Hujan Kesayangan Isteri

Hai, sebelum korang berkahwin mesti ramai yang tahu sedikit je pasangan kita. Kalau tahu pun setakat reaksi atau percakapan dari pasangan kita. Dah kahwin baru lah kita tahu macam mana sebenar.

Aku dengan isteri baru berkahwin 3 tahun. Sebelum tu kita orang bercinta lebih kurang dua tahun. Sepanjang bercinta tu, aku tahu dia ni memang suka sangat dengan hujan. Kalau hujan je dia punya reaksi muka berubah ceria dan betul-betul gembira. Tapi aku ingat setakat tu sahaja.

Jadi bila kahwin, kami pun berpindah. Rumah ni memang aku beli dah lama tapi kasi orang sewa. Bila dah kahwin kami pun berpindah dekat situ. Jadi bila hidup berdua ni, isteri aku ni memang terlalu suka dengan hujan. Malam tu tidur memang dia ada kira macam accesories dalam bilik. Macam hujan punya simulator memang kami letak atas satu meja spesial benda tu sebab agak besar.

Jadi bila malam kalau on switch, akan ada sound hujan, guruh dan benda yang kita biasa dengar waktu hujan. Jadi fungsi benda tu untuk isteri aku dia kalau tidur memang on benda tu. Aku pun okay je bunyi dia memang selesa dan nyaman. Dah macam terapi.

Kalau waktu malam hujan barulah dia matikan. Sebab natural punya lagi bagus kan. Selalu kalau aku tengah drive. Tiba-tiba hujan nanti dia punya suara excited “yeay” . Nanti dia perhati hujan tu dengan muka dia sekejap confuse sekejap gembira lepastu pula excited.

Aku pernah berbual dengan keluarga belah isteri aku, rupanya isteri aku memang dari kecik lagi dia suka sangat dengan hujan. Aku pernah tanya kenapa dia suka sangat dengan hujan. Dia cuma senyum je sampai sekarang tak berjawab. Pernah sekali cuti, waktu tu memang lama tak hujan. Setiap hari juga juga dia merungut “tak hujan lagi ke?”

Sekali tengah tengok tv ni hujan lebat turun. Terkejut aku dia bangun laju2 keluar rumah. Dia pergi mandi air hujan, punya lah seronok dia main hujan waktu tu. Aku pun setakat senyum dan tengok. Lama juga dia mamdi hujan tu, bila masuk basah tu semua. Aku ambikkan lah tuala lapkan. Tiba-tiba dia cakap ” Seronok kan Hujan” aku cuma jawab “iya seronok”.

Terus terang memang dia suka sangat dengan hujan. Dekat rumah kami, kalau kau masuk je dalam boleh nampak Satu lukisan besar dekat dinding. Lukisan hujan. Yang ni isteri aku beli, aku mula2 tengok setakat meh je. Tapi bila setiap hari tengok lawa juga haha. Selalunya kalau hujan lebat nanti isteri aku akan duduk tepi tingkap perhati je hujan tu. Aku pun ikut je tengok.

Waktu awal kahwin aku tengok dia excited sangat dengan hujan ni, aku rasa macam nak tegur lah. Cakap sudha-sudah lah tu dan memacam lagi. Tapi bila nak cakap tu tak sampai hati, bila kau tengok muka dia. Dia punya “yeay” dan banyak lagi. Jadi aku biarkan je. Aku pun enjoy dengan Hujan. Setiap kali hujan kalau aku tengah kerja mesti aku teringat mesti dia ni tengah gembira hujan lebat. Jangan dia jerit “yeay” dalam office dia sudah lah.

Biasa kalau isteri aku tengah badmood ke marah atau kami bergaduh. Kalau hujan mesti semua benda hilang atau lupa terus lah semua okay. Jadi aku memang kalau hujan je ingatkan isteri aku. Ada juga sesekali tu aku “terjoin” mandi hujan. Dah macam scene Bollywood.

Terus -terang cakap, waktu aku teman isteri aku mandi hujan. Aku nampak muka dia memang ceria sangat main air hujan tu. Aku ni pun lega lah kalau hujan boleh buat dia gembira sampai macam tu. Jadi kalau dia tak happy aku boleh lah keluarkan pipe dan buatkan air hujan palsu. Kasi tenang sikit mood dia.

– Hafiz

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *