Assalamualaikum. Thanks admin if post ini tersiar. Dari title dah tahu kan nak cerita pasal apa. Kita terus jump pada cerita aku ya. Aku namakan diri Min sahaja, usia 25 tahun. Graduan Sains Fizik dari universiti tempatan. Sekarang bekerja sebagai Customer Service Executive (CS).
Lepas grad, rasa semangat sangat nak cari kerja, aku pun pergilah sign in jobstreet, indeedcom, jobsmalaysia (yang ni tak boleh pakai) dan mcm² lagi. Apply mana² job yang berkaitan dgn engineering, sains fizik dan admin (sebagai extra) . Tapi tulah bukan senang nak kerja dalam bidang kita especially untuk graduan Sains. Serious talk. Graduan sains punya bnyak tapi peluang pekerjaan ciput je. Pointer aku pun suam² kuku je. Nak demand pun tak dapatlahh.
Tapi alhamdulillah 5 Bulan lepas aku grad, aku dapat offer untuk kerja yg berkaitan dgn study aku tapi kontrak je. Masa tu gaji aku agak lumayan. Aku dibayar rm3k. Habis kontrak, aku dah kelam kabut. Bagi aku, aku taknak tak kerja langsung sbb duit itu keperluan bagi aku. Tak ada duit, tak jalan hidup. So sebulan sebelum aku tamat kontrak, aku apply SL1M, dan aku dapat. Memang plan tuhan tu cantik masa tu. Tepat² aku habis kontrak, terus masuk SL1M.
Masa tu aku tak rasa jauh sangat perbezaan pendapatan walaupun aku dpt rm1.5K je sebab masa tu dapat hostel dan waktu bulan Ramadhan so tak byk belanja makan. Tapi aku tak suka kerja dekat company under SL1M ni . Kalau nak cerita dia kena buat post baru lah pulak kan. So nak dipendekkan cerita, aku nak keluar dari program SL1M ni, tapi dgn syarat aku kena dapat offer lain. Masa tu aku dah desperate sangat, aku apply je apa² job yg tak ada kaitan pun dgn aku, termasuk customer service.
Dan a few weeks later aku dpt iv under Kelly Services. Aku dapat job under salah satu telco dekat Malaysia. Tak nak aku bagitahu nanti kena kecam. Hahaha. Masa aku first start jadi CS, memang aku rasa down jugaklah. Study bukan main susah, mak ayah harap yang tinggi last² kerja angkat call. Betullah orang cakap, masa kita umur 23 tahun lah kita akan mula rasa down tengok hidup kita tak seperti yg kita impikan waktu zaman degree.
Tapi aku seronok kerja CS ( handle customer tu tolak tepi) sebab banyak colleague yg sporting. Walaupun basic rm1.7k tapi tambah dengan elaun, OT, kerja waktu PH, aku boleh dapat around rm2k++. Ramai kwn sekerja daripda lain² background, ada yg dri sains biologi, pendidikan, akaun, medik, etc… Dan mostly fresh grad yg kerja sebagai CS, walaupun high overturned.
So aku tak rasa teruk sgt, cuma bila jumpa dengan member sekolah dgn universiti tu malu jugaklah. Yelah yang lain sambung master, jadi engineer, buat bisnes… Tapi aku….tak pelah.. slow slow dulu . Aku cakap dekat diri aku. Fresh Grad tak boleh memilih sangat, bak kata orang… Aku kerja under Kelly tak lama pun dalam 3 Bulan je sebab diaorang nak tukar shift kerja and aku tak boleh bagi komitmen sebab masalah pengangkutan. Last² aku menganggur sebulan je sebab aku tak boleh tak kerja huhuhu.
Waktu aku menganggur tu, aku dapat iv job CS executive dekat company medical provider untuk insurans. Company kecik je, basic aku pun tak banyak rm1.9K je. Tapi masa tu aku dah azam nak kerja lama dengan company ni, kerja betul² sebab pangkat executive. Aku nak gain skills dengan experience since aku fresh grad. Kakak aku dah brainwashed aku, teruk mana company tu kau kena tahan at least setahun, sebab kau tak ada experience.
Jadinya sepanjang aku kerja situ, memang banyak skills dengan experience aku dapat sebab aku handle admin sekali. Aku bersyukur untuk yg itu. Tapi tahu² lah kan bila kerja dengan insurance dengan bank ni, stress dia sampai kau dah tak tahu gembira tu apa dekat tempat kerja. Aku mampu bertahan setahun setengah kerja dekat situ. Aku tak tahan stress setiap hari kerja overload, kena maki dari boss dan client, gaji pun tak setimpal.
Jadinya aku berdoa setiap hari sambil menangis mcm ibu hilang anak. Aku doa untuk dapat kerja yang setimpal dan sesuai dengan aku. Aku dah tak boleh lari dari Customer Service sebab ini je experience dengan skills yang aku ada. Sedih jugaklah sebab stress kau tahu kerja jadi CS ni…
Dan berbekalkan experience yg ada dan peluang perkerjaan yang sgt banyak (yes, CS banyak peluang perkerjaan), aku dapat interview dari company international. Dari Swiss dan America. Tapi sygnya aku tak lepas second iv sebab English aku tak mahir sangat. Nak mengharapkan IQ test dengan typing test aku, apalah sangat. Sayang jugaklah, since diaorg tawarkan gaji tinggi dan lumayan. Mungkin rezeki aku dekat tempat lain.
Dan masa kemuncak aku stress kerja, aku dapat interview dari company Asia-based. Dan alhamdulillah aku dapat offer job tu. Gaji aku rm2.5k, belum kira buat OT, dengan kerja waktu cuti hohoh. Aku bersyukur dengan gaji sebanyak ni, tuhan cukupkan aku. Aku start beli kereta dan buat simpanan sikit untuk travel dan untuk masa akan dtg. Disclaimer : Ibu dan ayah aku tak provide duit dekat aku since aku grad.
Kerja aku sekarang pun memang Mon-Fri, working hours. Memang worklife balance. Stress pun kurang since aku buat verification site shaja. Management semua mat salleh jadi diaorang tak pressure langsung. Siap nak belanja staff je memanjang. Dan bestnya, aku dapat belajar pakai system CRM yg baru, topup knowledge product, buat admin dan improve English aku. Alhamdulillah, Tuhan makbulkan doa aku.
A few kawan aku (dari bidang pekerjaan yg lain) tnya ada kerja kosong tak dekat company aku ni, ada yang jugak nak suruh rekomen dekat ahli famili diaorang. Aku pun serba salah nak cakap ada sebab kerja aku sekarang ni kerja CS executive. Bukan boleh habis grad atau kerja lain bidang, boleh apply jadi CS executive.
Still kena ada experience angkat call jugak. Huhu. Tak pun kena kerja yang ada kaitan. Cumanya apa aku nampak dari awal aku kerja CS sampai sekarang, masa awal² tu rasa downlah jugak, sebab kerja lain bidang dengan gaji ciput. Kerja dengar orang maki..public pandang rendah job ni sedangkan diaorg tak tahu byknya yg kerja Customer Service semua adalah graduan universiti/ kolej .
Aku tak nampak future aku masa awal² tu . Yelah, kerja ni boleh tahan stress sampai aku fikir boleh rosakkan kesihatan aku huhuhu. Tapi aku kerja jugak sbab nak cari experience. Dan rupanya, Tuhan nak bagi something bila kita redha dan sabar. Jadi yang baru nak venture into this job, sabar ya. Kumpul sebanyak boleh skill dan pengalaman yg ada walaupun tak banyak mana. Dari situ, kita boleh pergi lebih jauh.
– Cik CS
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit