Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca. Hari ini aku ini berkongsi detik-detik cemas sewaktu aku diserang sakit jatung. Semoga sedikit sebanyak ianya memberi manfaat kepada semua.
Sebelum ni aku hairan dan tertanya-tanya bagaimana dan kenapa seorang yg sihat, bersukan dan aktif boleh kena serangan jantung atau heart attack tanpa ada tanda-tanda sebelum ianya menyerang sehingga membawa kepada kematian. Tetapi selepas aku laluinya sendiri baru aku tahu ianya datang dengan secara tiba-tiba tanpa sebarang ‘hint’.
Ahad lepas, jam 5 petang, elok jer aku jalan-jalan dengan anak-anak dan suami tanpa ada rasa sakit. Galak jer shopping di kedai RM 2.10 beli barang-barang plastik untuk sangkar kucing. Habis shopping segera balik rumah dan kemas dapur pula bersama anak-anak. Tiba-tiba terasa sakit dibahagian belakang bahu (belikat) berdenyut-denyut.
Aku minta tolong suami urutkan. Selesai urut aku masuk bilik untuk rehat. Bila letak kepala di bantal tiba-tiba rasa sesak nafas dan sakit dibahagian dada kiri serta tegang dibahagian leher dan sekitar rahang. Minta suami urut lagi. Nafas semakin pendek dan dada rasa seperti ditekan-tekan. Suami bawa pergi klinik swasta.
Setelah buat ECG. Doktor meminta suami segera bawa aku ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut kerana simptom-simptom menunjukkan aku ada masalah jantung. Masa dalam kereta, denyutan jantung aku amat laju seolah-olah ianya akan pecah. Hanya kalimah syahadah sahaja yg keluar drpd mulut aku tanpa henti.
“AKU DAH NAK MATI.”
Hanya itu jer yg aku fikir.
Entah apa yg berlaku, aku sedar sudah berada di hospital dan dikelilingi oleh beberapa orang doktor. Ada yg cucuk tangan pasangkan jarum, ada yg tekan-tekan dada aku, ada yg gosok-gosok belakang aku dan ianya berlaku dalam masa yg amat pantas. Jelas di pedengaranku hanya kata-kata.
“Puan.Terus bernafas jangan tidur.”..
“Puan kami nak tolong puan.”
“Puan tarik nafas dalam kiraan 10 kemudian lepas.”
Dan pelbagai lagi. Selepas beberapa jarum ubat di masukkan. Nafasku yang tadinya kencang seolah-olah aku sedang berlari itu mula reda, denyutan jantung semakin perlahan dan tenang. Doktor kata aku hampir mendapat serangan jantung dan ‘lucky’ kerana segera dibawa ke hospital utk mndapat rawatan.
Setelah pelbagai ujian dibuat. Alhamdulillah aku sihat. Tiada tekanan darah tinggi, kolestrol terkawal dan gula dalam darah juga normal. Kenapa boleh dapat serangan jantung jika semuanya sihat. Kuasa Allah swt. Tp yang penting. Aku tahu disebalik ujian itu. Ramai yg sayangkan aku.
Buat suami tercinta. Terima kasih kerana bersusah payah mendukung isterimu yang berat ni bawa masuk ke hospital tanpa mengharap bantuan kaki tangan hospital. Terima kasih juga pada mak mertuaku, abang ipar, kakak ipar dan adik iparku sanggup datang jauh- jauh melawatku walaupun hari dah lewat malam, mak, ayah dan adik beradik di kampung yang tak putus berdoa utkku serta anak-anakku yg setia disisi membantu aku uruskan rutin harian.. sayang kamu semua.
Buat kalian para pembaca, sihat tidak bermakna kita bebas daripada serangan jantung. Ianya datang secara tiba-tiba dan itulah yang paling bahaya. Menurut doktor yang merawat aku, selain daripada penyakit, keletihan yang keterlaluan, tekanan perasaan dan emosi juga boleh mengakibatkan serangan jantung secara tiba-tiba.
Jika ada simptom-simptom yang aku sebutkan diatas. Segeralah mendapatkan rawatan sebelum terlambat. Mati itu pasti, tetapi selagi kita mampu berjuang untuk hidup, jangan cepat mengalah, teruskan berusaha untuk bernafas demi insan-insan yang masih memerlukan kita.
– Ianya Aku.
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit