Assalamualaikum semua admin and readers. Sedikit pengenalan. Nama saya Maya and tahun ni dah masuk tahun dua tahun saya bekerja. Surprisingly dalam masa dua tahun ni saya dah tiga kali bertukar company! It’s not a healthy practice for you to follow, tapi setiap satu perpindahan saya ada sebabnya, yang pasti bukan sebab tempat tu bermasalah tapi lebih kepada personal development saya.
Okay tujuan saya tulis ni cuma nak bagi tips temuduga dan kerjaya untuk semua. Saya tahu saya masih sangat baru tapi saya share untuk rujukan sendiri juga. Saya share berdasarkan pengalaman dan pemerhatian sahaja ya. Boleh tambah and kongsi juga.
Buat pengetahuan korang, saya merupakan lepasan diploma sahaja. Kalau korang tahu diploma apa mesti korang terkujat, sebab bagi kebanyakan orang diploma saya tiada nilainya. Percaya atau tak saya tak pernah dipanggil interview melalui Jobstreet dan saya rasa sebab utamanya adalah title diploma saya. Sebab tu saya kena work extra, saya pergi walk in interview.
Dan setakat ni saya tak pernah gagal interview tapi ada tawaran yang terpaksa saya tolak. Dengan diploma picisan tu juga saya bekerja sangat lari daripada bidang saya which is bidang yang saya ceburi semuanya adalah bidang profesional yang takde kena mengena dengan diploma sastera saya tu.
Ok tipsnya begini:
1. Saya tak memilih kerja. Mungkin ada yang tak setuju dengan saya. Ada yang berpendapat kita berhak memilih. Bagus untuk mereka yang mempunyai kelulusan yang limited di Malaysia dan yakin boleh dapat kerja dalam bidang tu. Macam saya sedar diri jadi kerja pertama saya hentam je. Cuma kriteria kenapa saya pilih kerja tu adalah sebab gaji tinggi mengalahkan fresh grad degree.
Untuk lulusan diploma macam saya gaji tu memang sangat selesa lah sebab kawan saya yang ada ijazah pun struggle nak dapat gaji macam tu. Tapi satu keburukan kerja saya yang ni adalah kerja shift dan saya tak cukup cuti serta kena kerja hari raya semua. Tapi,
2. Jangan mengeluh atau merungut! Saya sedar saya bukan siapa2 untuk merungut. Seteruk mana pun kerja pasti ada kebaikannya. Kena selalu positif dan fikir apa yang kita dapat instead of apa yang kita lost. Pengalaman kerja saya di company ni buatkan saya lebih profesional dan pandai manage masa. Jadi bila saya rasa saya dah power,
3. Dare to change! Hehehe tipu je dah power tapi bolehlah goreng sikit. Saya cari kerja yang boleh cuti sabtu ahad dan public holiday. Pucuk dicita ulam mendatang. Saya dapat kerja tu dan dapat double cuti from previous company. Dan sebab gaji starting saya dah tinggi, company baru pun kena compete dengan rate tu. Yang mana saya dengar rate gaji saya masih lebih banyak daripadanya fresh grad dengan gred sama seperti saya. Syukur.
4. Jangan burukkan company lama. Saya tak nafikan bahawa setiap kerja ada cabaran masing2. Tapi saya tak pernahlah nak cerita benda tu dekat tempat kerja baru. Saya juga sangat profesional sebab banyak terlibat dengan pelanggan, saya sangat menjaga privasi kerja. Anda takkan jumpa saya meroyan pasal kerja di FB sebab ianya buruk untuk reputation anda akan datang!
5. Ingat negativity attracts negativity. Bila kita positif dan bersangka baik dengan Tuhan. Perkara baik akan ikut seperti magnet.
Hmmm setakat ni 5 dululah saya tulis. Kalau ada soalan tanya je nanti saya buat confession lain mihmihmih.
– Maya
Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit