Nombor giliran ditangan – 1457, nombor di skrin – 1448. Aku tunggu dengan sabar, sampai abah masuk, dan duduk sambil bersembang sebelah aku, lelaki di kaunter panggil aku untuk urusan sedangkan nombor diskrin baru 1450.
Abah aku seorang yg disegani kerana berjawatan besar di sebuah company, juga merangkap seorang politician, ibu suri rumah. Aku graduate bidang komunikasi sahaja. Keputusan upsr, 3A2B, dapat tempat di sekolah menengah di sekolah asrama penuh berprestij malaysia, sebab abah ada cable.
SPM 5A sahaja, dapat masuk universiti top 10 malaysia, sebab abah ada cable, latihan industri di company ternama, sebab abah ada cable. Hidup aku tiada masalah walaupun aku seorg mid scorer. Tapi.. aku tak pernah rasa puas hati, sebab apa yang aku nak pursue, aku takkan dapat, sebab abah nak aku sekolah disini, belajar disana, dan berlatihan industri di tempat pilihan dia.
Abah ada nama, itulah tiket kelayakan aku kemana-mana. Universiti mengajar aku hidup, ajar aku lebih daripada subjek di dalam kelas, lebih daripada modul persatuan.
Aku ditakdirkan bersahabat baik dgn ramai kwn2 yang hidupnya tak sesenang hidup aku, parents tak ada kereta, datang ke universiti dengan bas, bawa barang ke kolej kediaaman sedikit demi seikit setiap minggu. Pendapatan family tak pun smpai 1k sebulan dgn adik2 ramai di rumah, duit belanja tak pernah cukup.
Semester 4/5 apabila kawan2 struggle mencari company untuk bekerja, aku? Tak perlu lalui semua tu, aku dah pun ada tempat di satu company ternama. Kawan aku top scorer SPM, merayu masuk ke universiti, diterima di rayuan ketiga. Permohonan zakat tak lepas walaupun pendapatan keluarga tak lebih dari 800 sebulan
Department company yg aku ditempatkan, tiada siapa tahu aku anak siapa, layanan aku terima sama mcm intern yg lain. Pertengahan latihan industri berita tersebar aku anak abah, layanan diberi lain dari sebelumnya. Boleh nampak kuasa ‘cable’?
Aku serba salah, aku tanya, “kenapa tak ikut nombor giliran?” “Alah takpa, untuk awak kita ada line khas”. Aku toleh belakang, abah angkat tangan pada orang kaunter. Aku bertegas, “saya nak tunggu nombor saya, tak adil untuk orang lain, semua dah lama tunggu macam saya” aku jalan dan duduk semula ke tempat menunggu.
Buat kali pertama aku bersuara setelah bertahun lamanya aku ambil masa untuk sedar yang.. aku dah ambil tempat seorang budak yg dpt straight A upsr untuk dia capai impian dia jadi doktor, aku sailang tempat seseorang yg berpotensi untuk jadi saintis dgn result aku yg biasa2. Aku tutup peluang student pointer tinggi untuk berlatihan industri di company impian dia. Hak siapa lagi perlu aku cantas?
Aku menganggur selama 4 bulan dengan menacari kerja secara manual (tanpa ‘cable’). 14 companies yang aku pohon reject aku walaupun untuk position yang biasa2. Disini aku dapat bayangan dimana posisi aku yg sebanar2 nya di dunia realiti tanpa sekeping tiket emas yang telah aku gunakan 3 kali tanpa gagal sepanjang hidup aku.
Sekarang aku cuma seorang fresh graduate yang ingin menapak di dunia pekerjaan sesuai dengan kelayakan dan usaha aku. Aku sedar, dan ia ambil masa yang lama untuk sedar benda ni adalah sesuatu yang salah. Aku mohon yang membaca dan pernah menggunakan kuasa cable, fikir dan hadam, cable tak menentukan posisi anda dalam masyarakat apa lagi di mata tuhan.
– Firzah
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit