Hi, Assalamualaikum, aku Dahlia (bukan nama sebenar, suka nama ni tu pakai je). Firstly special thanks to admin kerana siarkan kisah ini.
Selalunya aku hanyalah silent reader dekat page ni, tapi sekarang rasa tergerak pulak hati ni nak berkongsi tentang kisah aku ni. Biasanya pendam benda je, nak cerita kat orang kan, takut lain pulak jadi, terbukak aib tu satu hal jgk, tp ade je kawan2 aku yg tahu serba sikit pasal hal aku ni, tapi sikit2 jela sebab makin dah berusia ni, masing2 dah ada life sendiri so aku tak nak la semakkan otak2 dorang dengan cerita2 or masalah2 aku.
Sedikit info tentang diriku. Umurku akan sudah lewat 20 -an, akan menghampiri 3 series tak lama lagi. Masih bujang dan tiada perancangan untuk mengakihiri zaman BEST ini dalam masa terdekat, rupa biasa2 sahaja (sebab tu tak laku kot, orang laki kan pandang RUPA) hahahaha, bekerja dalam sektor swasta, dan seorang pemimjam PTPTN. Entah bila la nak habis bayar ni, hadoiii. ingat tukar kerajaan, pinjaman PTPTN pun dihapuskan. hahaha (gurau je, tak payah take serius k. Saya tahu saya pinjam, saya bayar) .*readykan terus sebelum kene kecam pasal PTPTN sbb isu HOT kan*. Satu lagi bukan nak cerita pasal PTPTN pun ni. hahaha.
Tak tahu nak mula dari mana sebenarnya, banyak benda yang nak ditulis, tapi macam tak sesuai, so harap korang tak pening la baca kisah aku ni ye. Hidup kita tak sama, setiap orang ada kehidupan & takdir yang tersendiri yang kita tak boleh nak aturkan pun, semuanya perancangan Allah. TAKDIR! So, jangan nak samakan hidup anda dengan orang lain. Kebahagian anda dengan saya lain. Definisi SEMPURNA/BAHAGIA itu luas, bersifat subjektif, bukan diukur dari kekayaan yang kita miliki, berapa anak yang kita ada, berapa besar rumah kita, & so on.
Aku ni dilihat sebagai seorang yang belum sempurna dalam kehidupan walaupun umur aku ni dah nak dekat 30 tahun. Yela dengan boyfriend tak de, tunang tak de, apatah lagi suami dan anak, memang tak dela jawabnya. Kalau nak dibandingkan dengan rakan sebayaku yang sudah jauh kedepan. (ini pandangan & pendapat segelintir orang disekeliling aku).
Pernah bercinta masa zaman study dulu, tapi bertahan selama 5 tahun je. Itulah percintaan terakhirku setakat ini, sekarang dah 3 tahun single.dah move on pun tapi entahla nak cakap, kadang teringat jugak sebab ex tu masih try untuk sambung balik hubungan yg terputus dulu, namun yg pasti hubungan ni tak akan dapat disambung seperti dulu atas beberapa sebab yg susah untuk diterangkan. Tunggu jodoh lain yang masih sesat entah kemana, maybe tengah jaga jodoh orang kot sekarang. “to bakal jodohku, dah2 la jaga jodoh orang, jodoh awak pun dah lama menunggu ni” hahaha.
Adik2 aku pun dah menginjak umur 20 an dan ada yang masih belajar dan sudah bekerja. Tapi setakat yang aku tahu, semua adik2 perempuan aku tak ada kawan laki istimewa sama macam aku, kawan2 biasa tu adalah, tapi untuk calon suami tu tak ada. ini pasti sebab kami memang rapat antara satu sama lain, & aku pernah cakap kalau mereka nak kawen dulu pun aku tak kisah sebab aku tak de perancangan nak kawen dalam masa terdekat.
Kadang2 aku terfikir apakah yang Allah nak uji kami sekeluarga, hampir semua adik beradikku dah berjaya (belajar/bekerja) seperti yang parent aku nak, dengan kata lain impian mereka dah tercapai walaupun kami ni kerja biasa je, bukan kerja kerajaan seperti yg diagung2kan oleh makcik pakcik bawang dan sedara mara kami. Kami sering diperli kerana tidak bekerja dalam sektor kerajaan walaupun belajar sampai menara gading, sedangkan anak mereka tak sambung belajar pun dapat kerja kerajaan.
(Ini memang problem dalam kalangan sedara mara aku, standart kerajaan sangat dipandang tinggi walaupun setakat ****** je) STRESS jugak aku kekadang time balik kg, mak aku la jadi mangsa pertanyaan mereka2 ni, dah la kawen lambat, kerja pun bukan kerja kerajaan. Malang betol nasib kami ni menurut makcikpakcik bawang halia ni. Namun kami okay je sebab our parent tetap bersyukur kami boleh hidup berdikari sendiri, hidup dengan kerjaya masing2.
Yang menjadi topic perbualan atau lebih kepada persoalan parent aku adalah kenpa anak2 perempuan parent aku tak laku, lambat kawen especially aku yang umur nak masuk 3 series dah tak lama lagi. Ade yang pernah suruh aku & adik beradikku berubat tradisional sebab takut ada yang berniat tak baik dengan kami sekeluarga dengan menyekat jodoh kami. Aku kurang ambik kisah kalau bab2 perkara macam ni, so buat tak tahu jela.
Ada yang agak pedih bila ade segelintir daripada kawan dan sedara mara aku yang cop aku sebagai seorang yang sangat memilih. Ayatnya lebih kurang macam ni (Memilih sangat ni, kita ni kalau orang nak, kena terima je, kira bernasib baik la ada orang nak jaga dan bela kita). Jawapan aku (tak memilih pun, tak de orang nak, sebab tu tak kawen lagi) dalam hati aku ni nak je cakap yang ehh mesti la kena pilih, bukan nak hidup sehari dua, nak hidup lama kot dengan pasangan kita ni, tak kan yg pinang tu kaki pil, penggangur tegar, kaki pukul pun kita nk terima je jadi suami. naya hidup wehhh. Actually aku bukan memilih yg helok2 je sbb aku sedar diri yang aku ni pun biasa2 je. just nak orang biasa yg normal hidup macam manusia lain, boleh terima aku dan keluarga seadanya.
Actually, kami adik beradik tak terasa terdesak pun untuk berkahwin sebab semuanya masih belum puas enjoy & banyak lagi plan2 kami nk buat sesame sebelum kawen, kalau dulu semua sibuk belajar, jarang2 boleh jumpa selain masa raya, sebab belajar tempat lain2, so sekarang kami gunakan masa yang ada untuk create sweet memory bersama.
Kepada orang sekeliling kami, kami ambik semuanya kata2, teguran, serta nasihat yang diberikan dan dilemparkan kepada kami, Doakan kehidupan kami diberkati, diberikan jodoh yang baik2, dimurahkan rezeki kami dan bahagia macam orang2 lain ye.
Semua orang nak hidup bahagia dengan ditemani suami dan anak2, Cuma takdir kita xsama, ada orang jodohnya sampai awal, ada yang kerjaya datang dulu. Apapun perancangan kita, perancangan Allah itulah yg terbaik, kita sebagai hamba ALLAH mesti sentisa berdoa dan bersyukur atas apa yang telah dianugerahkan.
Thanks kepada yang baca story ni sampai habis. Sedikit ringkasan, nanti ada masa terluang saya story lagi dengan lebih detail.
– DAHLIA
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit