Ejek Nama Binatang

I just saw a video on facebook about an 11 years old girl having a panic attack after being bullied by her schoolmates on snapchat. Aku pernah mengalami benda yang sama masa umur aku 10/11 tahun jgk. Tengok video tu mcm flashback terus teringat aku balik kelas tusyen nangis teresak-esak sebab kena ejek dgn nama binatang. Nama tu lekat dgn aku sekarang dan umur aku dah nak masuk 30 tahun. Nanti aku cerita kenapa nama tu lekat lagi.

Aku nak bagitahu kenapa buli ni benda yg bodoh dan kena hentikan. Mak bapak kena main peranan jugak. Kalau zaman dulu, buli ringan ni setakat ejek panggilan nama ayah, even bapak kau botak pon kau yg kena panggil spotlight. Nampak kelakar kan? Tapi tidak. Nampak setakat ejek nama ni remeh. Tapi tahu tak kesan dia? Budak yang biasa kena buli ni tahap insecurity dia paling bawah. Serendah-rendah nya. Hati jadi tisu. Sikit-sikit nak nangis, nampak manja. Tapi mangsa buli ni biasanya tak pandai nak urus emosi. Jadi menangis tu last resort yg dia ada.

Macam aku dulu, aku mmg tak suka bila kena ejek. Dah la nama binatang, lepas tu tak relate langsung dengan aku. Aku mula kena ejek dgn nama tu sejak aku darjah dua (8 tahun). So masa aku 11 tahun tu, dah 3 tahun aku tahan kena ejek. So aku dah habis sabar dah. Kau bayangkan, balik tusyen naik basikal kena ejek dari kelas sampai kau nak balik rumah. Tak cukup dekat sekolah, sampai kelas tusyen kena ejek. Memang aku dah habis sabar dah.

Aku sampai rumah nangis teresak-esak. Mak aku panik tgk aku nangis. Tapi aku kena marah balik, mak aku ckp tak payah layan la. Aku tak salah kan mak sbb tak pandai comfort aku masa tu. Tapi aku tahu dalam hati dia berdoa supaya aku jadi kuat semangat. Parents aku bukan jenis yg loving. Mereka dibesarkan dengan cara tough love. Aku tak merasa kena pujuk elok-elok ni. Lagi kena marah ada la kalau mengadu. But i never blame them.

Nama panggilan tu masih lekat sampai sekarang sbb aku ‘owned it’. Maksudnya, aku belajar terima. Masa aku form 2, aku mula terima budak-budak panggil aku mcm tu. Sbb aku rasa lagi aku melawan, lagi diorng akan ejek. Jadinya, aku biar je. Memang la tak elok panggilan nama binatang tapi masa form 2 aku tak tahu lagi. Lama kelamaan, ramai dah stop panggil nama tu. Cuma yang betul-betul rapat masih panggil sebab dah biasa so jadi mcm nick name dah. Kadang-kadang aku pon terpaksa guna nick name tu bila contact kawan lama sbb nama betul aku ada 6-7 org nama yang sama jugak. So bila pakai nick name tu baru boleh detect siapa. Haha

Owh mesti pelik kan, macam mana dari seholah rendah sampai sekolah menengah masih melekat nama tu. Biasanya ramai tukar sekolah kan? Ni memang bad luck aku jgk la. Aku masuk sekolah menengah yg jauh dari rumah aku, aku siap berdoa takde yang kenal aku so nick name tu akan berkubur. Tapi ada sorang budak lelaki ni dari sekolah rendah aku boleh pulak pindah masuk sama sekolah. Haih. Dia la punca nama tu tersebar dekat sekolah menengah. Lol. Tapi takpelah. Sebab kan nama tu, aku belajar jadi tabah jugak. Alhamdulillah.

Anyhow, buli ni bukan lah benda yang bagus. Banyak buruk dari baik. Banyak dah kes sampai menyebabkan kematian pun ada. Tak semua boleh handle situasi ejek mengejek ni dengan baik. Bukan senang ye nak kawal emosi. Malu, sedih, insecure. Nampak remeh, childish. Tapi kesan dia agak mendalam. Kepada ibu bapa mangsa buli (khas utk kes ejek mengejek ni), anda kena bijak kawal situasi. Anak-anak yg mengalami panic attack ni mereka perlukan sokongan moral yang tinggi untuk pulihkan insecurity tu balik.

I have few episodes of being bullied. But i took is as a lesson for me to be strong. What doesn’t kill me keep me stronger. Biasanya budak-budak yang suka ejek nama ni aku assume depa kurang perhatian. Kurang kasih sayang. So mereka alihkan perasaan sunyi tu kepada mengejek kawan-kawan dia supaya kawan lain nampak dia mcm kelakar. So they get the attention they need. So parents kalau taknak anak jadi pembuli, berilah perhatian secukupnya pada anak-anak. I have a child now. Im giving my best love so they dont need it from others. InsyaaAllah. Amin.

– Anon

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *