Finance & Accounting

Hai semua. Sempena musim konvokesyen ni, aku just nak share pasal career path yg boleh dipilih oleh para graduan dalam bidang Finance or Accounting ni. Aku just share based on my experience, observation and within my limited knowledge ni sebab aku sendiri pon takde la banyak sangat ilmu, just ada less than 4 years experience in industry. Banyak lagi level of corporate ladder that I wish to climb up.

Okay, mula2 cerita pasal perception. Zaman2 aku dulu (tak sure sekarang dah berubah ke belum), orang akan anggap siapa ambik science courses tu power cenggini haa, memang budak pandai la. Soalan biasa dapat “kenapa ambik course macam tu, tak ambik engineering ke, medic ke?” sebab aku lepasan sekolah sains. Tapi aku still continue with this course. Secara jujurnya, memang aku takde la rasa course ni susah sangat pon. Ada la part yang mencabar. Tapi tahu2 je ehh dah grad haha.

After habis study, bermulah fasa job hunting yang tak kurang hebat stressnya. At that time, aku tak berapa ada idea sangat which position yang relevant untuk aku apply. Sebab ye la, dalam class dulu belajar business ethics or business behaviour yang ajar macam mana cara nak jadi good manager. Drama melayu pulak tunjuk,habis belajar je boleh terus kaya ada kereta mahal. Itu semua dusta anak muda.

Okay as fresh grad, mula2 cari position such as entry level (junior executive, junior analyst, associate specialist etc), management trainee, fstep, gems, sl1m (tak sure ada lagi or tak) or selalunya bank2 ada sediakan program untuk grduates. Please note that aku share more on corporate sector and big organisation. So ko takkan tetiba jadi manager macam in retail industry.

So far aku rasa kalau untuk course kita ni, masalah peluang pekerjaan tu macam tak berapa nak ada sangat unless kalau kau memilih untuk jadi seperti hero drama melayu seperti yang dinyatakan diatas. Sampai sekarang aku malu bila teringat mula2 dulu aku dah apply position as assistant account manager.

Then ada beberapa line yang ko boleh masuk (as yang aku aware la) seperti audit firms, shared service, commercial and financial institutions. Aku dah pernah attend lebih kurang 20 interview in total kalau tak silap tapi yg sangkut tak sampai 10 offer pon sebab aku tak pandai cakap sangat kot. And mostly interview aku cum with all kind of test (IQ test, english test, logical reasoning, excel, presentation, business study etc).

Dan sangat ingin aku tekankan bahawa your first job is really important for your career path. Tak salah sangat kot untuk memilih kerja. Kalau bank selalunya, fresh grad dia akan masukkan dekat bahagian sales or customer service unless kau selected untuk program khas dia macam management trainee. That one if I am not mistaken is job rotation basis. So banyak la ko dapat belajar.

Untuk tangga gaji, selalunya our market range for fresh grad is between RM2300-3500, yang bagi lebih pon ada je. Paling banyak aku pernah dengar kawan aku dapat RM4800. Tak kisah la dapat berapa, yang paling penting rasa bersyukur tu ada. Jangan selalu compare life kita dengan orang lain, susah nak happy kalau macam tu.

Tanamkan niat nak sentiasa belajar benda baru and utilise apa yang ko dah belajar kat university. Even kadang2 time buat kerja tu terdetik jugak kat hati “perlu ke ada degree untuk buat kerja camni” haa gitu berlagaknya manusia ni kadang2 haha. Jangan suka mengeluh, tak baik! Niat cari rezeki untuk ibadah, nak senangkan parents, mampu sedekah, bayar zakat etc.

Tu je la kot yang aku nak share. Kalau sesiapa yang ada lagi banyak ilmu, share je kat komen or aku ada bagi fakta salah ke, betulkan je la. Semoga bermanfaat untuk semua orang. Tetiba rasa nak share sebab hari ni rasa happy kat office. Adios!

– Cik Kira

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *