Fitnah dan Bala Yang Akan Turun Kelak

Assalamualaikum kepada pembaca budiman sekalian. Sebagai seorang hamba Allah, aku merasa tanggungjawab untuk meluahkan kerisauan sambil berpesan pesan. Aku bukanlah tinggi ilmu nya namun setiap orang da tanggungjawab untuk berdakwah. Sebelum itu aku ingin memohon maaf jika ada kesalahan di mana mana ayat atau kenyataan.

“PADA ZAMAN KELAK, FITNAH DAN BALA AKAN TURUN KEPADAMU MELALUI BUMBUNG BUMBUNG RUMAH MU SEPERTI MANA HUJAN TURUN MENURUNI BUMBUNG-BUMBUNG RUMAH MU” Hadis nabi yang aku dengar di suatu majlis ilmu beberapa tahun dahulu.

Apa yang dikatakan fitnah itu? Bumbung rumah? Ya atas bumbung rumah itu ada ariel/antena tv, ada piring astro, ada sambungan internet. Fitnah tu apa pulak? Jadi di bawah ini aku terangkan serba sikit apakah fitnah itu.

Zaman semakin maju namun masyarakat makin mundur, dari segi perikalaku, budibahasa ,adab dan agama. Jika kita lihat di zaman sekarang teknologi mengatasi segalanya. Semuanya berada di hujung jari. Malangnya, apa yang kita mampu lihat sekarang. Kecanggihan itu lah yang menyebabkan kita terutamanya anak muda sekarang hilang rasa sifat malu, tiada adab dan sopan, sombong dan bongkak dan juga beberapa sifat negatif yang lain. Artis dan instafamous terutamanya dijadikan idola, dipuji melambung hingga menolak hukum hakam agama.

Berapa ramai yang membela idola mereka sedangkan mereka terang terangan melakukan dosa dan berapa ramai yang membela artis kesayangan mereka apabila ditegur kesalahan dari sisi islam. Bahasa kasar sekarang ibarat bahasa biasa. Carut dan seumpamanya diluah tanpa rasa sesal sedikit pun. Sedarlah saudaraku, idola mu adalah Rasulullah saw di mana, Nabi Muhammad lah orang paling sibuk di hari kiamat dimana baginda akan berdoa dan sujud pada Allah meminta mengeluarkan umatnya dari siksa api neraka. Sayangnya Rasulullah pada kita.

Kecanggihan terus menerus meruntuhkan akhlak manusia. Kini, video lucah, filem dan lebih teruk bahasa-bahasa lucah dijadikan bahan lawak. Ianya dianggap normal dan sesiapa yang cuba menolaknya dianggap jumud. Isu-isu lucah sebegini dijadikan bahan perbualan tanpa rasa malu malah menjadi satu kebanggaan. Jadi tidak hairanlah, mengapa kes jenayah seks seperti rogol, pedophilia dan zina semakin menjadi jadi.

Menambah kerisauan, apabila membaca tajuk berita kanak-kanak turut terlibat dalam jenayah ini sedang mereka tidak  tahu ianya satu kesalahan dan dosa besar. Aku rasa cukup takut melihat keadaan sebegini dan aku yakin ramai yang merasai apa yang aku rasa. Kini, bahaya itu bukannya datang dari luar, tetapi di dalam rumah itu sendiri.sedarlah saudaraku, islam itu mengajar menjauhi zina dari segi apa pun.

Lihat pula bagaimana fitnah akhir zaman meruntuhkan institusi kekeluargaan. Drama dan filem mempengaruhi kita sebagai penonton. Lihatlah di dalam drama, aku cuma beri satu contoh, berapa banyak jalan cerita yang menunjukkan isteri orang keluar berdating dengan lelaki lain sedangkan ia tontonan untuk semua lapisan umur. Walau ada yang merasakan oh itu kecil sahaja, ketahuilah yang kecil itu lah yang akhirnya membesar dan menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita.

Lihat pula lambakan hiburan-hiburan dari media barat yang kadangkala langsung tiada manfaat untuk ditonton.aku merasa kecewa kerana isu ini tidak dititikberatkan. Sedarlah saudaraku, kadangkala apa yang kita belajar itu adalah daripada apa yang kita lihat.

Saudaraku yang ku kasihi, betapa banyak pengaruh negatif dari barat dan agenda buruk dari kafir laknatullah yang cuba merosakkan akidah kita dan meresap secara perlahan dalam masyarakat kita. Media massa yang sentiasa memfitnah umat islam dan yang menputarbelitkan kenyataan yang pasti.

Aku rasa cukuplah aku huraikan tentang akhlak masyarakat kita dan tak perlu lah aku huraikan agenda freemason, agenda ekonomi, sistem perbankan dan lain-lain yang dikawal oleh kafir.

Sedarlah saudaraku, kita berada di akhir zaman. Pandanglah nasib saudaramu di palestine, syria, afghanistan yang memerlukan doa mu. Usah terlalu lalai dengan fitnah akhir zaman.teguhkanlah akidah dan imanmu.jadikan sunnah rutinmu, Al Quran peganganmu, dan islam di hatimu.

Di akhir kata, aku sedih dan takut akan keadaan sekarang. Bagaimana aku ingin membesarkan anakku di dalam keadaan yang semakin rosak akhlak dan sahsiah manusia. Aku bukanlah seorang menteri yang mampu mengusulkan pandangan supaya teknologi dan media yang negatif dapat disekat.

Aku hanya mampu memberi pesanan kepada yang mempunyai hati yang mahu menerima, akal yang mahu berfikir dan iman yang mampu mengubah diri dan masyarakat.Sesungguhnya aku juga pendosa yang sentiasa melakukan dosa dan ingin ke syurga.

– Pendosa

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *