Assalamualaikum. Aku ingin kongsikan di sini bagaimana hubunganku dengan seorang teman rapat yang akhirnya membawa beliau ke arah depression sehingga dirawat di hospital psikiatri dan bagaimana aku mendapat balasan yang boleh aku katakan kifarah buatku.
Aku mengenali Hairul (bukan nama sebenar) ketika aku dalam pengajian tahun kedua di sebuah universiti di ibu kota manakala Hairul pula menuntut di sebuah kolej di Bangi. Kami berkenalan melalui MySpace. Masa tu zaman MySpace tengah popular sebelum Facebook. Aku selesa berkawan dengan dia dan kami membuat keputusan untuk berjumpa setelah beberapa bulan chatting. Hubungan kami berterusan hingga ke tahun-tahun seterusnya dan kami sering berjumpa bila cuti.
Lepas Hairul graduate, dia dapat kerja di syarikat O&G di selatan tanah air dan aku pula bekerja sementara beberapa bulan sebelum meneruskan pengajian peringkat Masters di universiti yang sama. Dari saat itu, kami agak jarang berhubung, aku dengan aktiviti full time researchku, dia dengan dateline projek dia. Kadang-kadang je bila cuti lama sikit baru dia datang KL jumpa aku. Hubungan kami walaupun pada dasarnya macam kawan biasa tapi aku pasti (but too late) sebenarnya masing-masing dah rasa kami bukan lagi kawan biasa at this stage. Cuma tiada further action dari kedua belah pihak untuk menentukan hala tuju hubungan ini. Semuanya tergantung tanpa kepastian.
Walaupun kadang-kadang dia panggil aku sayang, tak pernah sekalipun dia sweet talk dengan aku walaupun body language macam positif je dia suka aku. Aku keliru. Walaupun aku seorang yang proaktif dalam landasan hidupku tapi aku sangat konservatif dalam bab perasaan. Tak mungkin aku akan meluahkan isi hatiku dulu. Aku dah penat berteka teki. Suatu hari, hari last kami berjumpa, dia cakap nak kumpul duit buat hantaran amoi. Ok, dia memang panggil aku amoi sebab aku half chinese. Aku antara percaya tak caya sebab macam eh yeke ni? Tak pernah pun we all declare apa-apa so far. Then he never add on anything in regards to that topic. Aku pun tak tanya lebih-lebih sebab itu bukan caraku.
And life goes on… Kami berhubung macam biasa hinggalah satu ketika tu lama sangat dia tak call/SMS aku (zaman dulu takde Whatsapp ye, jadi kami tak delah hari-hari contact). Aku dah rasa lain macam. Biasanya dia yang akan start conversation dulu. Aku try SMS dan call dia tapi no reply. Nak call kawan belajar dia dulu aku tak simpan nombor diorang. Message kat YM pun tak online. Aku buntu sebab dah habis idea macam mana nak contact dia. Dan aku pun buat kesimpulan sendiri yang mungkin dia dah move on and i am nothing to him. Ternyata salah tanggapanku. Dan aku hanya tahu setelah aku bertunang dengan orang lain.
Dalam pada aku mengalami kemurungan kejap sebab lost contact tu, mami aku cakap best friend dia dari zaman bujang dulu berkenan nak pinang aku untuk anak bujang dia. Bukan aku tak kenal anak dia tu, kawan sepermainan masa kecik dulu. Cuma lepas masuk sekolah menengah masing-masing dah segan nak main sama-sama. Bila dengar hasrat makcik Gina (bukan nama sebenar) tu, aku tak dapat nak rasa apa-apa. Tak boleh nak bayangkan aku kahwin dengan Saif (bukan nama sebenar). Dan jugak aku sedih hati sebab ditinggalkan macam tu je tanpa pesan oleh Hairul.
What is this? Aku syok sendiri ke apa? Diaorang bagi aku waktu untuk fikir tapi bila nampak macam aku lewa tak lewa je, mami aku cuba masuk jarum. Dia suruh aku fikir pro & con masak-masak. Mami tak paksa aku tapi aku boleh agak dia sebenarnya memang nak aku terima sebab dia pernahla cerita teringan nak berbesankan makcik Gina tu. Makcik Gina tu jangan cakapla, dia punya lobby lagi kuat. Macam-macam dia hadiahkan kat aku sampai aku naik segan.
Atas dasar anak yang taat, tak nak derhaka, aku pun terima pinangan Makcik Gina setelah berdolak dalik dengan macam-macam alasan. Majlis tu pun aku lalui dengan separuh hati. Masa tu mereka tetapkan tarikh nikah hujung tahun. Lagilah aku sebal sebab jauh di sudut hati aku masih mengharapkan kemunculan Hairul.
Saif yang cuba-cuba nak rapat aku layankan sambil lewa aje. Ada satu hari dia bawak aku cari barang hantaran, aku cakap nak postpone nikah sampai aku habis Masters program. Dia terkejut sebab tu bermakna lebih kurang setahun lagi. Aku berkeras jugak nak postpone dan aku tak tau macam mana dia buat sampai kedua belah pihak setuju mengikut kehendakku.
Bulan berlalu dan satu hari aku dapat call dari nombor tak dikenali. Dan orang tersebut mengenalkan dirinya sebagai staf hospital psikiatri di selatan tanah air. Dia cakap Hairul sedang mendapatkan rawatan di sana dan selalu sebut nama aku. Sebab tu diaorang call aku nak siasat. Aku betul-betul terkejut dengar Hairul alami depresi sampai kena warded. Staf tersebut cuba korek-korek kenapa Hairul boleh depresi teruk dan gayanya macam aku ada kaitan dengan depression yang dialami Hairul.
Rasanya macam diaorang buat inference yang aku ni lah penyebab depression tu berdasarkan kedaan Hairul sekarang. Tapi apasal aku pulak. Aku yang ditinggalkan tanpa khabar, patutnya akulah yang depress. Beberapa kali juga ada orang tak dikenali call dan interrogate macam-macam sampai aku sendiri confius betul ke aku penyebab Hairul admit hospital psikiatri. Akhirnya aku dapat call dari Hairul sendiri masa tengah drive. Bila aku angkat call, aku dengar orang kat sana tengah tersedu-sedu menangis. Dia tak cakap apa-apa, bila aku tanya soalan makin kuat menangisnya. Lama keadaan macam tu aku matikan telefon.
Lepas tu, banyak la kawan-kawan, sedara mara dia call nasihat aku macam-macam, paling tak dapat aku lupa nasihat supaya jangan tinggalkan Hairul. Hmmm…. Jadi aku pulak yang stress kat sini. Aku pun tak paham sebenarnya sampai ke hari ni apa penyebab dia depression macam tu sekali. Aku tak rasa sebab aku. Tapi gaya dari orang-orang yang call aku semua macam nak salahkan aku yang akulah penyebabnya sebabnya dia asyik nangis-nangis dan sebut nama aku.
Dan kali terakhir aku communicate dengan dia, satu malam tu aku dapat panggilan dari nombor dia. Macam biasa dia nangis-nangis. Aku pun dah tak tahu nak cakap apa. Bila tanya tak jawap. Then ada orang lain (aku rasa tu mak Hairul) yang turut sama menangis ambil fon dan cakap kat aku: “Dah lepas jangan contact jangan cakap dengan Hairul lagi.” Sambil ada suara latar orang tengah teresak-esak. Dan talian dimatikan. Aku terkedu. Aik kenapa aku kena marah. Aku sendiri pun tak paham apa yang berlaku.
Aku sedih dengar Hairul nangis macam tu sekali. Tak pernah aku berdepan dengan situasi lelaki menangis tapi aku tak reti nak pujuk macam mana lagi. Bila aku tanya kawan dia, diorang pun cakap tak tau sebab apa Hairul jadi macam tu. Bila dia taknak cakap tapi dok seru nama aku je dah tentulah orang buat conclusion akulah penyebabnya. Padahal aku pun blurrr weh. Mula-mula aku marah jugak kenapa aku kena warning camtu. Aku tak tau apa-apa kot. Then bila aku dengar suara mak dia sayu je suh aku lupakan anak dia, aku pun jadi sama sedih.
Jadi demi memahami permintaan seorang ibu, aku ambil keputusan terus hapuskan jejak aku. Aku abaikan nasihat kawan dia yang suruh support Hairul. Aku block semua yang berkaitan dengan Hairul dan aku pastikan zero connection dengan dia. Pendek kata aku buta hatikan dan perasaan walaupun aku tahu dia perlukan aku di saat itu.
Aku teruskan hidup macam tak ada apa yang berlaku sampailah….
Aku didiagnos early stage carcinoma. Hanya Allah yang tahu perasaan aku masa tu. Tapi aku kuatkan semangat gi hospital buat appointment dan follow up sendiri, tak ada sorang pun dalam family aku tau. Bila aku rasa down sangat, masa tu aku fikir that’s it. Aku kena bagitau dekat tunang aku, family aku. Mesti Saif dan family dia taknak aku dah bila dia tau aku sakit. Yelah siapalah nak dekat orang sakit kan pasti menyusahkan dan satu beban. Lagipun aku rasa inilah sebab terkukuh untuk aku putuskan pertunangan ini lepas macam-macam alasan aku tak menjadi.
Tapi, siapa sangka lain yang diharap lain yang jadi. Mula-mula aku ragu-ragu jugak sebab tak akan mungkinlah Saif baik sangat sanggup nak terima aku yang selalu mengelak ni pulak nak tambah lagi kesusahan dia kalau kami jadi kahwin. Maybe sebab dia nak sedapkan hati kedua belah pihak? Dan aku pun bukanlah kejam nak menyusahkan orang untuk jaga orang sakit macam aku. Aku dah biasa independant. Rimas aku bila dia selalu nak temankan aku follow up sampailah chemo session start.
First chemo session aku berkampung seminggu lebih kat wad. Hari-hari dia datang tengok aku. Tiap kali lepas chemo toksah cakaplah macam mana kau rasa down sangat, ditambah pain & complication dia. Hanya orang yang pernah melaluinya tahu. Aku tak sanggup nak hadap Saif dengan keadaan aku macamtu. Jadi aku selalu marah-marah dan merajuk bila dia datang. Aku langsung tak fikir perasaan dia dan pengorbanan dia. Yang aku tau, i am the one who suffer, nobody ever gonna understand that.
Lepas habis 1 session, aku kena berehat sebulan dekat rumah sebelum second session start. Dia minta izin untuk cepatkan pernikahan kami yang tertangguh. Alasannya sebab dia nak temankan aku masa chemo sessions tapi rules & regulations hospital bukan mahram tak leh bermalam di wad untuk temankan patient. Oh ye, aku dah hantar Masters dissertation sebelum aku sakit. Tapi disebabkan aku main tarik tali, Saif sanggup tangguhkan wedding.
Masa ni aku dah pasrah.. Walaupun hati tak sanggup nak tengok dia susah demi aku, tapi agaknya sebab aku pentingkan diri dan perlukan seseorang sebagai tempat aku bersandar, ataupun aku sebenarnya memang dah sedar yang dia ikhlas sayangkan aku dan aku sedang mula menerima dia. Aku sebenarnya tak layak langsung untuk dia kalau nak diimbas kembali perangai aku dulu.
Jadi… Long story short, bernikahlah kami. Saif lah yang temankan aku in ups and downs, more like down selama setahun aku under treatment, uruskan segala keperluan dan kesakitan aku sampailah aku cancer free. Aku tak pernah dapat bayangkan macam mana perjalanan hidupku andai dia tak hadir dalam hidupku. Aku bertuah sebab Allah hadirkan seorang suami terbaik untukku despite semua dosa yang telah aku lakukan.
Sudah 8 tahun berlalu, Saif masih teman terbaikku hingga kini. Kadang-kadang bila terkenang Hairul, teringin juga aku nak tahu apa khabar dia sekarang tapi aku tak jumpa dia kat mana-mana media sosial. Aku just nak mohon maaf atas kekhilafan aku dulu membiarkan dia sendiri saat aku diperlukan. Jadi apa yang boleh aku harapkan, buat Hairul yang tak pernah aku dengar khabar lagi, aku doakan kau pun temui kebahagiaan. Aku anggap kepahitan, kesakitan dan keperitan yang telah aku alami adalah kifarah kerana membuatmu derita, ASALKAN KAU BAHAGIA.
– Cahaya
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit