Lama rasanya aku simpan benda ni tapi hari ni rasa nak menaip sikit. Aku ni cuma diploma holder dan baru 10 tahun kerja. Kerja apa tak boleh reveal sebab nanti mesti orang dapat agak sebab our scope ni kecil je. Pusing sana pusing sini, kita akan jumpa orang yang sama. Aku sangat suka kerja aku sampai hari-hari cakap nak berhenti tapi tak pernah berhenti pun. Walaupun aku ada diploma je tapi aku sangat-sangat menghargai apa yang aku ada dan aku berani admit yang aku sangat rajin. Haha, puji diri sendiri pulak. Peduli apa dah memang aku rajin. Tapi tulah, ramai yang ambil kesempatan terhadap kerajinan aku ni.
Sebenarnya aku bukan berasal dari keluarga yang senang. Masa dapat tawaran masuk universiti tempatan dulu, aku sangat teruja tapi bapak aku buang surat tawaran aku sebab dia cakap tak menjamin masa depan. Nasib lah ada adik aku kutip surat tu dan senyap-senyap aku pergi interview. Kalau tak, tak tahulah jadi apa aku sekarang. Walaupun tak berapa direstui, berkat kesungguhan, usaha, doa dan semangat yang tak pernah putus, akhirnya aku tamat belajar dengan result 4 flat. Eh tak, tipu je. aku ni tak berapa pandai pun tapi sikit lagilah nak dapat 4 tu.
Habis belajar, aku terus cari kerja. Bukan tak teringin nak sambung tapi mengenangkan banyak perkara, aku padamkan niat tu. Nak dipendekkan cerita, selepas setahun bekerja di tempat yang salah, aku akhirnya mendapat tawaran ke sebuah tempat yang boleh dikatakan menjadi impian aku selama ini. Bermulalah detik-detik pahit tapi paling berharga dalam karier aku. Aku boleh dikatan ada 20% knowledge je dalam bidang pekerjaan aku ni dan 80% lagi teori. So, aku memang nak sangat belajar daripada bawah. Mulanya memang aku kurang yakin aku akan dapat belajar banyak, sebab yelah company besar nak ke ajar ikan bilis macam aku ni. Boleh ke aku lead a project? Tapi aku positif kan diri dan take the risk. Why not kan? It’s better to take the risk or you’ll lose the chance.
Selepas 2 bulan kerja, aku diarahkan untuk assist seorang super senior ni. Tak ramai orang boleh kerja lama dengan dia sebab dia tersangatlah garang. Tapi dia memang menjadi orang kepercayaan bos dah nak dekat 15 tahun. Makin curious lah aku nak tahu pasal dia kan. Berbekalkan sedikit pengetahuan pasal dia yang aku dengar dari officemates, aku dah risau takut tak dapat bertahan lama. Dah dekat 5 orang assistant dia berhenti sebab tak tahan dengan perangai dia which is true. Aku dengar dia cakap jer dah kecut perut tapi aku beranikan diri untuk assist dia. Kat bawah ni aku senaraikan perkara-perkara yang terpaksa aku hadap sepanjang bekerja dengan dia. Agak tough tapi sebenarnya it’s part of my learning process;
1. Communication. Dia fluent English so memang dia akan communicate in english. Aku ni walaupun English A tapi aku tak berapa biasa communicate in English as daily conversation. Orang melayu kan, kenalah cakap melayu. Mulanya payah gak, aku cuba cakap melayu dengan dia tapi macam kucing dgn tikus plak nak bercakapnya. So aku cuba cakap English dengan sesiapa pun dan google semua benda kalau tak paham tapi dalam diam aku sebenarnya dapat improve communication skills aku ni.
2. Professionalism. Setiap email yang keluar masuk mestilah melalui dia. Cuba bayangkan, kalau ada 20 email, berapa lama ambik masa nak hantar dan taip. Grammar kena betul, perkara nak disampaikan tu kena tepat dan setiap email dia kena faham kalau dia tak faham, dia suruh taip balik. Ayat nak tulis pun kena perhati betul-betul. Menangis tepi meja. Even cara nak cakap pun indirectly dia ajar aku. Memang selalu bila kena cakap dengan client dia buat loud speaker supaya aku boleh dengar conversation dia. Email tak payah citerla semua email dia cc aku. Penuh inbox. Kena baca satu-satu tak boleh avoid sebab nanti tiba-tiba dia tanya macam dalam kelas pulak yer.
3. Perfectionist. Dia akan bagi clear direction untuk setiap kerja. Memang bagus tapi kadang-kadang tu terlebih clear sampai aku tak faham instruction dia. Yang ni susah sikit sebab sangat ambik masa untuk aku digest instruction dia. Otak dia pelik sikit, dia akan fikir benda yang orang tak terfikir. Which is good sebab dia ajar kita berfikir luar kotak yang amat. Sampai aku tak tahu kekadang aku ni dlm kotak ke luar kotak. Heh gitu.
4. Never say no. Aku akan buat semua kerja yang dia bagi kat aku walaupun sekecil benda. Aku tak pernah cakap aku tak boleh buat sebelum aku cuba buat. Kalau tak faham sangat aku akan cuba tanya orang lain dulu dan aku hanya akan tanya dia bila betul-betul terdesak je. Itu pun, kadang-kadang dia sound mcm ni, please don’t expect people to spoon feed you. Aku memang down bila dia cakap macam tu tapi aku memang tak tahu sangat kot.
5. Time management. Aku datang kerja seawal pukul 7.30pagi dan hanya akan balik selepas pukul 8 malam kalau tak ada deadlines. Kalau ada, boleh cecah pukul 12 malam jugak baru balik rumah. Dan aku tetap akan datang pukul 7.30 pagi keesokan harinya. Aku cuba nak balik awal tapi banyak benda yang aku tak tahu dan aku perlukan masa yang lebih lama untuk siapkan sesuatu task tu. Aku tak pernah kisah pun sebab memang aku tengah belajar and obviously I’m not a fast learner. Aku selalu kena marah sebab buat sesuatu task tu lama. Dia kira kot berapa lama aku buat kerja. Macam marathon dah. Semua benda kena ada schedule sampai aku tido pun teringat kerja. setiap saat berdebar rasa.
6. Common sense. Benda ni paling susah dan tak boleh diajar sebab dia datang dengan sendirinya. Kalau kemahiran berfikir kita kurang, maka berkurang lah common sense kita. Again, aku selalu kena marah sebab gagal gunakan common sense. Sampailah satu tahap tu asyik tercommon sense jer lah. hehek.
7. Minimize mistakes. Semua orang tak perfect kan dan manusia selalu buat silap. Tapi dia ajar aku macam mana nak kurangkan mistakes tu. Dia selalu cakap jangan tunggu masalah datang baru nak selesaikan tapi bertindaklah jika kita rasa sesuatu akan berlaku. Mula rasa tak faham tapi lama kelamaan aku dapat sense banyak benda sebelum benda tu terjadi. Tiber ada 6th sense gitu.
8. Project management. Yang ni paling berharga sebab dia ajar aku dari A-Z. kadang-kadang dekat site sampai tengah malam sebab nak belajar. Kalau aku tak tanya soalan aku akan kena marah sebab dia tahu aku tak tahu. Haha Kekadang tuh bukan aku tak nak tanya tapi macam mana aku nak tanya kalau aku tak tahu apa-apa. By time, baru aku tanya banyak benda sebab otak aku dah kena basuh hari-hari. Sekarang ni baru rasa confident sebab dah banyak sikit ilmu so boleh show off. exuse me!
9. Filing. Kitorang buat kerja semua kena file dalam server, so semua dokumen kena share dan semua orang boleh access. Kalau ada apa-apa dokumen yang dia tak dapat cari, habislah aku kena. Sebab obviously, aku tak buat filing dengan betul. So, dari situ aku belajar selok belok filing dan kalau tak tahu aku tanya dia la sebab dia suka check semua kerja aku. Again, nangis tepi meja.
10. Meet deadlines. Aku paling takut dengan deadlines sebab aku pernah kena marah sebab terlepas satu deadlines dengan dia. Dia punya marah tu macam terlepas deadlines dengan client. Setiap kali ada dealines, aku akan siapkan awal to allow few days for checking and amendments. Most importantly, jangan buat kerja bertangguh. Siapkan cepat dan jangan bagi alasan.
Aku akui selama dekat 3 tahun aku kerja, rutin harian aku lebih kurang sama dan aku selalu kena marah depan semua orang. Aku tak kisah pun kena marah tapi bila kena maki tu memang rasa down ya amat. Kadang-kadang rasa macam bodoh sangat ke aku ni? Aku jenis yang menerima je dan tak suka melawan bukan sebab aku tak nak tapi sebab aku dibesarkan untuk hormat orang yang lebih tua. Ada masanya bila rasa nak give up, aku ingat balik apa yang aku nak capai dan aku dah pergi sejauh ini takkan nak berhenti.
Pernah satu masa tu aku tercabar bila tahu junior yang ada taraf pendidikan lagi tinggi masuk kerja gaji lagi banyak dari aku. Tapi bila suruh buat kerja banyak betul bagi alasan. Most of them bangga betul dengan education level diorang tapi aku anggap tu rezeki diorang la sebab rezeki kita kan lain-lain. Walaupun gaji aku tak sebesar mana, tapi aku bersyukur sangat sebab diberikan peluang untuk menimba ilmu dan ada orang yang sudi ajar aku. Paling best sekali sebab ada pengalaman yang takkan boleh dibeli.
Masuk tahun ke 4 kerja, aku buat keputusan untuk jumpa bos besar and move to the next level sebab aku dah bersedia walaupun pada masa tu, aku tak rasa bos akan pandang aku. But surprisingly, my bos without doubt, bagi aku satu project to handle. Thank you bos. Sebab satu peluang tu, aku buat betul-betul sampai bos percaya kat aku. Dan sebab satu peluang tu jugak aku dapat apa yang aku nak dan berada dekat tempat aku berdiri sekarang. Bermula dari satu projek, aku dapat banyak projek lain to lead. Walaupun bos dah nampak kredibiliti aku, tapi aku tak pandai kipas bos sebab aku dah terbiasa kerja betul-betul dan jujur. Biarlah kurang bercakap tapi kerja jalan daripada banyak bercakap tapi kerja hampeh.
Aku rasa selesa dengan keadaan aku sekarang sebab aku dah capai tahap yang aku nak. Most of the things went well. Rasa macam worth it sangat bersusah payah dulu. Bapak aku pun dah pandang aku sama rata macam adik beradik aku yang lain. Cuma lately ni, aku rasa menyesal sebab aku tak sambung belajar dulu. Rasa macam nak patah balik ke masa dulu dan continue aku punya degree sebelum tanggungjawab bertambah. Aku rasa macam ni sebab stress terpaksa bekerja dengan mereka yang berpelajaran tinggi tapi kurang dalam pelbagai segi. Bukan aku nak bangga diri tapi percayalah yang mereka tu kebanyakannya tak sedar diri. Aku tak cakap semua tapi kebanyakannya memang malas ya amat. Tak kira lah tua ke muda.
Aku end up buat semua kerja sebab the boses tahu aku mampu buat semua especially super senior aku tu. Dan memang semua benda lah kena buat. Tapi pelik sebab orang yang tak tahu ni tak perlu CUBA pun untuk buat. Kenapa ya? Janganlah jadikan taraf pendidikan sebagai alasan untuk tak perlu berusaha keras. Kalau tak tahu apa salahnya bertanya. Kalau tak pasti, cubalah buat dulu. Kalau tak pandai, belajarlah sampai pandai. Kesenangan tak pernah datang bergolek. Tapi dia datang bila kira cari.
Bukan senang nak senang.
– NO NAME
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit