First, aku nak minta maaf kalau ada ayat-ayat dalam ni yang buat kau orang triggered. Aku cuma mahu meluahkan apa yang aku rasa sekarang ni dan aku harap ada input pengajaran boleh di ambil dalam kisah aku ni. Aku Airis wanita berumur awal 30an dan bekerjaya dalam bidang pentadbiran sumber manusia. Aku sebenarnya baru juga bekerja dekat kilang makanan ni. Boss aku nama Sally (nama samaran). Dia lewat 30 an. Sama-sama melayu dan hanya aku serta dia dalam bidang pentadbiran sumber manusia dekat cawangan kilang ini.
Boss aku ni dari awal masuk kerja dia dah tunjuk sikap dia. Dia tanya aku kenapa aku kerja di situ. Aku cakap sebab gaji lebih besar dari tempat lama. Then, dia pergi cerita dengan aku orang yang dia benci kat situ (Sue) dan panggil makcik cleaner suruh makcik tu sama cakap pasal orang tu. Tapi, paling aku tak boleh terima ialah dia pergi cakap nak tampar muka makcik cleaner tu kalau dia dengar makcik cleaner tu cakap-cakap pasal dia (Sally) tu membawang kat saya tentang Sue.
Minggu seterusnya aku kerja dan aku rehat sama mereka. Sikit-sikit aku dah dapat agak perangai boss aku. Mereka kata nanti tahu sendiri bila kerja lama sikit dengan boss aku. Dia jenis bossy. Suka mengarah-arah. Tapi itu bukan masalah besar. Masalahnya ialah boss aku selalu mental torture aku dan maki aku. Masalah kecil jadi besar pada dia. Salah ambil barang di stor, dia pukul canang dekat department lain. Tak cukup di situ, dia membawang pasal aku dalam telefon dan kutuk-kutuk aku dalam telefon.
Aku masih baru dalam bidang pentadbiran sumber manusia. Jadi, aku minta tunjuk ajar dia. Aku baru nak belajar macam-macam dan aku tak boleh buat kerja sendiri karang dia kata aku memandai-mandai buat tanpa arahan dia. Malangnya dari awal aku masuk kerja, dia suruh aku tengok kerja tu dan cuba fikir dan buat sendiri ikut yang dulu-dulu. Aku pernah tanya dia, tapi dia buat layan tak layan. Akhirnya aku cuba buat sendiri ikut apa yang aku fikir. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit aku dapat ilmu dan aku tulis dalam buku ilmu baru agar aku sentiasa ingat.
Aku pernah ada salah faham dengan dia. Tekanan aku timbul bila dia dapat tahu aku bercakap dengan orang yang dia tak suka (Sue). Dia berangin dengan aku sampai dia marah-marah dan tak layan apa jenis pun pertanyaan aku pasal kerja. Semua dia abaikan. Dia jenis pendendam orangnya. Dia susahkan kerja aku dengan padam modem internet supaya aku susah nak hantar e-mel. Macam mana aku boleh tahu? Hari esoknya masa dia tiada office aku siasat hal tu dari mana puncanya dan aku ambil gambar kerja-kerja aku sebagai bukti bila aku kena back up diri aku nanti antaranya dia guna e-mel aku hanya untuk hantar kepada kawan-kawan dan HOD pasal laptop dia rosak.
Kenapa ini jadi isu? Sebab dia guna tanpa keizinan aku. Buatnya dia cakap bukan-bukan dalam e-mel beritahu apa-apa tak ke naya aku. Laptop dia kena hujan pun dia salahkan aku. Dia tak kisah aku kena show cause letter pasa tak alihkan laptop dia masa dia cuti. Tak cukup di situ, dia pernah padam dokumen yang aku scan berkali-kali dekat dalam share document. Kau bayangkanlah, penat bila aku ulang alik keluar masuk office hanya untuk scan dokumen. Dia pernah suruh aku fotostat benda yang sama berkali-kali, tapi aku sabar. Dia bodohkan aku dengan suruh aku letak serbuk kopi dah expired dalam bekas. Aku tanya berkali-kali untuk confirmkan apa aku dengar dan dia cakap benda yang sama.
Dua kali ok dia suruh buat macam tu, tapi aku tak sebodoh dia sangka. Aku tak nak tanggung risiko kerana itu sebab aku tahu semua tu taktik nak kenakan aku. Ubat dah expired 4 tahun pun dia suruh simpan. Dia kata kesan telan ubat expired tu pun sama dengan kesan minum kopi expired. Cuma sakit perut katanya. Merepek! Sebab dia sendiri susah telan ubat klinik, boleh pula fikir singkat macam tu. Aku alihkan dan ketepikan ubat expired tu semua sebab takut terberi kepada pekerja.
Ni semua sebenarnya taktik nak kenakan aku sebab dia suka cakap aku blur-blur orangnya sedangkan banyak arahan yang salah diberikan kepada aku. Aku pun tak faham kenapa dia macam tu. Aku minta dia ajar pun susah. Aku sampai cari kerja buat label fail, kemas stor siap label, update stock card, stock count, filing dan letak separator, alihkan dokumen lama dalam kotak dari tahun dia masuk kerja.
Aku kerja dah lama tempat lain dan aku boleh buat kerja. Tapi, dia buat aku macam orang bodoh. Dari layanan dia yang teruk sampai aku tiada kawan rapat di sana dan susah nak bercakap dengan sesiapa. Aku makan pun selalu dalam office. Semua takut nak rapat dengan aku sebab dia jenis psycho dan akan buat orang yang rapat dengan aku susah. Makcik cleaner la aku nampak selalu nangis pasal dia. Dia tua umur nak masuk 70 tahun depan, dia marah-marah depan aku sampai nak tampar. Aku nasihat boss pun aku kena balik. Biadab betul.
Kemuncaknya bila dia satu hari tu cakap aku ni tak sedar diri sebab aku ada ke tiada sama sahaja dan dia boleh buat sendiri kerja-kerja tanpa aku. Jadi, dia cuma fikir aku nak kerja je sebab aku ada tanggungan. Oh ye, dia selalu buat aku rasa terhina. Dia kaya dan selalu cakap pasal kekayaan dia dari emas kat tangan, kereta sampai insurans. Aku sedar diri tak mampu macam dia. Dia ada call someone dalam telefon dan cakap dia baru marah aku sebab kononnya ‘sudah cakap tapi tak masuk otak’.
Aku nangis lepas dengar dia cakap macam tu dalam telefon. Sambil meraung aku pergi ke pantry. Aku terlalu tertekan dengan dia. Hanya 3 bulan aku dapat bertahan. Dari dia mental torture aku, maki hamun depan kakitangan lain, kacau kerja aku dengan padam dokumen dan modem, letak telefon bila orang HQ nak cakap dengan aku, buruk-burukkan aku dekat geng dia dan tak nak ajar aku. Aku buat keputusan hendak berhenti kerja dengan notis 24 jam.
Esoknya aku buat surat perletakan jawatan. CEO dan wakil HQ dah baca surat aku. Aku di panggil untuk memberi keterangan. Aku cakap aku kena tekanan yang kuat sampai depression. Aku sukar untuk tidur. Sentiasa rasa takut bila pergi kerja. Sentiasa rasa bersalah dalam diri sebab dia sentiasa ulang-ulang cakap kesilapan kecil yang lalu sambil senyum sinis. CEO minta aku bertahan dan dia akan siasat hal ini sebab anak buah dia semua tiada yang lama bekerja bawah dia.
Tapi, keputusan aku muktamad. Aku boleh bertahan dengan mulut celupar dia. Tapi, soal kerja alu di ganggu memang aku tak boleh berkompromi lagi. Baik aku tarik diri dari ambil risiko yang akan memakan diri. Sekarang aku masih belum dapat kerja lain. Pengalaman ini paling aku tak dapat lupakan sebab kerana boss aku, aku jadi trauma dengan boss wanita. Walau dia kuat agama, solat awal waktu, puasa isnin dan khamis, solat tahajjud dan solat dhuha, tapi hati umpama iblis.
Hari ini, nasib dia masih baik bertahan kerja sampai bertahun-tahun. Tapi, percayalah kifarah Allah akan tiba suatu hari nanti. Aku harap dapat kerja lain yang lebih baik selepas ini dan bukan boss macam Sally. Aku ada tanggungan dan aku bukan orang senang. Dia pun tahu, cuma tak sangka dia akan buat aku sampai jatuh begini siap ketawakan aku lagi. Syukur ada pengajaran aku ambil di sini. Mudah-mudahan bila aku senang nanti, aku tak akan tikam orang bawahan aku sebab aku pernah kena dan aku tahu betapa susah payahnya nak mencari rezeki yang halal demi sesuap nasi.
– Airis
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit