Ajaibnya Doa

Assalamualaikum dan hai semua. Terima kasih kat admin jika artikel ini disiarkan. Walaupun baca tajuk macam bosan, tapi aku harap orang yang baca apa yang aku tulis ini akan dapat manfaatnya. Aku bukan tak nak share je kat FB tapi rasa macam lebih suka share sesuatu tanpa tahu siapa diri aku. Sebab manusia tu tak sempurna. Aku takut orang akan judge aku, lalu menyatakan aku tak share isu ni.

So sekarang aku nak kongsi dengan pembaca tentang apa yang aku alami selama 30 tahun hidup. Muda je lagi, tapi aku tetap nak kongsi sebab aku rasa benda ni ramai dari kita kadang-kala tak perasan atau ambil ringan. Tentang kuasa doa. Orang islam percaya doa itu adalah senjata orang mukmin. Kau dengar ayat ini sejak sekolah mungkin rasa takde pape. Tapi kalau kita hayati betul betul kenapa doa dikatakan senjata, kau akan pasti lepasni takkan terus bangun lipat sejadah lepas solat, tanpa berdoa.

Senjata? kalau orang palestin berlawan dengan israel, senjata rakyat israel ternyata nampak lebih canggih, berbaju lengkap perang, dengan senapang lengkap. Sedangkan mereka berdepan dengan rakyat palestin yang tidak bersenjata langsung. Tapi perasan tak sehingga ke harini, mereka masih tak dapat takluk keseluruhan palestin. Rakyat palestin boleh je lari ke negara islam lain lebih aman. Akan tetapi, doa rakyat palestin, dan umat islam seluruh dunia, antara senjata yang kita tembak setiap hari membuatkan saudara kita masih kekal kuat bertahan di sana.

Ok sekarang aku nak cerita kisah aku sendiri. Dipendekkan cerita, aku ada berkawan dengan seorang perempuan ni nama dia aku gelarkan syiha. Syiha ni sebaya dengan aku. Kitorang ni kenal dari kecik. belajar sekolah sama, sehinggalah dah besar duduk rumah sama. kerja lain lain. tapi hubungan kitorg sangat rapat. Suatu hari tu syiha datang mengadu masalah dengan aku, katanya dia sedih sebab mak ayah dia tak habis tanya pasal bila dia nak kawin sebab dia cakap kakak dia semua kawin masa umur macam kitorang ni (tahun lepas kira 29 lah). Dia je adik perempuan yang masih tak kawin dalam umur macam tu.

Aku pun pelik gak salah ke umur 29 tak kawin kawin lagi, huhu. Tapi tula syiha cakap mak dia pun dah tak berapa sihat, so dia pun macam dah buntu. Kesian mak dia macam nak dia lekas kawin supaya lega nak tinggalkan anak perempuan dia sorang ni. Masa aku dengar tu merah juga la mata aku. Macam seolah ini permintaan mak dia tahap serius punya huhu. Aku pun buntu nak tolong dia macam mana sebab aku sendiri pun single dan takde teman lelaki. Aku cakap kat dia nanti aku tanyakan kawan kawan office aku kalau kalau ada yang boleh match dengan dia. Masa tu dia cuma tawakal je..

Dan malam tu aku jadi macam tak boleh tidur, kesian dan dalam masa sama aku bayangkan di tempat kawan aku tu. Since kitorg dari kampung sama, so aku kenal mak dia. Memang mak dia dah tak berapa sihat. Selalu ulang alik pusat dialisis. Ayah nya pula dah meniti usia tua juga. Kawan aku syiha ni memang anak bongsu harapan keluarga. Bab kerja gaji dia memang cukup untuk dia dan mak ayah dia. Kereta, rumah dah ada, gaji dah ada. Memang ikutkan sekarang masa paling sesuai dia nak cari jodoh. Tapi tulah, jodoh ni bukan main ikut suka je tikam dapat tak dapat huhu.

Tak tahu kenapa aku merasakan apa yang syiha rasa tu membuatkan aku terus bangun, malam tu aku solat isya , lepastu aku solat sunat, terdetik aku mendoakan syiha. Memang aku sungguh sungguh sebut nama penuh syiha dalam doa aku, dalam detik hati aku semasa sujud terakhir. Aku doa semoga Allah bukakkan lah jalan untuk syiha bertemu jodoh baik baik. Dan berikan yang terbaik untuk syiha demi mak dia.

Kisah doa aku ni memang aku tak bagitahu pun syiha. Aku doa ni setiap malam, sehinggalah aku dengar berita gembira dari syiha, terkejut juga aku dengar. Syiha cakap dia sedang mengenali seorang lelaki ni. Dia kenal kat stesen bas,. Peh masa aku dengar cerita syiha tu macam ape je senang nye dia jumpa laki kat stesen bas terus percaya? Hahaha.. memula aku macam tak ambil kisah sangat perhubungan diorang sebab memula aku rasa syiha ni saja test market je… tapi aku masih berdoa untuk syiha aku harap syiha jumpa orang betul lah. Bukan main tangkap muat je. Tapi akhirnya memang betul.

Bila syiha cerita kat aku lelaki tu nak masuk meminang dia, masa tu baru aku excited tanya syiha pasal laki tu. Syiha pun cerita lah dari awal sampai akhir. Rupanya laki tu memang sama office dengan dia. Bukan satu department tapi satu bangunan. Laki tu sesat masa baru kenal tu dia baru nak lapor diri. Kebetulan pulak si syiha ni memang nak ke bangunan sama, elok la laki tu memang nasib baik dia dapat tegur perempuan sama bangunan tempat dia kena lapor diri kerja.

Jadi dipendekkan cerita mereka memang saling kenal lah sejak dari tu asyik terserempak je, lepas kenal 3 bulan laki tu dan syiha sendiri akui diorg tak nak berkenalan terlalu lama, so laki tu terus cakap nak berkenalan secara lebih serius. Peh, aku dengar pun macam best pulak memang nak kata jodoh la. Dan diorg memang akan menikah lagi sebulan dari sekarang hehe.

Cerita ni mungkin biasa setakat ni. Tapi yang aku nak tekankan kat sini ialah kisah selepas ini. Surprisingly, lepas je syiha bertunang, aku pulak tetiba bertemu jodoh aku. Panjang cerita nya macam mana aku bertemu jodoh aku, Tu tak penting, yang aku nak tekankan kat sini ialah doa aku tadi. Memula aku rasa macam agak terkejut juga bila jodoh aku datang tanpa diundang, walaupun jauh disudut hati aku memang aku ada keinginan nak akhiri zaman bujang aku. Lagi lagi bila tengok syiha dah bertunang. Masa tu sampai terdetik dalam hati aku bila la agaknya jodoh aku pula.

Dipendekkan cerita, aku jumpa jodoh aku tu seminggu selepas syiha bertunang je. Kitorg pun berkenalan dalam tempoh yang sekejap, 3 ke 4 bulan camtu, kemudian lelaki tu memang serius nak masuk meminang. Walaupun tempoh perkenalan aku sekejap, tapi aku rasa setakat ini memang dia lah orang yang aku tunggu tunggu selama ini. And inshaAllah jika Allah masih panjangkan jodoh ni aku juga akan akhiri zaman bujang aku sebulan selepas syiha.

Aku cuma nak kongsi dengan pembaca semua tentang hadis nabi Do’a seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang dido’akannya adalah do’a yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada Malaikat yang menjadi wakil baginya. Setiap kali dia berdo’a untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka Malaikat tersebut berkata: ‘Aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

Setiap kali selepas solat, aku selalu terbayang hadis ni. Mungkin kah malam saat aku tak boleh tido yang selepas syiha luah masalah dia pada aku, then aku doakan untuk dia malam tu, ketika itu juga malaikat sedang mengaminkan untuk aku juga? Aku rasa syukur sangat sebab masa tu memang aku rahsiakan doa aku daripada syiha.

Aku mungkin bukanlah insan setaraf ulama hebat, tapi aku yakin dengan hadis nabi saw ni, doa seorang muslim, untuk saudaranya, tanpa pengetahuan saudaranya itu, akan dikabulkan. akan dikabulkan! dan malaikat yang mendoakan pulak untuk kita! Malaikat doakan kita?? MasyaAllah aku rasa itulah keajaipan doa yang kita mungkin ada terlepas pandang.

Sebenarnya banyak lagi peristiwa yang berlaku dalam hidup aku setelah aku amalkan doa untuk saudara aku yang lain ni tanpa pengetahuan mereka. Sebut nama insan insan ni dengan ikhlas dalam doa kita. Tanpa mengharapkan apa pun balasan. Jika Allah nak bagi itu rezeki kita, jika tidak maka harapkanlah moga doa kita untuk saudara kita tu lebih dimakbulkan.

Sebab itu aku nak ajak semua pembaca, amalkan mendoakan untuk orang lain, terutama bagi seorang isteri, jangan sesekali tinggalkan nama suami dalam doa kita, termasuk anak anak. Begitu juga suami. Doa sang anak pula, jangan lupa menyebut nama ibu bapa kita dalam doa seharian kita. Semua orang jika amalkan perkara ini, inshaAllah, tak mahukah kita rebut doa dari malaikat yang lalu mendoakan kita?

So, lepasni lepas solat jangan terus lipat sejadah. Berdoalah dengan bersungguh sungguh. Kalau busy sekali pun doalah dalam apa jua keadaan sekalipun. Asalkan jangan lupa BERDOA. Paling penting DOAKAN ORANG LAIN DALAM DOA KITA. Fikir fikirkan dan selamat beramal.

– Arjuna

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *