Bukan Senang Untuk Senang

Boleh juga baca, (https://iiumc.com/manager-3a-2b/).

Assalamualaikum admin dan readers. Hi korang, Sotong datang lagi. Ni pun curi-curi masa jap sementara tunggu daging empuk, tengah rebus tu ha nak buat mee rebus.

Wah ramai yang baca dan komen positif untuk 1st confession saya. Thanks sebab rupanya ramai senasib, kita tak berapa dalam akademik tapi kita ada sesuatu yang lain. Tapi ada juga yang salah anggap pasal confession nampak macam buat comparison kot or maybe ada yang kata okayla tu senang je jalan hidup. To be honest, its not easy to be me. Tidak semudah tu saya diberikan rezeki macam ni. Cuma tak cerita je. Juga tidak sekelumit saya berasa senang hati dengan pencapaian akademik saya yg suam-suam kuku. Ini kisah duka saya pula. Terlalu banyak sehinggakan saya pernah depressed. Bukan senang untuk senang.

Saya masa kecik tak pernah ke tadika. Mak saya je ajar kat rumah ABC 123. Saya tengok je kawan-kawan jalan depan rumah saya untuk ke tadika depan rumah saya. You know what I feel during that time? I cried. Takdelah meraung. Tanya mak kenapa tak hantar saya ke tadika. Katanya mak takde duit. Takpe mak ajar. Saya stop nangis bersila depan mak hadap buku sekolah yg mak dapat dari cikgu tadika tu. Macam mana mak minta saya taktahu, baru 6 tahun. Buku lama, ada yg dah koyak tapi mak salotepe kan. Seronoknya sebab mak ajar siap ada air sirap, keropok, boleh baring-baring. Tu cerita masa awal kenal ABC.

Nak masuk U? Ha sini lagi mencabar. Saya mana pernah naik kapal terbang. Macam mana nak beli tiket, dekat airport tu canggih-canggih macam mana la saya? Masa ni PTPTN belum masuk ke akaun. Tapi syukur kerajaan negeri bagi saguhati untuk setiap anak negeri yang berjaya ke IPTA secara one off. So duit tu la saya guna untuk book flight ticket. Tempat saya tinggal pekan kecil, tak ada branch airasia ke mas, travel agency pun tak ada. Nak ke cybercafe tak reti nak book. Terpinga-pinga saya dengan mak masa ni. Akhirnya mak mintak tolong kawan dia yg ade kedai jeans tu la sebab kedai dia ade komputer. Dia bayar upah sekali.

Sampai hari untuk daftar, kami ke airport tumpang jiran. Dekat airport mak nangis sebab katanya jauh and takut saya susah nanti sorang-sorang. Saya pujuk mak cakap semua ni sekejap je nanti semua akan ok. 3 tahun tu saya jarang balik sebab tiket mahal. Duit yg ada pun saya jimat sebab saya tak boleh susahkan mak. Saya jual nasi goreng, nasi lemak untuk cuti semester sebab kedai banyak tutup. Jual sebungkus RM2. Ketuk pintu dari bilik ke bilik tanya nak order tak. Saya masak tumpang rumah lecturer. Dia sangat baik, sampai sekarang masih contact. Sampaila saya ada pembantu, adik junior yang tolong ambik order & saya upah dia.

Survival skill ni semakin saya gilap hari ke hari. Belum masuk kes kena buli sebab saya nampak macam nerd sikit, baju kurung, specky, sport shoe, beg silang, pendek, kecik. Mmg taste si pembuli. Buli ni sebabkan trauma. Saya takut nak ke kelas. Nak naik bas sanggup jalan jauh nak pergi kuliah. Nyorok bila nampak si pembuli. Menggigil menahan marah. Tapi kuasa tuhan, saya dapat ramai kawan baru bila bisnes nasi bajet saya dah tersebar ke kolej-kolej lain. Si pembuli dengan geng dia sekali order. Saya letak sambal lebih supaya dia tahu makan nasi lemak lagi sedap dari membuli saya.

Zaman kerja, ok ada yg kata mudah, murah rezeki. Tak semudah tu. Murah rezeki tu maybe sebab kucing dan mak, nanti saya share part ni. Susah saya sebelum dapat rezeki kerja ni macam-macam. Susahnya saya masa tu sampai tahap sebungkus maggi tu separuh saya makan petang balik kerja, separuh lagi letak dalam peti supaya dapat buat untuk makan malam. Perencah maggi tu saya topup dengan serbuk kari supaya lebih kaw. Isi minyak motor korek syiling. Nak pergi interview sampai meminjam duit, pinjam baju, kasut, orang marah saya sebab lambat bayar. Punya taknak susahkan mak, so bila dia tanya saya jawab semua ok, dengan nada ceria walhal perut berkeroncong. Feel me?

Oh tapi saya ade bela kucing. Stray cat saya jumpa dekat motor saya. Housemate semua ok tak marah, diorang sayang sebab gemuk, saya sanggup tak makan asal dapat beli makanan dia. Macam mana nak makan kalau dia meow2 mintak makanan dengan muka dia macam merayu mata kelip-kelip? Tak sanggup biarkan. Kucing ni la yang jilat saya bila saya mengadu menangis. Yang hantar saya depan pintu bila pergi kerja. Balik kerja dia tunggu dekat parking motor. Mata dia sebelah buta. Ke mana pun saya pindah, saya bawa dia. Kerja dah ok sikit, makanan dia saya upgradekan. Sampai dia bawak kawan dia balik, pun saya bagi makan sekali. Dalam kereta mesti ada kibbles & wetfood. Kalau saya kaya nanti saya nak kutip stray cats ni banyak-banyak and jaga. Doakan ya.

Sebenarnya macam-macam yg saya lalui walaupun kerja dah ok, jawatan dah secure. From government to private sector, then to the international company bukan mudah. The pain is real but what doesn’t kill you makes you stronger kan? Surrounding saya yg bantu saya bina inner strength, positive mind & character. Semua susah payah, orang pulau, hina, perli, downgrade sebab saya perempuan & berjawatan, saya jadikan penguat semangat.

Staff saya enggan terima arahan, melawan kerana senioriti nya, saya cuba dekati & slowtalk, akhirnya dia mula senyum. Mana datang kekuatan tu? Mak saya. Selalu nasihat jangan sesekali melenting hanya kerana ada isu, cuba hadap apa pun masalah, jangan lari dari masalah sebab inilah yg akan ajar kita untuk jadi lebih baik. Jangan takut gagal, fall down 7 times, stand up 8 times. Saya pernah gagal dalam akademik, saya gagal buat yg terbaik, tapi saya juga enggan mengalah. Kesusahan hidup bukanlah endingnya, kita kena ubah jadikan cabaran. Kita rasa diri kita susah, ramai lagi susah dari kita. Rasa diri kurang itu ini, cuba baiki. There’s always a way.

Pada yg minta tips untuk cuba bekerja dengan international company, yg penting cuba. Jangan takut. No harm in trying. Portfolio bagi cun, ada pengalaman yang sesuai, cuba je. Bagi yang kurang dalam English, English is fun, speaking je walau grammar, pronounciation ke laut. Even it is manglish. Biarkan orang perli. Dengar dan tengok berita in English, baca NST ke. Saya dulu dari kecik tengok kartun tak ingat dunia.

Tapi saya tak faham, so saya tulis dan cari maksud dalam kamus. Kamus pun pinjam haha thanks jiran. Sebab bila kita silap speaking, orang gelak, ada perasaan malu, so kita belajar untuk cakap dengan betul, jangan terus down. Saya sendiri gelakkan diri sendiri bila salah cakap. Baiki skill, baiki diri. Cakap dengan diri sendiri, nak cuba cabar diri sendiri kerja luar, nak juga tengok negara orang. Jangan risau, omputih tak gelakkan kita bila kita salah speaking, they will understand. Life is short, make it simple and fun. Cuba benda baru, fikir di luar kotak, believe in yourself.

Rasanya panjang juga entry kalini. Sorry tapi kalau boleh saya nak yang mana rasa diri kurang atau down, please bangun. Jangan biarkan diri berada di takuk lama selamanya. Do something. You have something in you, your task is to figure it out. Nanti saya tulis lagi, nak sambung buat mee rebus.

удачи всем!

– Sotong

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *