Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Aku sebenarnya seorang abang yang agak protective dan kadang-kadang aku rasa yang diri aku ni agak paranoid. Sebenarnya benda ni jadi waktu aku tingkatan 3. Aku baru balik sekolah, tahu sendiri lah balik sekolah macam keadaan dia. Kecoh, jem lagi mak bapak lagi kenderaan lalu lalang.
Ada satu mak ni, dia biarkan anak kecik dia jalan-jalan dekat budak ramai budak sekolah. Dia setakat tengok dan jerit. Tapi budak kecik, diorang tahu apa? Kita yang mak bapak kena pergi dekat diorang baru kena ikut. Jadi bila tengah kecoh. Bang! Kena langgar motor. Motor tak laju pun tapi teruk juga budak tu kena. Aku bila tengok tu aku terkejut lah. Aku ada sorang adik, lelaki ni adik kandung aku. Dan ada lagi 3 orang adik sedara. Dari kecik aku duduk dengan makcik aku, jadi dari diorang lahir aku lah yang tolong tukar pampers basuh najis diorang mandi semua dan lain-lain.
Jadi bila kejadian tu aku tengok depan mata, aku rasa macam cuai tu kesalahan yang amat teruk. Jadi sejak haritu aku jadi agak takut. Adik aku nak main mainan aku perhati je. Kalau macam benda tak elok aku ambik. biar diorang nangis, jangan aku yang nangis sebab jadi benda yang di inginkan. Adik aku yang paling tua umur 14 tahun. Paling kecik pula 7 tahun. Adik aku yang umur 14 tahun tu, dah tingkatan 1 baru aku kasi dia main jauh sikit. Kalau tak aku suruh dia main dengan kawan dia kawasan rumah. Kawasan yang aku boleh nampak. Adik yang kecik lain aku suruh duduk dalam rumah.
Lagi satu kalau dekat tempat orang ramai macam kedai makan, aku suruh diorang diam dan jangan buat bising. Kalau bising je aku marah, kadang-kadang mak aku cakap biarlah budak-budak. Tapi aku tak boleh, tempat awam apa lagi kedai makan aku kalau boleh nak adik-adik aku duduk diam tenang. Biarlah anak atau adik orang lain yang bising. Jangan adik aku sudah. Kadang-kadang tu emosi weh, aku cakap diorang tak dengar. Terpaksa lah marah walaupun penat sebenarnya marah ni. Bila kau marah ni, lepas seminit dua kau rasa bersalah pula..nak taknak belilah aiskrim ke jajan ke kasi dekat diorang nak kasi hilang rasa bersalah punya pasal.
Jadi diorang nak kemana ni aku pantau. Bila aku dah sibuk sambung belajar ni. Aku selalu ingatkan mak aku, dan umi aku (makcik aku) supaya tengok diorang ni betul-betul. Adik aku yang kecik haritu, hantar dekat sekolah waktu umur 5 tahun. Ada sekali tu aku nak ambik dia waktu petang dia balik sekolah dahi dia benjol. Besar. Terkejut aku, bila aku ambik cikgu tu ngelabah cakap tadi dia main dengan kawan dia semua sekali benjol. Tapi aku tanya adik aku betul ke, dia jawab tidak. Sekali bila aku tanya macam-macam rupanya cikgu ni dia terlutut dahi dia waktu berjalan. Geram pula aku, kasi tahu je lah benda betul. Aku pun cakap dengan cikgu tu nak kasi adik aku cuti 2 atau 3 hari kasi reda benjol dia ni.
Mak dengan umi aku selalu cakap biarlah. Tapi aku tak boleh, benda hal adik-adik aku. Aku nak kena tahu dan terus peka. Adik aku yang sekolah menengah tu nak raya tempat jauh pun aku pantau pakai kereta nak tengok betul ke tidak. Adik perempuan aku pun aku perhati juga dia lagi lah sekolah rendah lagi. Ada sekali tu adik aku nak pergi tengok wayang. Biasa kalau nak pergi aku bawa, tapi tiba-tiba nak tengok dengan kawan dia. Aku pun nak hantarkan tapi taknak nak naik bas. Aku biarkan je tapi dalam masa yang sama aku ikut. Sekali rupanya melencong ke lain. Terus aku banned pergi dengan kawan-kawan.
Kalau nak tengok wayang pergi dengan aku. Kalau aku bawa adik aku ke taman permainan ke atau apa-apa taman tema. Setiap saat tu aku berdiri berjalan dekat adik aku. Kalau dia gelungsur aku diri dekat depan gelungsur kalau nak buai aku tolakkan. Kadang-kadang tu aku nampak anak makcik-makcik kat situ main makin dekat jalan raya aku tegur. “Makcik bahaya tu main dekat situ” tapi diorang cuma cakap “biarlah budak-budak’. Takpun diorang setakat panggil nama dan sambung bergossip dengan makcik lain,main telefon dan lain-lain geram je aku.
Kalau macam diorang tak endah aku yang akan pergi dekat anak dia cakap elok elok. Dik jangan main dekat sini, bahaya ni. barulah diorang main dekat tempat selamat sikit. Ada sekali makcik dekat taman ni dia tuduh aku nak culik budak! Padahal anak dia tu menangis sebab jajan dia jatuh. Aku pun sebab ada belikan adik aku gula-gula aku kasi lah dia. Tiba-tiba dia jerit “kau nak buat apa dekat anak aku” aku pun cakap nak kasi gula-gula je. Tapi dia membebel tak henti aku pun terus balik.
Terus terang aku kalau pergi taman ke, swimming pool ke atau apa2 taman rekreasi. Mak , ayah memang jenis “biarkan lah budak-budak” aku memang tak boleh style macam tu. Bagi aku biarlah orang cakap kita over ke apa. Yang penting anak / adik kita ni terjaga dan elok. Aku pergi swimming pool budak-budak kecik yang rendah tu selamba pergi dekat kawasan dalam mak dengan ayah pula biarkan setakat tengok. Aku yang terpaksa kadang-kadang tegur atau ambik budak tu pergi tempat selamat. Biarlah orang nak kata aku nak culik budak ke pedophile ke apa. Yang penting budak tu selamat.
Biar aku pergi satu tempat yang ramai orang ni, bukan setakat adik aku yang aku tengok dan jaga. Anak-anak orang lain pun aku tengokkan. Kadang-kadang tu bila adik aku main benda apa-apa atau pergi mana-mana aku jadi delusional nanti kena itulah kena inilah. Sebab itu kalau keluar ramai-ramai ni aku tarik adik-adik aku ni semua dalam aku punya “zone” jadi senang aku tengok dan perhati semua sekali. Jadi tak adalah blindspot.
Sepanjang aku membesar jaga adik aku. Macam-macam kes ada kes kena culik, sebab cuai 2-3 saat dah hilang. kalau tengok social experiment punya video pun. Macam-macam cara diorang culik budak kecik. Kadang-kadang kita dah hati-hati pun sebab cuai sesaat dah hilang. Jadi aku selagi adik aku aktif selagi itulah aku perhati dan berdiri dekat dengan diorang. Kadang-kadang tu aku terlepas pandang sesaat tu pun aku dah takut sangat. Berderau darah aku cari mana-mana. Dah nampak baru aku senang.
Keluarga aku ke sedara mara selalu cakap yang aku ni “over” sangatlah nanti kalau ada isteri mesti jenis suruh bini duduk rumah. Aku geleng kepala je dengar diorang mengata aku. Tapi aku biarkan je, iyalah bagi aku cuai ni kesalahan yang paling teruk. Sebab cuai macam-macam boleh terjadi. Jadi aku selagi boleh, aku nak tengok adik aku membesar dengan persekitaran yang selamat walaupun aku agak “control” pergerakkan diorang tapi yang penting selamat.
Jadi aku harap mak ayah dekat luar sana janganlah selalu guna slogan “biarlah budak-budak, takpelah, budak bukan tahu apa-apa” diorang tu budak-budak kecik lagi memang lah selalu kita cakap diorang taknak dengar. Yang penting kita boleh peka dengan setiap pergerakkan diorang. Yang kecik tu lagilah kena peka, aku paling risau kalau bab tertelan benda kecik tu. Aku dulu nak kasi makan benda- benda pelik ni aku halang. Mak dengan umi aku nak kasi aku tepis. “Jangan bonda bahaya” padahal aiskrim je. jadi sama-sama lah kita jaga peka terhadap kanak – kanak sekitar.
Tak kiralah adik anak sedara jiran atau anak orang luar sekalipun. Kanak-kanak perlukan orang dewasa macam kita untuk tolong pantau diorang. Walaupun diorang annoying macam mana sekalipun tolonglah jaga. Aku entah berapa kali orang ingat aku pedophile dan nak culik budak. Padahal aku biasa nak pujuk jangan nangis, kasi gula-gula dan suruh main tempat lagi selamat. Jadi tolong jangan cuai.
– Amran
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit