Aku Adalah Aku

Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian. Pada saat aku sedang menulis wacana ini, aku sebenarnya berkira-kira untuk give up dengan hidup aku. Aku tidak tahu apa kena dengan diri aku, sebab kadang-kadang aku okay, tapi satu saat selepas itu, tiba-tiba air mata aku berlinangan dan aku rasa sedih yang amat. Apakah aku telah terperangkap dalam depresi? Aku tidak tahu.

Aku masih menuntut di sebuah universiti awam di tanah air ini. Dan seperti biasanya, masalah assignments, test dan sebagainya sudah lali dalam hidup aku. Namun, apa yang aku lalui untuk sem ini sungguh berat. Rakan. Aku tak punya seorang pun rakan dalam kelasku. Aku dipulau dengan teruk dek kerana aku tak mampu untuk memenuhi permintaan mereka. Dek kerana aku lebih aktif dan lebih pandai dari mereka. Aku pun tidak tahu apakah punca dari semua ini?

Apakah salah aku untuk menyatakan pendapat? Apakah salah untuk aku berpendirian? Mereka hanya mencari ku tika mereka dalam kesusahan. Dan seperti orang yang dambakan persahabatan aku bantu mereka sehabis baik, dan seperti biasa aku, bagai habis madu, sepah dibuang. Apa salah dan silap aku? Kenapa aku dilayan ibarat kain buruk? Diguna hanya untuk membuang kotoran (masalah).

Pernah suatu ketika, aku membuat tugasan. Mereka bertanyakan pendapat aku tentang bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut. Aku beri jawapan dengan menyatakan ‘INI HANYA PENDAPAT AKU’ namun, apabila jalan yang aku beri ternyata ada kesilapan, mereka terus tuduh bahawa aku yang mengarahkan mereka untuk berbuat salah. Aku yang memaksa mereka untuk membuat salah.
Tidak ada seorang pun antara mereka yang membela aku. Langsung terus terkeluar segala air mata akibat aku rasa betapa mereka tidak pernah menganggap aku kawan mereka.

Kini hanya bangsa lain yang mampu menerima aku. Yang memujuk aku. Yang merasa kasihan kepada aku yang ekseorangam. Bangsa lain, yang berlainan agama mempunyai rasa empati yang tinggi berbanding bangsa sendiri. Aku cukup pelik dengan situasi ini. Apakah kerana hasad dengki?

Aku sering berpesan kepada diriku. heh. sekadar memujuk diri sendiri. aku berpesan, ah. tak perlu lah nak harapkan orang lain untuk menyokong kau. Cukup sekadar diri kau seorang. Aku berpesan lagi, pedulikan mereka, yang penting fokus kepada diri kau saja. Lagi, semangat dan jangan tunjuk yang kau lemah depan mereka.

Tapi, hati kecil aku masih menidakkan pesanan itu. Aku perlukan sokongan dari rakan-rakan. Aku perlukan sesorang untuk aku bercerita mengenai apa yang terjadi dalam hidupku hari-hari. Ibu bapa ku jauh, aku perlukan kalian. Sama-sama kita berusaha dan menyokong antara satu sama lain dalam mengharungi kehidupan yang mencabar ini. Namun, itu hanyalah khayalan semata. Hakikatnya, disinilah aku, menangisi nasibku, yang keseorangan tanpa ada seorang pun yang mempedulikan aku.

Kepada sahabat yang mempunyai sahabat diluar sana, mungkin anda hanya ambil ringan tentang persahabatan namun, percayalah, andainya nikmat sahabat itu hilang, anda akan rasa peritnya hidup ini. Jagalah silaturahim kalian. Jangan pernah biarkan tali itu terputus dek kerana masalah yang kecil dan mikro.

Pesanan untuk sahabatku.

Aku mohon maaf sekiranya dalam diriku ini ada perkara yang kalian benci, dalam setiap perbuatanku ada yang kalian tak suka. Namun, apakan daya, aku hanya ingin menjadi aku.

Dan sekiranya ada secebis rasa kasihan dalam diri kalian untuk aku, aku mohon kalian berilah rasa kasihan tersebut kepadaku. Ketahuilah kalian bahawa aku tak minta dilahirkan hanya untuk dibenci. Aku mohon maaf kerana aku adalah aku.

– Rafflesia

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *