Assalamualaikum. Tak perlulah aku memperkenalkan diriku pada semua. Tujuan coretan ini ditulis bukan untuk meraih simpati sesiapa tapi hanya ingin berkongsi rasa suka duka sepanjang tahun ini.
Aku merupakan anak sulung dalam keluarga dan aku seorang perempuan dari 3 adik beradik. 2 lagi adik aku lelaki. Aku dah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata. Untuk pengetahuan semua apa yang tertulis ini bukannya tentang diri aku tapi tentang seorang insan yang amat aku sayang iaitu emak.
Pada bulan may yang lepas kami satu keluarga dikejutkan dengan berita yang sungguh tak disangka. Emak disahkan hamil 5 bulan. Kalau semua nak tahu emak aku berkahwin kali kedua setelah perkahwinan pertama tak dapat diselamatkan atas sebab2 yang tertentu. Emak aku kahwin tahun lepas dan tahun ini disahkan hamil pada usia 43tahun. Alhamdulillah. . Rezeki dari Allah.
Setiap bulan emak pergi klinik dengan abah untuk check perkembangan bayi. Pada 7 bulan kandungan doktor sahkan emak ada masalah uri dibawah. Doktor pesan jangan buat kerja berat2 dan kalau boleh rehat dengan cukup. Aku pun selalu jugak balik jenguk emak. Perasaan risau tu makin tebal dalam diri bila satu hari aku balik hantar lauk kat emak. Emak cakap dia teringin nak makan asam pedas ikan puyu jadi aku masakkan untuk dia.
Masa tu aku nampak wajah emak pucat. Aku tanya kenapa pucat sangat ni muka mak. Emak jawab dia tak larat sebab baru balik dari klinik cek kandungan. Aku pun iyakan saja apa yang emak cakap dan sebelum pulang aku sempat berpesan pada emak kalau boleh rehat dan jangan buat kerja. Emak hanya angguk dan senyum.
Malam tu aku tak boleh tidur. Hati aku berasa tidak sedap seolah2 akan ada sesuatu yang berlaku. Tapi aku tetap paksa mata untuk tidur. Pukul 1. 30 pagi aku terjaga sebab anak merengek nak susu. Aku capai telefon sebab lampu hijau di skrin fon aku tak berhenti berkelip. Mungkin ada mesej kot getus aku dalam hati.
Jantung aku seakan berhenti berdegup bila baca mesej dari abah mengatakan dia sekarang ada dihospital sebab emak turun darah. Allah!! Aku pandang suami niat nak kejutkan dia pergi hospital tapi memandangkan waktu tak mengizinkan ditambah pula aku ada anak kecil aku hanya diam. Aku hanya berpesan pada abah apa2 hal beritahu aku cepat2.
Esokknya aku dan suami balik ke rumah emak sebab adik2 aku ada disana. Beg pakaian semua dah dibawa memandangkan tak ada sapa nak jaga mereka selama emak dihospital. Abah yang ketika itu baru pulang dari hospital beritahu kemungkinan emak kena tahan sampailah dia bersalin.
Pejam celik, pejam celik dh sebulan emak dihospital. Selama sebulan tu kerap jugak aku kesana melawat emak. Akhirnya emak selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.5kg secara czer. Rais namanya (hanya nama singkatan). Aku yang paling happy bila dapat tau emak dah selamat bersalin. Mesej abah tanya bagaimana keadaan emak dan adik rais. Abah beritahu emak dah sedar(emak aku dibius seluruh badan ketika czer) manakala adik rais pula dah dihantar ke nicu.
Selepas 3 hari emak dibenarkan pulang tapi tidak bersama adik rais. Adik rais masih ditahan di nicu atas sebab penafasan. Ulang alik emak dan abah ke hospital melawat adik rais. Aku hanya boleh bertanyakan khabar adik rais tanpa boleh melihatnya sendiri. Semakin hari kesihatan adik rais semakin merosot. Sehinggalah pada suatu hari kami digemparkan dengan berita yang kurang menyenangkan. Adik rais perlu menjalani pembedahan kedua belah mata untuk buang selaput. Aku tidak setuju dengan cadangan doktor. Aku pujuk emak supaya jangan buat lagi pembedahan ke atas adik rais sebab dia masih kecil. Masih berusia 20 hari ketika itu.
Tak lama selepas itu emak beritahu yang dia perlu ke pulau pinang untuk berjumpa dengan doktor pakar jantung. Adik rais perlu berjumpa doktor disana untuk memastikan keadaan kesihatannya. Alhamdulillah, respon yang positif kami terima. Doktor beritahu adik rais dah tak perlu pakai oksigen lagi. Ada juga aku bertanya pada emak sampai bila adik rais perlu ditahan. Emak cakap sampai dia betul2 dah sihat baru doktor benarkan dia balik.
Hari ke 42 berpantang emak mesej aku mengatakan dia perlu ke hospital sebab ada temujanji dengan doktor tentang kesihatan adik rais. Emak beritahu adik rais dah semakin sihat dan boleh keluar dari hospital tak lama lagi. Aku hanya senyum bila baca mesej dari emak. Dalam kepala dah terbayang wajah adik rais yang aku hanya lihat dari gambar yang ditunjukkan emak kepadaku. Tak lama lagi adik rais dah boleh keluar hospital, bolehlah aku mandikan dia nanti. Bolehlah anak aku berjumpa dengan paksu dia kataku dalam hati.
Keesokan paginya semasa aku sedang mengemas rumah telefon berbunyi menandakan mesej masuk. Emak??Mata menatap skrin telefon membaca setiap bait ayat yang tertulis. ‘Kak, mak ada kat hospital ni.. Adik rais dah tenat’. Allahu akbar!! Ketika itu aku rasakan seolah2 aku tak ada kaki. Lutut aku lemah. Aku terduduk. Tak semena2 air mata bergenang di tubir mata bersama degupan jantung yang laju. Tangan aku ketar. Segera aku beritahu suami tentang ini dan mengajaknya ke hospital. Tapi malangnya emak beritahu sapa2 tak boleh masuk tengok adik rais melainkan emak dan abah.
Detik demi detik berlalu. Mata hanya memandang telefon. Pukul 12 tengah hari aku terus menelifon emak. “mak, adik rais macam mana?”
“adik rais dah tenat kak. Separuh badan dia dah keras”. Emak beritahu semua yang terjadi padaku.
Kuman menyerang dan menyebabkan seluruh tubuh adik rais membiru masa nurse mahu memberinya susu. Degupan jantungnya juga sudah berhenti saat itu tapi kembali berdegup selepas doktor menggunakan defiblirator iaitu alat yg digunakan untuk memulihkan degupan jantung. Doktor meminta kebenaran emak untuk menggunakan alat itu kali kedua kalau adik rais tetap seperi itu. Tapi emak tak izinkan. Cukup2lah adik rais rasa sakit semasa mereka buat kali pertama tanpa kebenaran emak.
Kenapa adik rais kena tanggung semua ni? Tersiksanya dia saat itu hanya tuhan yang tahu. Ya Allah. . Andai ini ketentuanmu aku redha. Andai dengan mengambilnya dapat menghilangkan rasa sakit yang ditangungnya, kau ambillah dia. Doaku dalam hati. Bukan meminta agar adik rais pergi dengan cepat tapi aku sungguh tak sanggup dengar segala rasa sakit yang ditanggungnya selama ini.
Tarikh 24/10 pada jam 3.45 ptg adik rais menghembuskan nafasnya yang terakhir. Menitis air mata mendengarkan khabar itu. Aku pandang wajah anak aku agar aku dapat sedikit kekuatan. Emak dan abah pulang bersama sekujur tubuh berbalut kain putih. Abah letak di atas katil dan kain yang membalut tubuh itu dibuka. Terpampang wajah yang nak sangat aku lihat dan aku tunggu selama 43 hari. Comelnya adik rais.. Putih kulit dia. Aku pandang wajah dia dan saat itu aku ternampak sesuatu di atas ubun2 kepalanya yang bercukur. Aku tanya pada mak kena apa ni?jawapan emak memang membuatkan hati aku rasa marah yang teramat sangat. “depa cucuk ubat kot kepala adik”.
Sepanjang hayatmu kau merasa sakit dan semasa akhir hayatmu juga kau merasa sakit. Itu yang dapat aku katakan. Lama aku pandang wajah dia. Aku lantas mengucup dahinya buat kali terakhir. Wangi sangat. Aku sedih tapi aku tak tunjuk. Sedaya upaya aku tahan air mata aku.
Aku pandang emak. Aku faham apa yang emak rasa. Aku juga seorang ibu. Emak hanya memandang tubuh adik rais. Sesekali kelihatan dia mengesat air mata. Tabahnya hatimu ibu. . Andai aku ditempatmu belum tentu aku sekuatmu.
Aku dapat mandikan adik rais. Tapi itupun semasa dia sudah tiada. Sayu hatiku ketika aku menyiram air pada tubuhnya yang kaku. ‘Hajat kak untuk mandikan adik dah terlunas. Walaupun kak hanya mandikan jasadmu sahaja’.
Ramai yg terkesan dgn pemergian adik rais terutama sekali adik aku yg kedua. Setiap kali lepas solat jumaat mesti dia akan kekubur adik rais. Katanya pada emak’abang p kubur adik tadi. Abang rindu kat adik’.
Buat emak.. Sebagai anak hanya satu inginku lihat.. Senyuman kebahagiaan.
Ingatlah anak2mu yang lain sentiasa ada disisimu disaat suka dan duka.
– Penulis Kampung
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. Com/submit