Aku Nak Berubah

Assalamualaikum. Allahhumma solli ala muhammad. Izinkan aku berkongsi sedikit pengalaman. Aku seorang hamba Allah yang banyak dosa dan selalu buat dosa dan selalu nak bertaubat, mengharap sangat pengakhiran yang baik diampunkan dosa-dosa.

Apa dosa aku buat? Perlu ke aku kongsi? Tapi yang pasti, aku pernah baca satu kata² ni.. kalau kita nak buat dosa masa muda, kita akan tanggung nya seumur usia sampai tua. Dan ya, memang betul. Jadi, apa pun perkara yang salah dan korang tahu itu dosa, sebaiknya elak lah. Bila dah buat, cepat² bertaubat dan bertaubat. Kena cari ubat, bukan tahu buat je.

Jaga solat wajib 5 waktu. Banyakkan solat sunat, solat hajat, solat taubat, mengaji al-Quran, fahami terjemahan al-Quran, belajar tafsir al-Quran, banyakkan selawat, sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti² sihat. Bergaul dengan ramai orang. Bukan hidup sorang-sorang.

Kalau dulu aku selalu baca artikel dalam portal iLuvislam. Terima kasih sangat pada semua yang terlibat dengan portal tu. Sangat bagus dibaca bila duk sorang-sorang. Sekarang dah ada IIUM confessions. Pun bagus untuk medium dakwah bagi orang muda zaman sekarang.

Aku juga ada baca buku La Tahzan, Dr ‘Aidh bin Abdullah al Qarni. Video-video ceramah pasal sakaratul maut, kematian, alam barzakh pun aku suka dengar. Terutamanya dari Ustaz Ahmad Dusuki. Memang boleh bawak kita terbayang² ke alam seterusnya.

Bila dengar pasal kematian ni bukan kita nak takut atau rasa kita ni mati lambat lagi, tapi at least kita ada persediaan untuk ke alam seterusnya. Macam mana dulu dari sekolah rendah kita bersedia untuk ke sekolah menengah, kalau masuk asrama, macam² persediaan kita buat untuk ke ‘rumah baru’. Kan?

Dalam setiap fasa kehidupan kita, mesti ada up and down. Bila tengah down tu rasa dosa banyak sangat. Tapi bila kita banyak ngadu pada Allah, inshaAllah Dia Maha Mendengar. Lepas tu memang tenang. Alhamdulillah sekarang aku dah tak buat dosa tu. A

ku umur bawah 30. Bila tengok orang muda, pelajar yang meninggal dunia awal dan mereka tu orang yang baik-baik, aku cemburu dengan kematian diorang. Masa sama aku sedih sebab Allah ambik orang² yang baik. Dan ada juga orang yang aku dekat, baik, Allah ‘ambil’ dia balik.

Seminggu aku asyik muhasabah diri. Kematian memang sangat memberi kesan. Benarlah sebaik-baik motivasi ialah KEMATIAN. Selalulah ingat mati, kita tak tahu kematian kita ketika kita sedang buat dosa atau pahala.

اللهم اختملنا بحسن الخاتمة (Ya Allah, matikan kami dalam husnulkhatimah) آمين يا ربّ

Dalaman kita kena kuat, bergantung harap penuh pada Allah. Walau sakit, perit tak terkata. Tapi itu semua sementara.  Kepada sesiapa yang sedang nak berubah jadi hambaNya yang lebih baik, teruskan niat dan amalan, upgrade dan maintainkan. InshaAllah Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui, Maha Pengampun dan Pemberi Rezeki.

– Hamba

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *