Assalammualaikum semua. Tujuan aku menulis ini untuk berkongsi untuk mereka yang mengalami nasib yang sama. Hanya mereka yang melalui sahaja yang betul-betul akan faham perasaan ini.
Aku anak bongsu dari empat adik-beradik. Namun dalam adik-beradik aku anak kedua yang telah berkahwin. Abang ku sudah berkahwin hampir 10 tahun namun masih belum mempunyai rezeki anak. Jadi setelah aku berkahwin, mak dan ayah aku berharap sangat aku mengandung dan mereka akan mempunyai cucu. Agak stress juga aku time tu. Pada aku tak perlu nak tergesa-gesa. InsyaAllah ada rezeki.
Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun. Aku masih belum mengandung. Rakan yang berkahwin sama tahun ramai yang telah mengandung malah ada yang telah bersalin. Time ni aku mula mengasingkan diri, kalau boleh tak nak tahu berita kawan-kawan yang pregnant. Tengok FB atau instagram ternampak je laju-laju scroll. Punyalah tak nak tengok. Tapi dalam masa yang sama aku adalah baca-baca di internet dan join beberapa group kat FB. Tak sangka ramai yang senasib dengan aku. Malah ramai yang lagi bertahun-tahun menunggu.
Pernah sekali tu, mak aku membawa aku berurut dengan seorang makcik ni. Aku diurut tiga hari berturut-turut. Demi nak dapat zuriat, aku diminta makan telur ayam kampung mentah dicampur dengan barli hancur yang bila dimasak dengan air akan menjadi kembang. Hahaha….memang nak muntah okay. Kami suami isteri kena makan selama 7 hari kalau tak silap. Mujur suami aku ikut sahaja bini nya. Dia telan sahaja. Makcik tu kononnya cakap aku tak ada masalah. Yang bermasalah suami ku. Aku pun malas nak cakap apa-apa. Tak nak percaya sangat. Macamana dia tahukan sebab dia urut aku je…hihii…aku macam malas lagi nak datang jumpa makcik ni.
Setelah menghampiri 2 tahun. Masih belum pregnant.. Tapi sepanjang tempoh ini, banyak yang telah aku study pasal infertility ni. Terima kasih kepada support group di FB kerana banyak berkongsi maklumat-maklumat yang berguna dari OPK, BBT dan macam-macam lagi. Semuanya aku cuba. hehehehe….ada juga aku cuba produk-produk yang aku sendiri tak pasti kesahihan nya. Tapi masih belum rezeki nampaknya.
Makcik pakcik bawang memang memang ramai yang akan concern time ni.. hahahaha…. dari yang tanya berlapik sampai lah yang menghiris hati. Memang sedih sangat masa ni. Aku mula belajar cara untuk tenangkan diri, aku cuba positifkan diri..tapi kadang-kadang tewas juga. Menangis dan kecik hati juga.
Sampai lah satu masa ni, aku beranikan diri untuk menghubungi PPUM untuk membuat rawatan infertility. Tapi kena tunggu hampir berbulan-bulan untuk dapatkan temujanji pertama.
Hari yang dinanti telah tiba. Agak cuak juga. Untuk temujanji pertama, tidak perlu jumpa doktor lagi. Kami suami isteri diminta untuk membuat ujian darah dan isteri akan buat tvs (boleh google) untuk melihat keadaan rahim. Kemudian kami diberi temujanji untuk membuat Sperm test (suami) dan HSG (isteri). Aku tak nak cerita lebih lanjut procedure tersebut. Boleh google. Atau kalau nak juga mungkin aku boleh kongsi kemudian.
Setelah selesai semua tu. Kami diberi satu lagi temujanji. Kali ni baru akan jumpa pakar untuk review kesemua ujian tersebut. Time ni memang takut juga, aku siap-siap minta maaf kat suami kalau-kalau aku yang bermasalah selama ni. Dan setelah doktor terangkan kesemua result. ternyata aku disahkan PCOS. Aku cuba tenang time tu. Time tu aku memang da tahu PCOS tu apa sebab aku kan study kat FB tu…hahaha… Doktor tu cuba tenangkan kami. Katanya, kami patut bersyukur sebab isteri sahaja yang bermasalah. Dan perlu fokus kat seorang sahaja. Keadaan akan rumit kalau masalah pada kedua pihak dimana kedua-dua perlu dirawat.
Kami mencuba tak silap 2 kali cycle period dengan pantau pembesaran ovum dan makan ubat (clomid). Tapi masih tak berjaya. Doktor kemudian nya mencadangkan IUI.
Pada hari IUI memang takut sangat. Macam-macam aku fikir. Kalau gagal lagi macamana. Sampai bila nak teruskan rawatan ni..Aku siap cakap dalam suami kalau masih tak berjaya, aku nak stop kejap treatment ni.. Suami aku macam biasa setuju sahaja…hehehe…
Selepas 14 hari IUI dijalankan, aku diminta untuk buat ujian darah untuk menentukan sama ada IUI tu berjaya atau tak dalam kata lainnya pregnant atau tak. Sebelum tarikh ujian darah tu aku da gatal-gatal juga cuba UPT (urine pregnancy test) dan memang aku terkejut sebab keluar double line.. Tapi sangat KABUR.. Tak tahu nak happy ke cana.. Tapi aku memang terkejut gila. Hari esok nya aku cuba lagi tapi masih kabur. Kalau ikutkan sepatutnya mesti line tersebut makin terang. Aku cuba tenang kan diri dan tunggu sahaja ujian darah esok hari.
Esoknya aku tak buat UPT terus buat ujian darah. Nurse tu cakap petang nanti boleh call balik untuk dapatkan keputusan. Lepas buat ujian darah tu aku ke office macam biasa. Petang dalam pukul 3 aku call dan aku disahkan pregnant tapi bacaan nya agak tinggi, nurse takut chemical atau multiple pregnancy. Lagi la aku seram tapi tetap happy sebab sepanjang aku berkahwin tak pernah nurse/doktor cakap “tahniah, anda disahkan pregnant”. Aku terus ke surau da sujud syukur dan terus call husband. Keesokkan harinya aku diminta datang untuk ambil ubat untuk support awal kehamilan ni. Nurse nasihatkan supaya banyak berehat.
Dalam minggu ke lima camtu. Ada bleeding sikit. Time tu mmg takut dan sedih. Aku terus call PPUM dan diminta datang. Doktor minta aku buat TVS dan time ni kali pertama aku melihat ada ”sesuatu” yang berdenyut kat screen. Ya Allah..alhamdulillah…memang menitis air mata aku time ni..Doktor minta aku terus makan ubat untuk kuatkan rahim.
Sepanjang kehamilan ni, aku memang mabuk teruk. Muntah setiap hari sampai HB aku low. Tapi aku berjaya melahirkan seorang baby girl. Alhamdulillah..aku bsyukur pada-mu Ya Allah.
Dipendekkan cerita, semasa anak aku berumur 5 bulan aku disahkan mengandung anak kedua. Memang tak disangka dan sangat terkejut aku boleh conceived secara natural kali ni.
Buat kawan-kawan yang masih belum mendapat zuriat. Semoga korang terus berusaha tanpa jemu. Teruskan bersabar kawan-kawan. InsyaAllah pada masa yang tepat doa-doa kalian pasti dimakbulkan Allah. Teruskan berdoa. Sentiasa berfikiran POSITIF.
Tiap kali kalian terfikir benda negatif tiap kali mendengar kawan-kawan yang berjaya hamil. Cuba kalian tarik nafas sedalam-dalam nya dan hembus perlahan-lahan serta bayangkan perasaan negatif tadi turut keluar masa nafas dihembus. Cakap kat diri sendiri, bulan depan turn aku pulak. Tiap kali nampak orang mengandung, kalian doakan semoga dipermudahkan dan cakap kat diri sendiri…Lagi 6 bulan nanti aku camtu la..
Aku nasihatkan kalau da lepas setahun masih belum pregnant, kalian boleh buat pemeriksaan. Jangan buang masa cuba produk yang bukan-bukan. Dapatkan dulu nasihat doktor. Tentukan dulu apa sakit sebenar.
Buat suami semua. Tolong bagi moral support kat isteri. Tenangkan isteri yang biasanya akan nangis kalau UPT negatif, ada terkecik hati sebab kena perli dengan makcik masa kenduri..moral support suami sangat penting buat isteri. Tolonglah hargai isteri. Ambil la masa berdua ni untuk kenal lebih rapat. Pergi bercuti bersama. Tengok wayang bersama. Sebab nanti masa da ada anak, kalian akan rindu masa berdua sebelum ada anak.
Ingatlah cabaran setelah ada anak nanti sememangnya lagi mencabar berbanding masa TTC (trying to conceived). Macam-macam lagi nak kena fikir nanti… anak demam, anak meragam, anak menangis, anak tantrum dan paling takut suami meragam… hahahahaha….
Sekian. Terima kasih kerana sudi membaca.
– Lily
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit