Mohon Doakan Baik-baik

Salam sejahtera atas semuanya makhluk semesta alam Hamba Allah sekalian. ;)

Aku kenalkan diri sebagai Pai Manis (nama panggilan kawan lama aku, aku rindu dia, tapi mampu doakan yg baik2 saja-bukan nama sebenar dan aku rasa nama ni Mukhsin Mohd-pembaca yang suka komen dengan cara sarcastic tu suka kot nama ni, hahaha, gurau ya). Ni 2nd confession aku. Harap kali ni kena publish lah. Kalau keluar kat artikel IIUMC ni, syukran jazilan wa jzkkk kepada Team Admin. :) Moga page confession ni sentiasa sebarkan perkara kebaikan untuk maslahah agama dan masyarakat.

Umur aku hampir ke 30-an dah. Masih bujang alhamdulillah. Orang kata dah jadi wanita la kiranya. (kalau makcik pakcik bawang kata, umur andartu katanya. Haha. Tapi aku tak kisah pun lah, hak dia untuk berkata, mulut orang lain tak boleh kawal, external parties kan. Hehe. ) aku yakin ramai lagi dalam umur baya aku dan malah lebih berumur dari aku yg masih bujang.

Bukan tak mahu berkahwin, tapi ada cabaran-cabarannya yg kami tak ceritakan secara umum. Tak kisah la laki ke perempuan. Dan masing-masing punya cerita yg tidak dikongsi dan dibacakan pada umum. :) aku juga punya cerita-cerita yg aku tak kongsikan pd semua, hatta pada ahli keluarga aku, sebab aku tak nak susahkan mereka dengan perkara-perkara yang aku rasa. Aku ada Allah yg maha sentiasa mendengar untuk aku bercerita. :”)

Tujuan aku tulis confession ni sebab nak perkongsian kata-kata motivasi dan doa yang baik-baik daripada pembaca sekalian dan kongsi kata-kata yg baik dr aku juga(kira win-win lah kan utk aku dan para pembaca. :)). Benda yang trigerred aku utk tulis confession ni sbb tadi cikgu sekolah menengah (last 10 years) aku text aku bertanya tentang aku dah ada “kawan” ke. Huhu.

Sejujurnya aku cakap takda lah kan. Dan di akhir chatting kami, cikgu doakan aku semoga jumpa yg terbaik di “sisi” dia utk aku dan boleh pimpin sama2 sampai syurga. Aminn. Terima kasih cikgu <3. Saya doakan cikgu dan keluarga sentiasa dirahmati dan diberkati Allah. Amin. (tolong doakan utk cikgu aku ni ye para pembaca, aku sayang dia. :) )

Aku takdalah rasa defensive, terasa, atau apa-apa seumpamanya dgn pertanyaan dia sebab cikgu tanya pun elok-elok dan penuh adab.Sebab aku yakin setiap kejadian yg Allah jadikan. Allah da tetapkan timeline masing2, rezeki, ujian masing2. Jadi.Jadilah hambanya yg bermanfaat sentiasa selagi nafas masih ada, nyawa masih berkawan. Jantung masih berdegup.Perkahwinan tu hanya sebagai 1 complimentary utk lengkapkan sebahagian iman utk seorang muslim dan aku tidak menolaknya. :)

Jadinya ada beberapa points yg aku nak share disini utk para pembaca semua sama ada dah berkahwin atau tidak dan tak kisah lah kita sedang alami apa-apa ujian dan nikmat yg Allah bagi. :)

1. Kita. Manusia. Fikir, renung dan muhasabah apa tujuan utama kita dicipta? Siapa pencipta kita? Tepuk hati, tanya iman kita. Jom recall rukun iman, cukup yakin tak dengan 6 perkara tu. :)

2. Kehidupan ni tidak bermakna tanpa pahit manis. Jika tiada ujian, bukan hidup namanya. Mati dah tu. Hehe. Jadi kita manusia. Selesaikan. Tenang aje. Yg penting usaha dan doa. Yakin saja dgn dia. Macam mana dia nak tahu kita ni betul-betul beriman kalau tidak diuji hambaNya :)

3. Jangan kita cuba bandingkan kehidupan diri kita dengan orang lain hatta ahli keluarga kita. Sebab apa. ? Allah nak latih diri kita syukur dan usaha yg terbaik. Jadi tenang aje. :)

4. Setiap yang kita lakukan dalam nafas kita. (terutamanya, isu yang aku sebutkan lebih dalam ni. Perkahwinan). Allah suka tak? Kita buat sebab Allah ke? Bila yakin, kita pilih jalan tu. Ada ujian ditengah jalan. Redha, pasrah. Dan usaha selesaikan. Pasti ada jalan penyelesaian. Jadi tenang aje. :)

5. Buat para wanita semua, kita itu senang masuk syurga(tapi. Mudah juga untuk ke neraka). Jadi. Jagalah 4 perkara yang Rasulullah SAW dah sampaikan pada umatnya beribu-ribu tahun dahulu. Untuk yang belum berkahwin. Takpa. Kamu takda suami utk taat. Tapi kamu punya ibu bapa/ ibu/ bapa (sama ada ada lagi atau tidak ada) yg perlu ditaati nasihat-nasihat mereka. Jadi jgn risau. Jaga maruah, jaga agama dan iman kita. Apa 4 perkara tu. ? Haa. Google dan carilah 4 perkara untuk menjamin wanita ke syurga. Jadi. Tenang aje. :)

6. Kita manusia tak maksum. Iman turun naik. Sentiasa lakukan dosa. Tapi in syaa Allah mampu minimakan dosa yang dilakukan saat ada peringatan yg hadir. Tu sebab Allah da berfirman dgn maksud. Jadi umat manusia yg sentiasa menguntungkan dgn ingatkan antara manusia dgn perkara kebaikan dan hak. Jadi tenang aje. Syukur punya circle yg mengingatkan. :)

7. Jangan risau kalau kita tak dicintai oleh seorang makhluk manusia. Kerana dia juga hamba. Sama seperti kita. Hati kita sentiasa berbolak balik. Tak mengapa. Allah ada. Doa yg baik-baik moga Allah tetapkan rasa cinta kita pd dia. Cuba renungkan. Sahabat2 sekeliling. Ahli keluarga kita. Rakan sekerja kita. Mereka baik-baik saja tak dengan kita. Tu pun sebahagian cinta dari nya. Jadi syukurlah sentiasa. Tenang aje. :)

8. Ayah aku pesan. Apa pun badai berlaku. Ingat. Dunia ditangan. Akhirat dihati. Allah yang jadikan kita. Ingat Allah dalam setiap perkara. Positif. Usaha usaha usaha sebaik mungkin dan tawakal. Jadi tenang aje. :)

9. Di kesempatan ni, aku pohon doakan aku dapat berjumpa sentiasa dengan orang yg sama-sama nak berpimpinan dengan aku ke syurga. Sama macam doa dari sahabat-sahabat aku, ahli keluarga aku. Cikgu-cikgu aku. Kerana mereka cinta aku dunia akhirat. Aku yakin jalan daripada dia sentiasa yg terbaik hikmah-hikmahnya yg aku tak nampak dgn mata kasar aku. Tapi dapat rasa dengan jiwa dan hati aku yg aku tak dapat terjemah pada umum. Alhamdulillah nikmat Allah bagi. :)

10. Dikesempatan ni juga. Aku sebenarnya nak cari contact number cikgu-cikgu dari smka al mashoor (p) utk aku hubungi dan mana-mana cikgu akaun di sekolah-sekolah kawasan pulau khususnya.Sebab aku punya hajat untuk dikongsikan, moga bermanfaat utk masyarakat dan agama). (jgn salah faham. Ni bukan sekolah aku ya). Harap salah seorang mereka boleh komen. Nanti aku pm. Aku da lama cari dan usaha macam-macam cara. Tp masih belum berhasil. Harap kali ni, berjaya. :)

Sekian, terima kasih kerana baca hingga akhirnya. Maaflah sekiranya ayat aku terabur, ada shortforms yang aku terlepas pandang untuk aku proofread semula, dan buat pembaca pening untuk faham dan baca. Sebab aku hanyalah seorang penulis biasa dan pemerhati jalanan yang suka melihat gelagat masyarakat dan umat manusia. :)

– Pai Manis

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *