Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Aku nak kongi kisah aku dan mohon bantuan pendapat dan nasihat dari pembaca. Aku merupakan seorang isteri dan ibu yang berkerjaya, berusia lewat 20 an. Berbekalkan kelulusan ijazah dalam bidang kejuruteraan dengan keputusan yang sekadar cukup-cukup makan, dapatlah aku kerja sebagai salah seorang “executive” di sebuah syarikat swasta berlatar belakangkan “oil and gas” dengan gaji bawah 3 ribu.
Aku dah kerja 6 tahun dalam bidang ni dan syarikat yang aku kerja sekarang adalah tempat kerja aku yang kedua & paling lama aku kerja. Suami aku juga sama macam aku, graduan lepasan kejuruteraan dan bekerja dengan syarikat swasta dengan pendapatan yang seadanya. Kami sama-sama berasal dari kampung dan merantau ke sebuah bandar besar untuk berkerja. Pendapatan kami seisi rumah cukuplah untuk hidup serba serbi sederhana, ataupun orang panggil miskin bandar. Sadisnya rasa.
Oleh kerana aku datang dari sebuah keluarga yang serba serbi kekurangan, dan aku merupakan satu-satunya anak yang berjaya ke menara gading, jadi aku rasa aku ada satu tanggungjawab besar untuk membantu kedua orang tua aku yang dah uzur di kampung. Walau hakikatnya dengan kerja aku sekarang, gaji aku sekadar cukup nak bayar komitmen, dan upah nursery anak aku saja. Oh ya, aku anak bongsu, abang dan kakak aku dah ada keluarga masing-masing dan hidup pun cukup-cukup makan pakai dan ada yang jauh lagi susah daripada aku.
Buat masa sekarang, kakak aku dan keluarga terpaksa tinggal dengan mak ayah aku demi menjaga ayah aku yang uzur. Mak pun sakit-sakit badan dan dah tak berdaya nak jaga ayah seorang diri. Abang aku? Semua tak boleh nak diharapkan sangat. Diorang macam lupa tanggungjawab kat mak ayah. Kenapa aku tak tegur? Sebab aku adalah adik yang paling kecil dan perempuan. Siapa yang nak peduli kata-kata aku, kan? Aku cuma mampu berdoa dari jauh je supaya semua abang aku dibukakan pintu hati dan sedar tanggungjawab masing-masing.
Okay, kisah aku yang sebenarnya, aku ni dah agak “down” dan hilang semangat nak terus bekerja. Tempat kerja aku secara ringkasnya masih okay je sebenarnya (kalau aku bandindingkan dengan kawan aku yang lagi teruk tempat kerjanya). Tapi macam biasa lah politik dalam pejabat dan “management’ yang makin hari makin pelik. Faktor kegawatan ekonomi juga salah puncanya juga kut, aku pun tak pasti. Cumanya dari pihak aku, aku dah bosan dengan kerja aku. 5 tahun aku pegang jawatan ni aku rasa aku tak ada sebarang “improvement” yang boleh dibanggakan. Mood aku pun selalu ke laut dalam. Aku berkerja waktu pejabat, sabtu dan ahad aku “free” kat rumah. Melayan anak sambil siapkan kerja rumah yang terbengkalai saja.
Dah lebih setahun aku duk pendam rasa yang aku dah tak ada motivasi nak bekerja. Aku dah berpuluh kali luahkan kat suami aku yang aku nak “resign” dan nak jadi surirumah. Tapi hasil perbincangannya, aku tetap kena kerja. Sebab pendapatan suami aku belum cukup nak tampung keseluruhan perbelanjaan kami setiap bulan. Dan aku pula nak kena bantu keluarga dekat kampung. Kalau dihitung dan diselaraskan balik perbelanjaan kami, mungkin sekadar cukup-cukup saja untuk suami aku tanggung kami tapi terpaksalah “cut” takaful dan “saving” untuk anak kami. Sekarang anak aku baru seorang dan insyaAllah yang kedua akan lahir pertengahan tahun depan. Ini menambahkan lagi dilema aku untuk meneruskan niat aku untuk berhenti kerja.
Banyak aritikel yang aku dah baca pasal berhenti kerja, dan kebanyakannya bagi tips perlu ada “saving” kecemasan sekurang-kurangnya 3 ke 6 bulan baru boleh berhenti. Sedangkan aku ada “saving” sebulan je, itupun bertahun baru ada sebanyak tu. Ada terpikir nak buat “part time bussiness” cuma aku belum tahu perniagaan apa yang sesuai dengan jiwa aku yang banyak ciri-ciri introvert ni. Apa itu introvert? Korang boleh google ye. Panjang pula kalau aku nak cerita pasal introvert ni. Suami aku memang sibuk dengan kerja. Dia bekerja 6 hari sminggu dan hanya bercuti hari Ahad, itupun kalau dia tak ada kerja “site”, dapatlah kami luangkan masa sama-sama.
Jadinya kebanyakan kerja rumah aku yang akan buat dulu dan suami aku akan selesaikan yang selebihnya bila dia ada masa. Urusan anak pun aku yang selesaikan dari hantar dan ambil di nursery memandangkan suami aku balik agak lambat setiap hari. Dalam keadaan sekarang aku masih dalam fasa “morning sickness”, jadi aku akan mudah penat, mood tak menentu dan aku makin hilang fokus nak bekerja. Aku masih cuba pujuk hati aku untuk ikhlaskan diri untuk terus bekerja demi anak-anak dan keluarga aku, tapi itu yang buatkan aku makin tertekan dan aku jadi kecewa dengan diri aku. Sebab aku tak mampu nak “perform” dalam kerja dan aku tak mampu nak uruskan rumahtangga dengan baik. “Loser” nya aku.
Buat masa sekarang yang aku tahu, aku cuma nak berehat sekejap jadi isteri bekerjaya dan aku nak uruskan rumahtangga saja. Aku dah penat buat urusan dunia yang tak pernah habis. Tapi aku tak mampu, aku perlu lagi bekerja demi melangsaikan hutang pelajaran aku, pinjaman kenderaan (kami ada satu kereta saja, suami aku pergi kerja dengan motosikal), bayaran nursery anak dan duit belanja untuk ubat-ubatan ayah mak di kampung. Itu lah antara benda yang wajib aku langsaikan setiap bulan dengan gaji aku. Kenapa hutang pelajaran aku tak habis lagi? Sebab aku potong sikit-sikit je setiap bulan. Duit bonus tahunan, aku dapat sikit aje, ada juga tahun yang tak ada bonus langsung. Sedih kan? Dengan duit bonus itu juga la aku gunakan untuk bagi kat mak ayah beli keperluan kat kampung dan selesaikan sedikit urusan harta pusaka kami.
Aku dah penat dengan hidup aku sekarang. Tapi dalam masa yang sama aku tak boleh nak berhenti kerja. Aku kesiankan suami dan keluarga kat kampung bila aku dah berhenti nanti. Aku dah tak mampu nak bagi duit belanja macam sekarang atau sekurang-kurangnya belanja mak ayah aku dan anak-anak buah aku bila aku ada bonus. Aku dalam dilema. Aku buntu apa yang aku harus lakukan. Ada yang sarankan aku “resign” dahulu dan lepas bersalin anak kedua, aku boleh cari kerja lain. Yang aku risaukan, ada ke orang nak ambil aku bekerja nanti? Ibu beranak dua? Masa dan keutamaan aku pun pasti lebih kepada anak-anak. Ada ke pekerjaan yang sesuai dengan aku nanti? Banyaknya kerisauan aku.
Para pembaca, aku perlukan nasihat dan cadangan daripada korang semua. Mungkin sedikit sebanyak mampu bantu aku buat keputusan yang terbaik untuk aku dan keluarga aku. Terutamanya siapa-siapa yang pernah ada pengalaman sama macam aku.Aku mohon maaf kalau cerita aku agak tunggang langgang, aku tak pandai nak susun ayat. Terima kasih semua.
– Puan Merah
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit