Assalamualaikum semua. Terima kasih buat admin sekiranya tulisan aku ni disiarkan. Tujuan aku menulis untuk meluah rasa hati, harap ada yang sudi beri semangat untuk aku hadap masalah ni.
Untuk makluman, aku ialah seorang pengajar di sebuah kolej dan berkelulusan ijazah sarjana. Aku bermula dengan gaji 2k sahaja dan aku telah bekerja selama 3 tahun setengah. Sepanjang aku berkhidmat 2 tahun kebelakangan ni tiada kenaikan. Still, aku bersyukur asalkan lepas komitmen bulanan. Aku bukan jenis hipster, aku makan apa ada.
Sehingga lah terbaru, majikan dah tak mampu nak bayar gaji. Sebelum ni, beberapa kali bayaran gaji kami dipotong, epf tak dibayar dan yang terbaru staff tidak menerima sebarang gaji. Dengarnya, tiada bayaran bakal diterima untuk beberapa bulan akan datang. Sampai bila? Aku pun tak tahu.
Aku jadi demotivated dan timbul rasa kurang ikhlas mengajar sebab bekerja tapi tak bergaji. Aku tak patut rasa macam tu, sebab aku tahu pelajar tak salah. Aku juga tak boleh lari, sebab program masih berjalan. Aku punya rasa tanggungjawab untuk habiskan sesi semester ini.
Untuk beberapa hari, aku menangis teruk, mengenang nasib sebabnya aku bakal melahirkan. Aku risaukan komitmen hutang sedia ada dengan anak yang bakal lahir. Aku betul betul lost, depressed sampai anak dalam perut berombak ombak. Mungkin anak pun dapat rasa yang aku tengah bersedih. Kesian anak aku.
Tengah solat pun boleh meleleh air mata. Aku struggle apply sana sini tapi masih belum ada rezeki. Mujur, aku dapat suami yang bertanggungjawab. Dia yang sediakan semua keperluan cumanya aku tak suka sebab aku dah biasa bekerja dan bergaji. Nak apply part time memang tak boleh buat masa ni, sebab majikan tak nak hire ibu mengandung kan.
Setiap kali rasa down, aku selalu bisik dalam diri,
“Kalau rasa lelah dengan dunia, ingat kembali tujuan kau dicipta”
Aku tak punya harta melimpah, cukup memadai dapat keluarga yang memahami dan suami yang membahagiakan. Doakan aku terus kuat dan dapat rezeki yang lebih baik selepas ni. Aku tak demand, asal cukup makan pakai alhamdulilah.
Terima kasih kerana sudi membaca.
– Ana
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit