Aku Anak Pungut II

Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-anak-pungut-2/).

Assalamualaikum para pembaca dan pihak admin yang dikasihi. Terima Kasih kerana membenarkan topik ini dipostkan dan terima kasih kepada pembaca yang memberi komen.

Saya mulakan dengan arwah mama. Ini bukan membuka aib, tetapi kesedaran dan renungan bersama. Arwah mama anak orang berada. Dari ingatan saya, arwah tak pernah hormat arwah bapa sebagai suami. Dia keluar, dia buat apa tak pernah minta izin, Orang penang cakap, suka ati pak tiri dia nak buat apa pun. Bila arwah bapa marah, dia cakap sedar diri tu sikit dan you (dia refer kepada bapa) level you sama taraf dengan tapak kaki I, okay?

Rumah yang arwah bapa beli dia boh atas nama arwah mama. Sayang bini punya fasal. Mereka selalu bergaduh bertengkar. Saya pun tak tau pasaipa, Yang saya tau depa semua ada bilik asingx2, bathroom asingx2. Tak pernah tidor, semayang sekali, semua asing asing. Pernah masa kecik cakap abah bercerailah dengan mama. Liliana ikut abah. Bosan la dengar abah dengan mama gaduh maki hamun, bagi pecah abis satu rumah.

Tahun 2005, arwah bapa dapat tau arwah mama transfer nama rumah tu kepada anak perempuan kesayangan dia (Anak nombor 2). Perang dunia ke3. Maki- makian, sumpah seranah adalah doa seharian mereka. Tu fasal saya tak balik bila cuti. Saya stressed dengar rumah yang saya dok tu dah pindah nama. Saya masih ingat macam mana arwah bapa bersusah payah beli dan renovate rumah tu.

Tahun 2006, bila saya nak berangkat ke luar negara, saya cuma cakap satu kat arwah bapa-, don’t worry i ‘ll try my best beli balik rumah ni.

Tahun 2007, arwah mama saya meninggal. Kononnya sudden death. Dapat berita masa tengah checked in guest. Sabar sampai balik. menangis, meraung. Nak balik masa tu baru kerja, Carrier AA zaman tu takde, MH cost dalam AUD2500.00 Mana nak cekau. Hanya doa yang dapat dititipkan. Mereng juga la tak dan balik minta ampun dan maaf

Selepas kematian arwah mama. Saya terlalu kerap mimpi fasal dia. It’s more to mistik. Tak mau elaborate sat jadi fiksyen shasha pulak. Siap ada buku nota, mimpi apa. Saya tahu mimpi saya adalah berdasarkan perbuatan arwah semasa hayatnya. Orang lama ni banyak ilmu, Ada yang hitam ada yang putih. Arwah ada juga bagi doa doa masa mood dia baik,. Tapi kena bayar $0.25. Siap ada buku 555. La tak amalkan dah tau salah.

Sebelum arwah mama meninggal, dia sakit kaki, kaki jadi hitam. Keluarga dia bawa jumpa doctor tapi dah terlambat. Kaki dia kena potong 2 kali. Scientifically, dia dapat diabetes, dari sudut pandangan Islam, Allah tunjuk kepada semua yang masih hidup, isteri nak keluar, nak buat sesuatu, restu suami adalah penting. Jangan pandang remeh. Jangan biadap terhadap suami. ini adalah andaian sahaja.

Arwah bapa saya bekas pegawai tinggi Malayan Airforce, dan bersara bekerja sebagai MH Ir di Borneo. Dia sangat baik, Kena pukul pasal nakal tu adalah normal. Oh ya arwah mama ada bela anak angkat lelaki yang dia tatang macam minyak petrol, Saya dan dia umpama minyak dan air. Arwah bapa terpaksa buat 2 hall, 2 tv.

Kami pantang dekat sekali mesti bergaduh, Pegi mengaji kena ada 2 trip. Ada sekali tu bergaduh, papan rehal kami patah 2, pasal saling pukul memukul. Paling teruk saya kena pukul adalah saya cuba tinggalkan dia di tepi highway dengan harapan dia mati. Tapi dia masih hidup. Sampai sekarang. Kami bff la

Saya dibesarkan dalam keadaan sangat liberal, tak semayang, tak payah puasa, keluar rumah pakai short, tops. Tak salam dengan orang, malah nak masuk rumah pun dingdong loceng fasal arwah bapa tak suka orang menjerit bagi salam. Masalahnya dia tok siak selepas besara.

Habis dah cerita zaman kecik. Bila dah dah besar kerja, hubungan dengan saudara lain memang dah kosong. Saya admit saya di only child in family dan saya bangga. Saya sangat sombong, angkuh dan perasan. Saya looked down dekat orang. Sambil rolled eyes. Attitude saya adalah apa yang digroomkan oleh keluarga saya, saya tidak dibenarkan bercampur dengan orang yang bukan sama level. Bawa kawan sekolah balik rumah? Nak kena maki?

Hari pertama saya kerja hotel, saya telefon arwah bapa menangis fasal diaorang bagi canteen food. Pinggan plastic, cawan tin. Arwah bapa cakap teruskan atau balik rumah dia. Saya cakap saya fighter. Saya keluar dari rumah kerana saya tak tahan kena maki hamun, sumpah seranah. Takat makanan ni no hal.

Kenapa saya jadi baik? Saya tak pernah baik. Cuma baik sikit berbanding dahulu sebelum kawin fasal ada kaitan dengan kematian :

Saya shock apabila saya pulang bercuti, saya tengok arwah bapa saya di tengah hall jadi mayat. Otak jadi shot. Saya lihat keliling. Kakak dan abang ada di empat penjuru. Depa tak cakap sesama depa. Tak tau bukan masalah saya. Masalah saya, nak dok tempek dengan sapa, Ini adalah pertama kali sepanjang 40 tahun hidup tengok mayat. Jadi mak, bapa tolong bawa anak-anak tengok kematian bagi depa insaf. Bagi depa familiar dengan kematian. Apa langkah seterus yang harus dibuat.

Pertama kali nak deal dengan mayat. Nak buat apa? Tengok saja ke? Nak pegang saya bukan muhrim dia? Macam mana? Jadi saya act cool, saya pergi kat mayat. Saya cakap, abah surprised. Liliana dah balik, Abah, abah bangun la… abah cakap abah nak tunggu Liliana balik. Ni dah balik abah pulak tidor apahal. Bangun la abah… tanpa sedar saya hysteria.

Saya kecewa, arwah abah tipu saya, dia cakap dia nak tunggu tapi dia tak tunggu, saya kecewa dia tipu cakap nanti dia nak mai cuti kat rumah saya yang saya beli di luar negara. Tapi dia tak tunaikan janji- janji dia. Dia dah takde untuk saya bawa dia p shopping, minum starbuck, tengok wayang. I have nobody

Kakak sulung saya Tarik saya ke tepi untuk cool kan saya. Hanya dia yang saya approved untuk jumpa saya. Lepas saya bertenang saya cakap, kenapa kakak nombor 2 datang? Arwah abah dah cakap kalau dia mati yang si anak perempuan nombor 2 diharamkan datang. Kakak sulung cakap ini time ada mayat tolong respect. Jangan ikut kepala batu. Saya akur walau time tu rasa nak perambat dia balik.

Lepas mayat dimasukkan ke dalam tanah, Ustaz bacakan talkin, saya tengok step by step. Something new for me. Saya berasakan diri saya terlalu kerdil, insaf yang teramat sangat. Macam mana saya? Masuk dalam lubang ni, kecil sempit? Cukup kah dengan apa yang saya buat ni? Omaigod? Ya Allah. Allah bagi satu keinsafan yang amat dalam dihati yang keras ni.

Saya masih bercuti di rumah tu dengan anak yang arwah mama bela. Saya cakap, sekarang mama dengan abah dah takde dan saya dah takde saudara melainkan hang, Sekarang saya iktiraf hang sebagai saya punya adik. Dia pun ok je layan. Play nice. Hang duduk rumah ni. Oh ya masa tu raya, maka kami berhuhu saja di rumah sambil makan kentaki. Sapa pun tak ajak p raya.

Lepas 3 hari arwah meninggal, kakak kedua datang halau kami. Dia cakap tu rumah dia, saya biaq betui, tapi tolong bagi tempoh 3 bulan untuk kami cari rumah lain. Arwah bapa gila perabot antic, mana la nak boh perabot perabot antic yang design dia macam rumah cina kaya….

Dalam keadaan pening, raplah jingga, tetiba kakak sulung kol cakap adik dia second sister nak juai rumah tu cash. Tapi tak nak juai kat Lili. So how? Saya bincang dengan suami, kami on nak beli. Jadinya kami terpaksa gunakan nama kakak sulung untuk sales and purchase dan dah dapat kena bayar lagi untuk tukar nama, takpe, demi rumah pusaka yang nak reban lagi berisi tu saya sanggup beli.

Mana saya dapat duit cash beli rumah? Saya tak menabung dari kecil. Bila mai luar negara, kami ikat perut, bawa bekal makan, sewa bilik selama 5tahun. Gaji save kaw kaw. Kami bangla di negara asing. Perit sakit hanya kami suami isteri tau.

Hubungan saya dengan kakak sulung bertambah baik. Saya dengan rendah diri memohon ampun dan maaf di atas kekurang ajar saya di masa dahulu. Dia cakap dia cuba untuk ajar saya tapi semua jadi negativity. Kami sekarang dah bff. I refer dia you are my auntie.

Kakak nombor 2 adalah ibu kandung saya yang sebenar. Patut dia terlalu benci saya sampai tak pernah nak tegur. Jiran sebelah rumah di Borneo adalah bapa saya. Patut selalu beli jajan. Tapi arwah bapa selalu larang jumpa uncle tu. Dia nak buang saya masa dia peknen 7bulan tapi dah terlambat. Jadinya lepas bersalin, dia juai saya kat doctor cina, lepas mak bapa dia tau kelam kabut beli balik saya ni dan dibesarkan di Borneo,

Jadinya arwah mama dan abah ni nenek dengan datuk saya la.. Dalam surat beranak memang nama arwah dengan mama. Wajib ke kena tukar? Tolong habag sat? Abang saya upload di status fb sedara dia ada 4. Dia anak terakhir. Jangan bimbang saya pon tak pernah mengaku dia sebagai sedara setelah dia pukul terajang saya.

Mereka sepatutnya membimbing, memberi tunjuk ajar, memberi teguran. Bukan asyik pukul, maki hamun, sumpah seranah. Kalau korang asyik pukul anak. Macam mana anak tu tau apa salah dan silap mereka? Kena explain. Jangan melulu. Guna common sense. Guna kekerasan tak dapat ajar, cuma kalu dah ajaq nak kurang ajaq jugak memang patut kena pukul.

Dulu stressed dengan status anak pungut ni, sekarang jadi bahan jenaka. Betul Allah tak akan bagi korang menangis selamanya. Satu hati bila korang redha dan insaf apa yang sakit akan jadi bahagia. Percayalah. Hati saya dah keras, tak boleh easily cry. Tambah kerja hospitality ni, macam dah takde perasaan.

Pandangan mertua terhadap saya? Saya tak kisah. Saya balik 2-3 tahun sekali. Cuma saya ada cakap. Minta maaf saya tak tahu adab. Kalau tak betul, tegurkan la. Jangan umpat belakang. Saya memang tak tau adab budaya melayu. Sekarang saya cuba praktik.

Allah tak pernah tidur dan Dia tak akan bagi umatnya hanyut tanpa diberi bantuan. Saya bersyukur jodoh saya dengan suami yang banyak membimbing dan tukar saya 360 darjah, Saya dah tak sombong, kerek dan angkuh. Sekarang saya dah tau baca al mulk, waqiah, sembahyang wajib, sunat. Jamak. Saya dah tahu kenapa kena bagi salam sebelum masuk rumah dan kenapa kena baca doa makan.

Oh ya suami saya yang ajar masak juga, saya tak tau masak langsung sebelum ni, beras pon tak kenal dik oi. Sekarang cakap je nak makan apa. InsyaaAllah.

Anak saya, kami enrolled di private Islamic school. Sebelum arwah bapa meninggal, saya against it. Lepas tengok dia meninggal dunia dan dan insaf. Saya tak nak anak saya jadi macam saya. Saya masih belajar dan akan terus berusaha menjadi yang lebih terbaik. Sekarang dok hafal surah alam nashrah. Padan muka, masa sekolah dulu tak mau belajar. Sibuk menyalahkan takdir. La baru nak ingat baca.

Harapan duniawi, saya nak kumpul duit p Mekah untuk mengerjakan umrah/ Haji dan buka rumah anak yatim, anak yang tak saf taraf dan tolong orang yang tak bernasib baik di Malaysia.

Kepada semua pembaca yang melalui fasa hitam dalam kehidupan, satu je auntie nak cakap. Kembali ke fitrah. Korang untung, dari kecik semayang, auntie ni dah tua baru terhegeh buat note, tengok youtube cara semayang tahjud, hajat dan sebagainya. Buat tengok, insyaaAllah, Allah akan tolong tapi kena amalkan, bukan buat sekali dua.

Auntie di sini kerja hospitality je, shift pagi.. La buat double shift, boss bagi bilik hotel untuk stay. Pagi tadi tengah cuci muka, dengar suara anak panggil mummy.. mummy, kita kalih tengok takde sapa. Check dalam bilik, anak baguih dok tidoq. Masalahnya anak sapa panggil saya mummy? hmm..

Assalamualaikum dan jumpa lagi di lain kali. Kalau rasa depression, tak tau nak habag, mengadu kat sapa.. InsyaaAllah, auntie boleh tolong bagi advise. Allah hantar seseorang untuk membantu seseorang. Walau auntie ni rugged tapi jangan don’t judge the book by its cover.

Buat pihak admin yang dikasihi, terima kasih kerana publish confession saya. Buat pembaca yang dihormati, harap jumpa lagi.

– Mikaela Liliana

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *