Assalamualaikum wbt buat pembaca semua. First time nak write up story life dekat sini. Harap harap admin sudi untuk approve artikel ni la ye :) Sebelum tu kenalkan diri ni Syafillah (bukan nama sebenar), umur alhamdulilah near to 25 for next year, insyaaAllah. Asal dari utaqa, sekarang ni dah bekerja dekat bandar metropolitan and still belum kahwin and belum berpunya. Haha.
Ok laa cuma nak story pasal life aku yang tak berapa best pun dari zaman sekolah sehingga sekarang which other people and also my friends keep ask bila tengok saya sekarang ni depa pun masih tak percaya. Selalu kata kata yang kawan kawan dok cakap “Wey serious laa hang dah macam ni sekarang” “Macam mana hang berubah sampai tahap macam ni saya” and bla bla blaaa. (sampai aku rasa tiap kali aku nak story, aku akan cerita semula dari A-Z) haha. So, saya ambil platform ni to share something that saya sendiri pun tak percaya sampai laa ke hari ni. Alhamdulilah, tak mampu nak lafaz kata syukur dekat Dia atas segala nikmat!
Ok ok, ceritanya bermula dari zaman sek ren dan sek men. saya dulu bukan normally perwatakan lembut. Dari sek ren and men kawan kawan saya ramai lelaki and saya akan selalu lepak dengan depa. saya ni agak boyish sikit laa, tapi tak ada semua nak tiru laki means lebih ke arah kasaq kasaq gitu. And yes, dulu tak ramai kawan perempuan, sebab saya tak suka lepak dengan depa. (the reason sebab depa ni suka cakap belakang, stab back, kaki gosip and lain lain laa perangai perempuan, but tak semua girl macam tu ok).
Then dah masuk form 1, actually saya dapat offer masuk sek sukan yang top dekat kedah time ni 2007. Tapi saya tak pergi pun, sebab dengaq cerita situ banyak nyamuk. Haha. Then saya masuk laa sek men harian biasa dekat area rumah saya and saya dapat offer aliran agama which is kena tambah belajaq bahasa arab, so in total 9 subject laa. Time tuu rasa blurrr semacam plus pakej kena dok asrama. Weyyy time tu memang memberontak.
Cakap dengan ibu ayah, tak nak dok asrama then merayu merayu siap sujud dekat kaki ibu lagi tak mau dok asrama. That time, imaginasi aku very high! aku boleh bayang aku pakai tudung labuh, and semua yang labuh labuh laa ohhh cannot brain. Masuk laa sesi sek, which aku dah start masuk kelas form 1. (Aliran agama sampai form 3 je) Form 1, aku jadi budak diam yang buat hal aku jaa. (Yelaa, dapat masuk kelas di kategorikan budak pandai kelas no 2) Ermm budak laki yang aku kawan masa zaman sek ren, dok kelas belakang. Jadilah aku budak pendiam sebab environment kelas tuu tak masuk dengan jiwa aku time tu.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun sampai laa aku form 2. This time, zaman kenakalan aku memberontak. Masa form 2, aku dapat tukaq kelas no 1 time ni lagi laa aku rasa apa benda laa depa ni asyik dengan buku jee boringnyaa. So, saya dulu kira ada geng jugak laa, geng lari kelas, hehe (jangan ikut yee). Ohh masa saya form 2, saya dapat jadi pengawas (sebab that time, budak budak nakal ada pontensi jadi pengawas, haha).
Soo saya tak kisah pun, jadi lahh pengawas tp sepanjang tahun 2008 tuu saya tak pakai baju pengawas sebab saya tak suka kasut hitam, nampak nerd sangat. (Aduhhh, tak ku sangka berani betul aku ni, sampai sekarang pun sama, keh keh keh). But cikgu cikgu waktu tu sangat laa anti dengan saya. Sebab saya budak nakal, tak nak dengaq cakap cikgu, (saya suka lari kelass, homework tak siap macam macam perangai lagi la).
Nak cakap nakalnya saya ni, siap cikgu displin jumpa saya dekat somewhere port yang saya selalu lepak dia bawa saya naik kelas. Time tu ingat lagi waktu kelas geogarfi, cikgu tuu cantik tapi dia tak suka dengan saya. haha Dia cakap dengan cikgu displin macam ni “Cikgu buat je laa apa apa dengan budak tu, saya tak nak dia masuk kelas saya” Aduhhh time tu aku rasa, wey jahat sangat ke aku ni haa. Cikgu displin tuu (sekarang ni one of cikgu yang rapat dengan saya sampai sekarang) bawa laa saya masuk bilik displin, dia tanya saya “Betul ke awak ni lari kelas?” banyak kali dia tanya then dia cakap lagi “Cikgu nampak muka awak budak baik, sebab tu cikgu tak percaya awak lari kelas”.
Saya pun denied laa, “Cikgu betul saya lari kelas, cikgu tulis jaa rekod dalam buku displin tu, tak apa cikgu” (Beria ria time tu aku mengaku aku lari kelas. Haha Cikgu pun “Saya tak nak rosakkan rekod kamu lepas habis belajar, sebab cikgu percaya awak budak baik, cuma cikgu rotan jee saya” Lepas cikgu rotan saya sekali dekat tangan saya cakap “Terima kasih cikgu!” Then sayaa lari masuk kelas semula.
But saya tak makan saman lagi pun, Im still lari kelas. Haha. Ustazah mengajar bahasa arab tu a.k.a guru kelas saya pun tak suka dengan saya. Kelas dia jaa saya tak berani lari, sebab dia ni jenis curse orang. saya ingat lagi and sampai sekarang terngiang ngiang dalam otak saya dia cakap macam ni “saya, lelaki malang mana laa yang nakkan kamu ni” Allah time ni even aku budak2 lagi pun, words dia tu sangat mencengkam kalbu aku. Aku diam jaa, time ni aku kena denda dok atas kerusi sebab kerja sekolah tak siap. Btw tau tak, sebab punya aku memberontak aliran agama buku bahasa arab dari form 1-form 3 tak pernah wujud. Tiap kali ustazah tuu bagi latihan, aku koyak buku lain and tulis lepas tu hilang berterusan smpai laa habis form 3.
Ustazah tuu punya tak suka dekat saya, dia cakap dekat saya yang dia nak hantar saya pergi kem bahasa arab kononnya laa, sebab bahasa arab aku teruk. Aku tak cakap banyak, pergilah je kem tuu. Then sampai je kem tu, aku rasa macam dekat alam lain. Kenapa semua orang tudung labuh, semua bertutup siap yang pakai niqab lagi. Aku rasa macam tak sedap hati, aku pun nak patah balik jumpa ustazah aku, ustazah aku dah hilang. Dan aku rasa macam nak nagiss wey kem apa nii! Aku dengan pakaian sekolah biasa2 jaa, tshirt sek, seluar track and tudung aku silang ke belakang compare orang lain majority datang dari sek agama dengan pakaian yang jauh beza dari aku.
Ermm aku rasa ustazah kejam, kalau tak suka aku tak payah laa buat macam ni. :( Aku kuatkan hati time tuu habiskan kem 4 hari 3 malam. Aku ingat lagi ada ustaz maqah aku sebab aku tak pakai stokin, time tuu mana laa aku tau kaki tu aurat. Dia paksa aku pakai stokin, aku waktu tuu mana ada pakaian tutup aurat sepenuhnya jadi aku ambil laa mana mana stokin dekat ampaian time tu (maafkan saya empunya stokin, halalkan stokin awak dunia akhirat).
Dah habis kem tuu, ustazah ingat aku akan berubah jadi lebih baik. Sebaliknya tak, aku jadi lagi agresif. Sebab dari kem tuu, aku rasa hina sangat ke aku ni sampai orang orang tudung labuh taknak berkawan dengan budak biasa2 macam aku ni. Teruk sangat ke perangai aku. Btw lupa nak cakap, teruk teruk perangai aku dulu, ibu ayah saya selalu pesan JANGAN TINGGAL SOLAT tu jaa pesanan depa, Sedangkan ibu ayah saya tak pernah tau pun perangai saya dekat sek sampai laa habis belajar form 5 dekat situ (sebab cikgu besaq tak panggil)
Masuk la saya form 3, form 3 saya masuk semula kelas no 2. saya time tu still perangai sama jugak, tak berubah ubah pun. But ada satu cikgu ni berjaya lembutkan hati saya dengan sikap dia. saya lari kelas waktu dia, cikgu ni ajar sejarah. Time tu saya lepak dalam tandas dan kantoi dengan cikgu ni. saya dengan kawan saya balik laa ke kelas dengan muka tak bersalah. Bila saya sampai dalam kelas cikgu tu stop mengajar, time dalam kelas senyap gila. Pakat pakat kawan dalam kelas saya maqah saya “sebab hg laa cikgu tak mau sambung mengajar” Cikgu tuu diam jee, then dia bangun and tulis something dekat papan hitam “Terlajak perahu boleh diundur, telajak kata buruk padahnya, dia sambung tulis lagi sayafillah, nana, cikgu harap kamu berubah. Lepas habis kelas, sila tunggu” Yang tuu je dia tulis, tapi kata kata dia menyentap naluri aku time tu.
Dringggggggg, loceng dah bunyi. Aku pun keluar laa dengan cikgu tu sama sama. Dia tanya aku “Sampai bila nak macam ni” Seriously aku suka cara cikgu ni sangat laa sopan santun, lemah lembut walaupun aku tau klu dia nak maqah aku dia boleh maqah. Tapi lain gila cara dia approach orang yang bermasalah macam aku. Plus dia cakap dekat saya “Cikgu tau awak budak baik saya, cuma perangai awak tu je. Cikgu tau awak tak kacau orang, cikgu faham zaman awak sekarang. Awak tau kan tahun ni awak nak ambil PMR. Takkan nak ponteng kelas lagi. Buktikan awak boleh” Aku diaam tanpa tengok muka cikgu tu, then aku salam dengan dia aku minta maaf banyak. Kemudian aku beransur balik asrama dengan penuh tanda tanya.
Dengan seribu penyesalan, aku tulis surat dekat cikgu tu dan aku selitkan lagu Bad Day by Daniel Powter. Haha sweet tak aku dengan cikgu sejarah aku ni. Sampai perhimpunan pagi, aku nampak kereta dia masuk, then kawan aku bagi laa surat aku dekat cikgu aku tu. Aku terlupa pulak, hari tu ada waktu dia. Weyy malu gila macam orang bercinta ja rasa time tuu. Haha Adehh, bayangkan waktu dia mengajar aku tunduk jee langsung tak tengok muka dia.
Then you know what, time tu dia mengajar fully energetic, aku feel memang dia seronok mengajar time tu. Lagi 15 minit nak habis kelas,dia cakap saya nanti tunggu saya lepas habis kelas. Then lepas habis kelas, dia tanya laa kenapa hantar surat, kenapa bagi lagu tu dekat dia. Aku cakap, “Cikguu first time saya dapat rasa ada cikgu tak pandang saya sebelah mata, saya rasa appreciate. :)” Respon dia, cikgu tau awak boleh buat! Buktikan dekat orang lain, awak bukan seperti yang depa cakapkan” Aku rasa time ni, macam ada power injection untuk aku belajaq.
Tapi tak semudah seperti aku menulis sekarang ni, aku kena strunggle syllabus dari form 1-3 yang aku tak masuk kelas semuanya. Aku kena struggle my ownself, sebab aku pernah nak join study group dengan budak2 pandai tapi tak di terima. Well, balik dari asrama aku minta ibu ayah pergi kedai buku beli buku latihan byk2. Tiap2 malam sebelum aku tidoq, aku akan buat latihan sendiri, time tu lagi seminggu nak trial PMR. Aku tau walaupun is to late, but aku buat tak tau jee, fokus.
Lepas habis trial, keluar result trial, haha teruk wey result aku, mostly 2B,2C,4D & 1G . Aku tak kisah, aku keep fokus untuk real one exam lagi sebulan. Alhamdulilah, the real result was come out, then aku sendiri terkejut, tambah ustazah bahasa arab aku. Dia speechless nak bagi result dekat aku, sebab dia tak percaya result tu result aku, aku dapat 5A2B1C1D. Jangan tanya D, sebab tu bahasa arab. Haha. Alhamdulilah lulus!
Then, nama aku sebaris dengan nama budak budak targeted. Dari situ laa start perjalanan hidup aku untuk mencari identiti aku yang sebenar. Aku masuk form 4, aliran pure science plus ambil account. Alhamdulilah result aku berjaya buat aku masuk matrik. Selama setahun dekat matrik, alhamdulilah aku berjaya habiskan study dengan CGPA 4.00. After that, aku berjaya masuk one of research university yang famous dekat Malaysia, alhamdulilah dah berjaya grad walaupun hanya second class upper, dan sekarang dah bekerja. Alhamdulilah aku bersyukur sangat dengan perjalanan hidup aku.
Dari perjalanan hidup aku untuk belajar, dari situ aku belajar untuk mencari Dia. Mencari Dia yang sentiasa ada untuk aku, walaupun kadang kadang aku sendri lupa akan kesetiaanNya. Benarlahh, kalam pertama yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW “Iqra”. Selain taqwa yang membezakan kita dari hamba Allah yang lain, ilmu juga yang membezakan akal manusia dengan manusia yang lain. :)
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda,
“Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke Syurga”
(Hadith Riwayat Muslim)
Alhamdulilah, sekarang aku dah jumpa identiti yang aku cari. :) Alhamdulilah terima kasih Allah untuk very beautiful journey. Doakan aku semoga aku sentiasa kuat dan istiqomah di jalanNya hingga akhir nafas ni. Yang penting, jangan putus asa dengan usaha dan doa. saya suka pesan dekat diri saya, klu Allah nak bagi, dengan sifatNya yang Maha punya segalaNya mudah sahaja sebab Allah kasih dan sayang Allah akan uji dan sebagai manusia yang beriman kita tidak akan lari di uji. <3
Terima kasih yang sudi membaca kisah saya panjang lebaq ni. Minta maaf kalau sepanjang membaca ada yang buat korang rasa annoying ke, or lain lain. Semoga bermanfaat buat semua.
– Hanya mencari Dia
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit