Saat-saat Akhir Dengan Arwah Mak

Assalamualaikum semua. Nama aku ‘Anak Mak’ sebab aku memang manja dengan mak aku, hahaha.. Sedikit latar belakang tentang aku; perempuan kampung yang berumur 23 tahun, lepasan ijazah dan telah bekerja. Aku memang jenis yang tak suka tinggal jauh dari kampung and alhamdulillah hajat aku Allah s.w.t kabulkan.

Untuk pengetahuan semua arwah mak aku baru je meninggal pada hujung bulan May 2018 tengah tengah bulan puasa.Mak aku meninggal dalam dakapan aku anak manja dia. Btw aku menyewa bilik di bandar and tak duduk dengan parents. Al kisahnye, sehari sebelum mak aku pergi mengadap Illahi lepas alu balik kerja mak aku ada telefon dan bagi tahu yang dia nak datang tidur kat bilik sewa aku.

Dalam perbualan telefon tu mak aku cakap dia nak berbuka di rumah and akan tapau makanan dari rumah untuk kami sahur sama sama esok.. aku pon happy je lah and mintak mak aku datang bilik sewa awal sikit sebab boleh story2 dengan dia. Dalam pukul 9.30 malam mak aku pon sampai bilik sewa aku abang aku hantar tapi aku tengok muka dia memang pucat.

Terus aku salam dan tanya dia mak sihat ke tak? Mak aku senyum je. Mak aku suruh aku pergi salam abang aku pastu aku pon turutkan aja tapi abang aku perasan yang mak aku tenung dia time aku salam abang aku dan senyum kat abang aku. Senyuman tu bukan senyuman biasa tapi senyuman sayu tapi aku tak perasan lah time tu. Aku pon bawak mak aku masuk bilik sewa aku dan kami borak borak ttg hal rumah macam biasa.

Kami bergelak ketawa aku picit picitkan badan mak aku macam biasa, dia surung aku potong kuku dia then dia tiba tiba cakap kat aku kalau jadi ape ape kat mak, mak nak awak jaga adik adik dengan baik sebab mak yakin dengan awak. Dia sambung lagi cakap “mana tahu esok lusa mak mungking dah tak de, jangan lah abaikan abah dengan adik2 kamu ye. Kalau dah kafankan kan mak nanti tutup mak dengan kain batik sarung yang mak baru beli tu ye. Mak dah simpan siap2 dalam almari nnt ambik je”. Aku pon cakap kat mak aku mak janganlah cakap pelik pelik mak. Then ktorang pon tido macam biasa tidur dalam tawa dan bahagia. Dalam 4.30 pagi aku bangun sahur dan aku perasan mak aku tak tidur pon malam tu.

Aku bangun masak air dan bukak tupperware yang ada lauk mak aku bawak untuk kami sahur sama-sama. Tetiba mak cakap dia tak larat so aku jadi kalutlah sebab mak aku memang jarang sakit. Dia cakap dia naik angin dalam badan dan mintak aku buatkan air suam untuk dia. Pastu aku ada buatkan air teh panas untuk dia sebab itu minuman rutin dia and dia cakap dia tak larat nak minum. Aku pon suapkan dia sambil tu aku urut2 badan dia mana tahu lega angin dia. Dia pegang je tangan aku time aku urut dia. Waktu ni aku punya gelisah tuhan aje lah yang tahu. Urut punya urut dh nak pukul 5 rupanya dan aku tak sahur lagi. Mak aku suruh aku makan makanan tapau yang dia bawak untuk aku semalam.

Aku bukak and tengok tengok nasi tu dah basi and mak aku mintak maaf dekat aku sebab dia tak perasan tapi time tu aku cakap “mak tak yah lah mintak maaf, hal kecil je ni”. Mak aku suruh aku ratah gulai dengan lauk yang dia bawakkan dari rumah. Time tu dia senyum je tengok aku makan dan makanan tu rasa dia sedap sangat2 lain daripada rasa yang dia selalu masak. Dalam 5.30 macam tu mak aku mintak aku temankan dia pergi toilet. Btw toilet bilik sewa aku kongsi so kene jalan sikit untuk pegi toilet tu. Mak aku ni laju je jalan pegi toilet sampai aku kene berlari anak nk kejar dia berjalan.

Dia buang air kecil and air besar then mintak aku mandikan dia. Sumpah masa ni aku tak terdetik langsung dalam hati yang mak aku nak pergi mengada Illahi. Lepas balik bilik semula mak aku mintak aku pakaikan dia baju baru, baju tu warna putih susu. Aku ikutkan aje. Dia mintak aku sikatkan rambut dia dan ikat kemas kemas ,aku turutkan jugak. Sekali lagi aku urut dia dan dia dah tak mahu aku urut dia . Dia cuma peluk aku je time tu. Aku memang risau habis dah time tu. lepas tu aku mintak kebenaran mak aku untuk belikan ubat sementara nak siang untuk pergi klinik. Aku tak de kereta nak bawak mak aku pergi emergency.

Tapi mak aku tak bagi dia pesan jangan tinggal dia sorang sorang time ni and dia siap cakap lagi yang dia memang doa kalau dia nak sakit ke nak pergi ke biar aku habis belajar dulu. Pada masa tu aku baru 3 bulan habis belajar. Lepas dia cakap macam tu memang aku nangis tapi tak nangis depan dia lah. Dalam pukul 6 tu dia cakap dia makin tak larat and dia minta aku baringkan dan selimutkan paras dada. Dia dah selawat mengucap istighfar dah time tu. Aku pon kalut kalut call ambulance. Tengah tengah cakap dengan operator mak aku tetiba sesak nafas.

Aku dengar nafas dia dah dekat anak tekak. Aq hold call dengan ambulance aku peluk mak aku and ajar dia mengucap. Kali ke empat mak aku tarik nafas and dia terus pergi. Mak aku dah tak repond lagi. Aku ambik balik telefon and sambung balik cakap dengan operator. Aku bagi tahu mak aku dah tak respon dan sayang ambulance datang lepas 10 minit mak aku tak respond.

Aku positifkan diri aku yang mak aku cuma pengsan dan cuba sedaya upaya untuk sedarkan dia. Bila ambulance sampai and diorang sahkan yang mak aku dah tak de. Aku mengucap panjang time tu. aku bagi tahu semua adik beradik aku suruh balik kampung. Alhamdulillah Allah bagi aku kekuatan time tu supaya tak rebah pengsan ke ape. Aku masih lagi boleh berfikir.

Abah aku and adik adik aku blur so aku bergerak dengan abang aku yang sulung. Alhamdulillah jugak urusan semua di permudahkan. Mak aku siap dikuburkan sebelum zohor. Aku tak tahu nak rasa macam mana time tu. Tapi bila fikir2 balik aku bersyukur sebab mak aku pilih aku sebagai orang terakhir yang dia nak jumpa and Allah bagi aku kekuatan untuk uruskan arwah mak aku dari kerja kerja mandikan jenazah, kafankan smpai akhir. Detik2 tu terlalu istimewa dalam hidup aku dan aku harap mak aku tenang di alam sana. Al-fatihah.

– Anak Mak

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *