Assalamualaikum semua warga iium confession. Semoga semuanya berada dalam keadaan yg sihat dan gembira. Nama diberi Airin (bukan nama sebenar). Berasal dari selatan tanah air. Baru lepas grad dari sebuah universiti di utara. Doakan Airin dapat kerja cepat-cepat ye…
Berbalik kepada confession Cakoi pasal sihir keluarga, (https://iiumc.com/sihir-keluarga-ii/), Airin nak kongsi kisah Airin yg berlaku 2 tahun lepas. Kisah sedih Airin yang sampai bila-bila pun Airin akan ingat. Kisah mengenai arwah mak Airin yang meninggal dunia angkara khianat orang. Ini merupakan luahan hati Airin sebab dah lama pendam. Terima kasih admin sebab sudi siarkan confession Airin ni.
Airin merupakan anak perempuan bongsu daripada 3 adik beradik. Airin satu-satunya anak perempuan yang mana adik beradik Airin yang lain semua lelaki. Airin rapat dengan arwah mak Airin. Mungkin sebab Airin satu-satunya anak perempuan dalam keluarga. Dua orang abang Airin sudah bekerja dan mempunyai family masing-masing manakala lagi seorang abang Airin melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di Kuala Lumpur.
Dua tahun lepas, masa tu Airin berada dalam semester 3. Arwah mak la yang paling gembira bila dapat tahu Airin berjaya masuk ke universiti dalam kos yang paling Airin minat iaitu perakaunan. Masa permulaan semester 3, arwah mak selalu tanya, bila Airin cuti? Memang lain dari sikap arwah mak yang biasa. Tapi Airin anggap tu cuma keprihatinan seorang ibu kepada anaknya sahaja. Masa cuti pertengah semester, cuti seminggu, Airin balik ke kampung. Yela, dah 2 bulan tak balik, mesti la rindu. Bak kata orang “home sick”.
Bila Airin balik, tengok arwah mak dah tak sihat. Masa tu arwah mak cakap cuma demam. Takpe la. Airin bawa arwah mak pergi klinik, hospital tapi semua cakap arwah mak cuma demam biasa. Tekanan darah normal. So, Airin ingat dalam 2, 3 hari mesti arwah mak akan sihat. Tapi, sayangnya, seminggu berlarutan macam tu juga.
Satu perkara yang Airin ingat pasal arwah mak bila sakit tu, arwah mak akan rasa sejuk sangat bila menjelang maghrib. Dalam tempoh seminggu cuti pertengahan semester tu, dah bawa pergi klinik, hospital, akhirnya cuba ubat cara kampung. Bila pergi jumpa seorang pengamal perubatan ni, dia cakap ada “benda” yang menumpang. Jadi, dia pun berubat cara dia, baca ayat Al-Quran, ada air sebotol dengan limau untuk dibuat mandian.
Masa berubat tu, arwah mak seolah-olah macam muntah tapi cuma keluar angin sahaja. Memang nak nangis masa tu, cakap dalam hati “Ya Allah, aku sanggup menggalas sakit mak aku, Engkau pindah lah sakit tu kepada aku. Engkau sembuhkanlah sakit mak aku. ” sampai macam tu sekali Airin minta dekat Allah. Anak mana yang sanggup lihat mak ayah dia menderita bukan?
Lepas berubat tu, lihat arwah mak dah berselera makan, kurang dah rasa sejuk bila tiba waktu maghrib. Dah nak berbual-bual dengan keluarga. Kalau tidak, arwah mak baring je, lemah tak bermaya. Alhamdulillah atas kesembuhan arwah mak. Masa tu juga terpaksa balik ke universiti tapi dah tekad dalam hati, minggu depan nak balik jengguk arwah mak. Takpela tiket mahal, janji dapat tengok arwah mak. Masa dekat universiti, hari-hari call tanya keadaan arwah mak. Arwah mak cakap makin sihat. Airin yang dengar ni pun rasa lega. Tapi, tak siapa yang sangka, arwah mak terpaksa berbohong sebab takut Airin stress dekat universiti bila fikirkan keadaan arwah mak yang masih belum sembuh.
Hujung minggu tu Airin balik. Rasa sedih bila tengok arwah mak masih tak sembuh. Ikhtiar bawa arwah mak ke seorang ustaz. Mulanya arwah mak tak nak pergi, tapi bila dah paksa, arwah mak pergi juga. Sama juga dengan yang dulu. Katanya ada “benda”. Malam tu, ayah tabur garam keliling rumah macam yang ustaz tu minta. Malam tu juga, Airin dengar bunyi something atas bumbung rumah. Bunyi macam dibaling sesuatu atas bumbung. Tiga kali Airin dengar. Kali ketiga, automatik bulu roma Airin berdiri, rasa seram.
Bila nak pejam mata, macam ada bayangan yang betul-betul depan muka Airin. Sampai subuh Airin tak tidur lena. Bila bangun pagi tu, ayah pun dengar juga bunyi yang Airin dengar. Tapi, ayah kata, mungkin kelawar yang bawa buah kot. Buah tu jatuh atas bumbung. Airin pun iyakan saja la. Pagi tu juga arwah mak nak makan kuih seri muka. Satu pekan Airin pusing semata-mata nak tunaikan hajat arwah mak. Tapi, Airin tak kisah sebab dah tanggungjawab Airin.
Esoknya Airin dah kena balik universiti. Bila salam dengan arwah mak, sayu je mata arwah mak. Sebelum naik bas, sempat la juga selit duit dekat abang, cakap duit tu untuk mak dengan ayah. Untuk beli apa-apa yang diorang nak makan. Walaupun Airin ni student, Airin tak lupa beri dekat mak ayah duit sikit bila ada rezeki. Bukan duit apa pun, duit ptptn je. Niat ikhlas nak bantu mak ayah.
Minggu seterusnya Airin tak dapat balik sebab ada seminar. Hari isnin call arwah mak, suara arwah mak ceria je. Cakap dah pulih dah. Airin yang dengar ni pun lega la. Hari selasa call pun sama juga. Tapi, tak sangka. Masa tu malaikat izrail dah mula ikut arwah mak. Hari selasa malam tu, ayah cakap arwah mak rasa sejuk sangat. Ayah pergi jerang air, buatkan air milo panas untuk arwah mak. Arwah mak boleh minum air milo tu panas-panas. Seolah-olah tak melecur pun mulut arwah mak bila minum. Ayah selimut arwah mak. Dalam setengah jam macam tu, arwah mak dah okay.
Esoknya, hari rabu. Arwah mak susah bernafas. Nafasnya bunyi kuat sangat. Seolah-olah macam lemas. Abang pun call ambulans, bawa arwah mak ke hospital. Di hospital, arwah mak dimasukkan di icu dan diberikan ubat sebab arwah mak meracau. Masa tu pukul 11 pagi, Airin dapat call dari abang suruh balik sebab arwah mak dekat ICU. Airin pinjam kereta kawan Airin, drive dari utara, stop dekat kl ambik abang chik terus shoot balik rumah di selatan. 6 jam juga drive tapi abang yang drive sebab Airin masa tu dah nangis-nangis dah. Kalau Airin drive, tak pasal-pasal ada yang kemalangan. Dari utara nak ke kl, tak tahu la berapa kali Airin kena hon sebab drive tak berhemah.
Bila sampai dekat ICU, Airin terus masuk tengok arwah mak. Lemah lutut tengok arwah mak dengan wayar berselirat, dengan mesin di kiri kanan. Doktor cakap peluang untuk arwah mak cuma 50/50 je. Sepanjang hari tu Airin jaga arwah mak. Baca yassin, bisik dekat telinga arwah mak. Tapi, Allah lebih menyayangi arwah mak. Tepat pukul 1 pagi hari khamis, arwah mak menghembuskan nafasnya yang terakhir tanpa buka mata untuk melihat Airin buat kali terakhir.
Proses pengebumian arwah mak berjalan dengan lancar. Bila waktu malam tu, rasa lain la. Semua orang masih bersedih. Yang paling terkesan, ayah la. Siapa sangka, benda terjadi sebegitu singkat. Al-fatihah untuk arwah mak.
Mesti pembaca iium semua pelik kan, tak ada unsur-unsur buatan orang pun dalam cerita Airin. Nah, Airin pun tahu benda ni bila mak cik yang buka cerita. Selama ni kan Airin duduk jauh dari family, memang family Airin jenis yang tak akan cerita masalah dekat anak-anak yang duduk jauh sebab takut anak-anak tak dapat tumpukan perhatian dekat kerja masing-masing. Menurut mak cik, sebenarnya arwah mak terkena buatan orang. Benda ni dah lama cuma baru perasan bila arwah mak sakit teruk. Maknanya benda tu dah lama ada dalam badan arwah mak.
Sebelum arwah mak sakit, ayah dulu yang kena. Ayah jadi tak bermaya, lemah tapi bila berubat, ayah sembuh. Alhamdulillah. Cuma bila arwah mak kena, mungkin yang paling teruk. Kakak ipar juga pernah kena macam yang ayah kena. Tapi bila Airin fikir balik, mungkin individu tu tahu arwah mak merupakan kebahagiaan kami sekeluarga. Tak dinafikan, lepas arwah mak pergi, kehidupan kami sekeluarga berubah 360 darjah. Jadi suram je.
Airin pun ada perasan dekar badan arwah mak ada lebam-lebam. Lagi satu, menurut ustaz yang kali terakhir kami pergi dapatkan rawatan, arwah mak terkena santau angin dari siam. Dan ada orang yang berdendam dengan family Airin dan niatnya adalah untuk buat semua family Airin mati. Mesti semua nak tahu kan siapa individu tersebut? Cukup lah Airin cakap, dia dalam kalangan ahli keluarga juga.
Semua family Airin tahu, bahkan abang Airin sendiri pernah nampak individu tersebut baling sesuatu atas atap rumah Airin. Kalau ikutkan hati yang marah, memang nak balas balik apa yang individu tu dah buat, tapi ayah cakap “biarlah dia nak buat apa pun, kita jangan balas. Apa yang jadi dekat arwah mak, Allah yang izinkan.
Kalau dia nak buat tak baik dekat kita, biarkan je. Kalau Allah benarkan, akan jadi, tapi kalau Allah tak benarkan, tak akan jadi. Kita banyakkan berdoa. Kalau kita balas apa yang dia buat, apa beza kita dengan dia? Ingat, dosa kita pun dah tak terkira, kita aniaya orang, kita yang kena tanggung dosa dia. Biarkan, kita doa, tawakal je dekat Allah. ” tu ayat ayah yang menjadi pegangan Airin.
Sampai situ je ke mereka buat? Tak, sampai sekarang pun mereka masih hantar lagi “benda” dekat family Airin. Baru-baru ni abang Airin batuk berdarah. Bila pergi berubat, alhamdulillah, dah sembuh. Airin pun pernah kena, lepas arwah mak meninggal, Airin jadi takut, bila pejam mata, seolah-olah ada lembaga yang betul-betul depan muka Airin.
Dua minggu juga Airin tidur tak lena. Tapi, Airin tak cerita dekat family sebab tak nak mereka risau. Apa yang Airin buat, Airin solat hajat, baca yassin tiap-tiap hari lepas solat maghrib. Alhamdulillah, benda tu dah tak ada. Cuma sekarang Airin batuk-batuk je, kadang-kadang tu batuk sampai semput. Doakan Airin dn family Airin dilindungi daripada keburukan dunia dan sifat dengki manusia.
Sedikit peringatan dari Airin, kita sebagai anak, hargailah ibu bapa kita sementara mereka masih ada. Apa yang mereka hajatkan, selagi tak bertentangan dengan agama, laksanakanlah. Kalau nak murah rezeki, rajinkan diri untuk berbakti kepada mak ayah. Jaga perasaan mak ayah. Airin dah hilang satu keberkatan doa iaitu doa dari seorang ibu, jadi Airin harap pembaca iium confession yang masih ada mak, jaga perasaan mak sebaik mungkin.
Kepada individu yang pernah terlibat dalam kegiatan syirik, mohon ampun daripada Allah, bertaubatlah. Sudah-sudahlah aniaya orang lain, jangan sampai apa yang dianiaya tu berbalik semula kepada keluarga kita. Ingat, doa orang yang teraniaya ni makbul.
Sekian, terima kasih.
Yang redha,
– Airin
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit