Saya Arman (bukan nama sebenar). Berumur 30an. Mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak yang comel. Saya merupakan seorang kontraktor muda, memiliki dan menguruskan perniagaan ubahsuai rumah / house renovation.
Hampir lima tahun mengendalikan bisnes sendiri, pelbagai ragam dan jenis manusia telah kami jumpa. Ada yang baik hati. Ada yang pandai menghormati. Ada yang kedekut. Ada yang sombong. Asam garam berniaga.
Tahun ini kami benar-benar diuji dengan salah seorang klien kami.
Projek yang kami mulakan pada Februari 2018 ini kami ambil di bawah harga pasaran. Dengan harga projek sekitar rm195,000 bunyinya seperti banyak tetapi hakikatnya menyebabkan kami rugi besar.
Dipendekkan cerita, projek sepatutnya disiapkan dalam tempoh 7 bulan. Tidak dapat kami siapkan sepenuhnya di sebabkan banyak tambahan skop kerja yang klien inginkan di tapak. Perubahan ruang. Penambahan saiz ruang. Tambahan bumbung. Inginkan siling mewah. Dan pelbagai lagi.
Akhirnya setelah tempoh melebihi 7 bulan, kami akur apabila klien ingin terminate khidmat kami. Di dalam kontrak kami juga ada klausa-klausa tertentu mengenai termination jadi ia bukanlah sesuatu yang menghairankan. Dipersetujui bersama. Win β win situation.
Malangnya, itu hanyalah permulaan.
Mengikut kontrak, sekiranya berlaku termination, pihak klien wajib membayar bayaran sehingga skop kerja yang telah disiapkan. Dalam kes kami, semua kemasan dalam telah pun kami siapkan. Baki kerja hanyalah kerja-kerja luaran.
Satu senarai ‘kerja yang telah disiapkan’ VS ‘kerja yang belum disiapkan’ telah kami sediakan. Kontrak dan sebutharga kami rujuk dan kami tolak siap-siap mana mana skop dan bayaran yang tidak disiapkan.
Daripada RM195,000 kami sudah tolak RM20,000 untuk kerja-kerja luar yang tidak kami siapkan.
Juga kami hantar invoice bagi claim kerja-kerja tambahan yang klien tambah sepanjang pembinaan. Baki bayaran setelah tolak baki kerja ialah kira-kira RM30,000.
Pada mulanya, klien tidak ingin membuat bayaran baki. Hanya jika kami baiki kekemasan kerja barulah klien akan buat bayaran.
Kami akur. Kami siapkan. Kami minta bayaran.
Malangnya klien mula beralasan. Diberi senarai panjang gantirugi. Minta ganti sewa rumah. Minta ganti penyidai baju. Minta ganti visor motor. Minta ganti rugi itu dan ini. Alasannya, barang-barang tersebut kotor dek kena debris.
Jumlah yang klien tidak ingin bayar menghampiri RM9,000. Mujurlah sebahagian baki dibayar. Tetapi sebahagian lagi berjumlah RM4,000 tidak dibayar tanpa ada sebarang alasan.
Jumlah keseluruhan yang tidak dibayar hampir RM13,000. Tidak termasuk additional works yang klien tidak perakui.
Setiap kali kami minta bayaran, akan ada tambahan kepada senarai ganti rugi. Semakin lama semakin banyak. Seolah-olah kami dipermainkan.
Kini, mesej telefon pun tidak dibalas lagi. Pertanyaan kami terhadap baki bayaran tidak dilayan.
Tidak pernahkah klien terfikir bahawa sesuatu yang bukan HAK tetapi diambil adalah HARAM?
Kami terpaksa berhutang dengan pusat jagaan anak kami berbulan-bulan tidak dapat bayar yuran dek kerana ingin siapkan projek.
Kami terpaksa tangguhkan bayaran bulanan kereta berbulan-bulan dek kerana ingin projek berjalan lancar.
Kami terpaksa berhutang dengan supplier dan pekerja demi untuk projek.
Sekiranya, duit yang tidak dibayar itu adalah hak kami; kami HARAM kan setiap SEN walau sebesar zarah sekalipun.
HUTANG tetap HUTANG!
Dan oleh kerana itu, klien, mungkin tempat mu ialah di Neraka?
– Arman
Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit