Salah Ke Ada Anak?

Assalamualaikum. Sejak kebelakangan ni, nampaknya makin kerap confessions berkaitan hal mereka yang belum punya zuriat atau sedang TTC. Pertama sekali sebelum meneruskan penulisan saya mendoakan agar kita semua, wanita yang bergelar isteri, dimurahkan rezeki untuk mengandung dan melahirkan. Semoga setiap kita dapat merasakan pengalaman yang satu itu. Aminn.

Perkahwinan saya hampir memasuki tahun kedua, alhamdulillah telah dikurniakan seorang cahaya mata dan telah disahkan hamil lagi buat kali kedua. Alhamdulillah, rumahtangga kami dimurahkan dengan rezeki anak. Dan ya, saya dikelilingi mereka yang berusaha keras untuk berzuriat.

Sungguh, setiap kali saya disahkan hamil, tak pernah saya hebahkan dan tak pernah sekali pun saya mendabik dada tentang rezeki saya. Mana yang tau, taulah. Tapi tak pernah saya hebahkan di media sosial, menayang gambar scan atau perut yang sedang memboyot. Niat saya cuma satu, sebolehnya saya taknak ada hati yang terluka dalam diam kerana postings saya.

Sampaikan ada antara kawan rapat saya yang sudah lama tak bertemu, hanya tahu bahawa saya sudah melahirkan setelah umur baby mencecah sebulan. Begitu rapi saya simpan perihal kandungan saya. Tapi, adakalanya saya agak terasa bila terbaca komen dari confession mereka yang TTC tentang riaknya kami yang mudah mengandung ni, komen tentang rumahtangga yang tak bahagia walaupun ber anak, seolah kami ni bersalah pulak kerana mengandung dan melahirkan. Allah.

Saya faham akan naluri keibuan setiap wanita yang terlalu inginkan zuriat dari rahim mereka sendiri. Saya juga faham akan kesedihan dan kekecewaan kalian yang sedang TTC. Tapi tolonglah, jangan dianggap kami yang mudah mengandung dan melahirkan ini umpama musuh kalian. Memang tak dinafikan, ada mereka yang senang beranak ni suka menjatuh hukum, mengaibkan dan menyinggung perasaan pihak TTC.

Saya sendiri pun pernah berjumpa dengan spesis tersebut, tapi janganlah dipukul rata bahawa kami ni semua sama. Kami ni semua kaki bawang, suka judge kalian yang sedanv TTC, suka menunjuk rezeki kami yang satu ini. Bukan semua berperangai begitu. Janganlah kerana nila setitik, semua dilabel serupa.

Kita sama sama wanita, apa salahnya kita sama sama doakan kebahagiaan sesama kita. Jangan terlalu iri dengan rezeki orang lain. Saya tiada masalah nak bagi kawan kawan atau sedara rapat saya yang masih belum ada rezeki menimang cahaya mata sendiri untuk bermanja dan berkasih dengan anak anak saya. Saya bahagia bila saya tengok kawan kawan saya gembira.

Mungkin sekiranya confession ini disiarkan, ramai yang akan cakap mudah untuk saya berkata kata kerana saya tak merasa. Ya, mungkin kasut awak tak padan dengan kaki saya, tapi percayalah setiap kata kata kalian terhadap kami itu tak kurang pedihnya dengan apa yang kalian rasa bila dipersoalkan tentang anak. Jujur, seperti confession sebelum ini yang menyatakan bahawa ada terjadi kes mahu bunuh diri kerana dituduh mandul, percayalah, saya juga pernah berasa sangat tertekan dan taknak ke klinik untuk check up bulanan dek kerana mulut mulut yang mengeji.

Satu nasihat saya, jika kalian rasa tiada zuriat itu adalah masalah bagi kalian, percayalah dengan mempunyai anak tidak akan menyelesaikan apa pun. Yang kita risaukan sebenarnya mulut orang, pandangan orang. Saya percaya kita semua bergerak dalam sela masa kita sendiri. Bila kita belum dapat, bersabarlah. Allah akan beri pada waktu dan tempat yang sepatutnya. Allah itu maha adil. Dan itulah maksud adil, meletakkan sesuatu pada haknya.

Maaf sekali lagi andai ada yang terasa, tapi ingin saya kongsikan satu nasihat dari ibu mertua saya, kita hidup ni jangan terlalu berharap dan nakkan sesuatu. Letakkan pengharapan kita pada Allah. Bila kita percaya pada aturan dia, inshaaAllah kita akan sentiasa rasa cukup.

Sekali lagi, maaf andai confession saya ini mengguris hati pembaca. Sekadar meluahkan rasa hati. Ampun dan maaf dari saya. Dan sekali lagi saya doakan agar kita semua diberi peluang merasai pengalaman bergelar ibubapa. Aminnn.

– Putri

Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *