oleh sebab confession ni pendek sangat, dan aku pun bulan depan dah nak tinggalkan SG untuk ke negara baru sebab dapat kerja lagi best. Aku share sikit tips nak survive kat SG. Boleh lah bagi idea sikit untuk siapa yang berminat.

A. Tempat tinggal

Masa aku baru kerja dulu memang aku duduk SG. Sebab tak biasa lagi kan. Sewa bilik sorang kat common room dalam HDB (flat) sebulan $600, termasuk bil air api dan internet semua. Ni harga average.

Kalau duk kat kawasan tak glemer sikit dapat lah termasuk aircond sekali, tu pun time tidur je dia bagi on. Kalau master $800-$1200. Boleh lah share ke kalau ada kawan. Pastu selalunya kalau HDB ni kena duduk dengan owner (selalunya cerewet nak mampus). Bagus kalau cari tempat yang owner tak duduk sekali.

Kalau nak duduk tanpa owner atau sendiri, yang banyak nya condo (private). Means mahal lah gila. Ada lah jugak HDB yang kita boleh sewa satu rumah tapi tak banyak dan juga perumahan lama. Sebab diorang ada syarat tak boleh bagi sewa completely sebelum berapa tahun beli gitu.

Sewa satu rumah ni bagus untuk yang kaya sikit lah tak pun nak bawak family duduk. Tapi cam merepek orang Malaysia nak duk SG satu family dah kenapa. Sedangkan orang Singapore pun ramai2 pindah duduk Malaysia. Satu HDB 3 bilik paling cikai dalam $1.8k. Condo $2.5k camtu. Pastu kau darab lah 3 tengok sayang ke tak sayang ringgit haha.

Sekarang aku duduk rumah sendiri kat JB, apartment kat tengah bandar menghadap Selat Tebrau. Beli hasil dari kumpulan wang bekerja selama 2 tahun di SG. Bukan nak menunjuk, cuma nak bakar semangat korang untuk cari kerja overseas.

Dapat duit gaji dalam dollar tu nanti nak enjoy tu enjoy jugak, tapi jangan lupa saving/ investment/ sedekah. Jadi sekarang daripada aku bayar $600 bulan2 kat tuan rumah sewa, aku alihkan duit tu untuk bayaran bulan2 rumah aku dan topup sikit. At least rumah tu aku yang punya kan.

B. Johor Bahru – Singapore

So macam mana dengan pergi balik kerja hari2? Depends kat tempat kerja korang kat SG nanti belah mana. Kalau belah utara atau tengah2 SG okay lagi lah. Kalau yang belah hujung2 tak pun jauh ke east atau west tu lama sikit lah masa perjalanan korang.

Aku kerja office hour, keluar rumah pukul 7 pagi, before 9 pagi dah boleh sampai office. Memang boleh dapat beauty sleep setiap malam. Tempat kerja aku kat Bishan, betul2 tengah SG. Timeline perjalanan aku hari2 camni:

1. Dari rumah drive ke parking dekat dengan imigresen JB, ada beberapa open parking space, satu hari RM9, kalau parking overnight kira sehari RM12. Parking motor pun ada sekali, RM3 kot sehari. Tapi ramai je yang parking secara haram tepi2 jalan, nasib lah kalau kena saman ke tak. Tak pun kereta kena sondol atau hilang. Siapa nak location parking ni komen nanti aku share.

2. Pastu dari parking ke imigresen JB jalan kaki je 5 minit.

3. Pagi2 kat imigresen JB clear je, tak sampai 5 minit je pun selesai urusan. Hari isnin je ramai sikit. Tu pun 10 minit je pun. Yg korang dengar jem berjam2 tu yang naik motor/kereta masuk SG, memang bercinta sikit.

4. Lepas dari imigresen JB, kalau rasa kau banyak lagi masa nak spare silalah naik public bas haha. Mostly kitorang jalan kaki kat jambatan yang dipanggil Causeway tu, 2.4km aje nak sampai imigresen SG.

Mula2 aku calculate dalam 40 minit, dah hari2 jalan dah expert tiba2 jadi 30 minit pulak sekarang. Eh. Mula2 memang hongeh bai, berkicap berpeluh balik rumah terus pengsan kemain penat dia lain macam bagai.

Tapi lama2 kau akan biasa, badan dan kaki kau pun dah adjust jadi syok jugak. Dan kau jua bertambah sihat. Setakat 10k steps sehari senang2 je dapat. Time jalan kaki sorang2 ni lah kau boleh berfikir dengan tenang.

Tapi sekarang aku dah ada escooter, jadi 5 minit je JB-SG berdezup! Hehehe. Naik escooter ni ikut laluan orang jalan kaki tau, jangan ikut motor pulak. Kalau basikal yang boleh lipat pun. Kalau basikal tak boleh lipat kena ikut laluan motor.

Kalau nak beli escooter baik beli kat SG, dijamin kualiti dan waranti. Beli yang ringan je bawah 10kg, sebab kat imigresen SG nanti kau kena pikul naik tangga pusing2. Escooter paling basic boleh dapat dalam $300 lebih kedai kat MRT Tai Seng.

Note: kalau korang kerja kilang, selalunya ada bas khas ulang alik untuk pekerja so benda ni tak yah fikir dah.

5. Dah sampai imigresen SG, sini lama sikit beratur sebab ramai. Average waiting time 20 minit, kalau isnin lama sikit.

But look at the bright side, time beratur ni banyak je peluang kau boleh manfaatkan, scroll social medias ke, reply whatsapp, tengok tv series atau movie kat phone, atau lebih bagus baca news/ buku. So bila time kerja tak ada lah kau mengular sebok nak buat semua tu sangat.

6. Lepas imigresen SG, naiklah bas ke MRT dan sambung lah perjalanan masing2 dari situ. Untung kalau tempat kerja kau ada direct bas dari lepas imigresen tu.

7. Reverse je lah kronologi tadi untuk perjalanan pulang. Cuma masa balik kat imigresen SG, hari jumaat sangat hororrrrr. Tapi tu je lah seminggu sekali je pun.

C. Makan

Tempat makan halal banyak je, yang murah2 kat setiap food court mesti ada lah at least satu makanan halal. Satu meal nasi+ayam+sayur $3-$5. Kalau tak ada better tapau lah siap2 dari JB. Beli roti ke. Roti Gardenia sebuku kecik kat JB RM2.40, kat SG $2.00. Ambik calculator! =P

D. Lifestyle

Honestly, duduk kat SG boring pada aku. Negara kecik kan. Yg best negara dia sangat bersih dan selesa. Setiap bulan diorang cuci HDB pakai jet spray tu yang maintain cantik dan bersih je. Orang OCD memang rasa SG is heaven. Terbayang flats kat MY adehh bacen! Tapi dalam berapa bulan je dah boring aku nak explore.

Masa pindah JB seronok gila bai, kalau lapar pukul 2 pagi aku drive je gi mamak atau McD. Tesco pun sampai 1 pagi kalau weekend. Masa lapar kat SG pukul 2 pagi? Berhuhuhu je lah sampai esoknya. Pastu aku jenis kuat berjalan road trip, running, hiking semua. So pilihan untuk stay JB memang sangat tepat untuk aku.

E. Lain-lain

Sebab tu aku suggest untuk duduk SG dulu setahun, just utk merasa dan dapat pengalaman. Duduk sini baru leh tengok orang dia macam mana hehe. Sorry lah kalau ada orang SG terbaca ni, tapi diorang ada this attitude action sikit once diorang discover kau Malaysian. Tak kira lah bangsa apa.

Contoh, Singaporean Indians ada rasa macam diaorang ‘atas’ sikit lah daripada Malaysian Indians. Chinese dan Malays pun camtu. Ya get what i mean? Tapi pandai2 lah bawak diri. Sedar diri tu menumpang cari rejeki kat tempat orang.

Macam aku dulu pun memandang rendah kat Indos, Banglas and Nepals yang cari rejeki kat negara kita, tapi bila aku sendiri terjadi berada kat tempat diorang baru lah tersedar dan jadi humble sikit kekeke.

Aku cakap pasal sedar diri ni sebab aku tengok sendiri banyak Malaysians yang bila dah selesa dapat kerja kat SG terus slacking. Datang lambat, mengular, ponteng, MC banyak2, kerja nak tak nak lah. Aku pun tak kurang jugak kadang2 hahaha.

Diorang tak ada lah akan berhentikan terus camtu, bagi warning dulu. Orang SG ni baik sebenarnya, cuma kita jangan trigger je. Tapi sesama kita sama2 lah saling menngingatkan, tak manis lah kan rakyat negara dia tengok kita ni dengan imej macam tu.

Kita datang kerja SG sebenarnya pada diorang kita dah rampas peluang pekerjaan dan hak diorang jugak tau. Jangan lupa yang dulu kita nak sangat dapat peluang ni, jadi bila dah dapat don’t take things for granted!

All the best semua! Doakan semoga urusan aku di tempat baru dipermudahkan. Eh dan juga doakan semoga aku dapat jodoh yang baik, sesuai dan kacak!

– Panda

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *