Aku Depress

Nama aku Lieya. Penyakit aku bermula waktu universiti lagi. Tak pernah dptkan pengesahan doc. Tapi simptom2 seperti jantung laju, panic atack dan lain2 untuk penyakit depression & anxiety disorder ada pada diri aku tp masih boleh kawal.

Selepas aku habis U. Arwah ibu aku menyuruh aku menolong nya menguruskan bisnesnya kedai makan. Oleh kerana ibu aku yg menanggung ku semasa di U aku merasa bersalah ingin menolak ajakan ibu ku. Aku tidak mengambil ptptn jadi ibu ku yg menanggung perbelanjaan yuran d U hampir 4 k setiap sem. Itu belum lagi duit makan. Aku mengambil jurusan sains semasa di U.

Bisnes kedai makan ibu ku mmg maju. Setiap hari blh dpt 3k untung kasar. Ibu dan ayah ku mmg terkenal di kawasan kampung ini. Ayah aku sering outstation katenya kerja luar. Kerana kasihan kan arwah ibu aku terima perlawaan ibu menguruskan bisnes walaupun aku tak minat. Minat aku pada sains. Tiap malam aku menangis kerana kerja yg terpaksa atau pura2 ni. Tahun berganti tahun aku pun sudah berkahwin. menguruskan bisnes bersama suami. Ibu aku disahkan sakit leukimia dan telah disahkan meninggal dunia setelah setahun bertarung dgn penyakit itu. Al-fatihah untuk arwah ibu ku.

Konflik bermula apabila aku yg duduk dirumah pusaka bersama suami bersama ayah aku. Setelah 3 bulan ibu ku meninggal ayah aku menyatakan hasrat mahu berkahwin lain. Kubur ibu masih merah. Pada tarikh ayahku nak berkahwin rupanya dia nak daftarkan perkahwinan di pejabat kadi. Setelah aku risik2 pada makcik ku rupanya mereka da berkahwin 10 tahun. Patut la selama aku berniaga ada sahaja orang bercakap mengenai ayah ku bersama perempuan lain.

Ada yg datang ketawakan ayah aku. Ada yang mengata ayah aku terang2 dihadapan aku. Masa itu aku anggap mereka cemburu dgn kejayaan kami sekeluarga kerana mempunyai bisnes yg maju. Aku ambil pendekatan masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tp kadang2 aku tumpas juga aku menangis semahu nya kerana mulut orang setajam pisau. Mungkin juga aku rindu kan arwah ibu.

Selama setahun aku menangis kerana makcik dan pakcik mulut puaka yg mengata ayah aku. Setiap kali aku sembahyang aku mempersoalkan knp Allah ambil ibu ku. Klu ibu ku masih ada orang xkan berani mengata keluarga ku. Suami ku juga terkena tempias mulut puaka yg xsenang dgn kami. Tp suami ku akan membalas dgn tegas jgn campuri urusan keluarga kami. Berbeza dgn aku yg suka pendam. Sehingga suami ku di cop kurang ajar dgn org tua yg mengata kami. Pernah sekali semasa aku ziarah kubur ibu ku aku terjumpa pakcik yg mengata dpn muka aku yg ayahku ke thailand buat maksiat dgn mak baru engkau. Betapa sedihnya aku.

Sementara itu aku dirumah pusaka, ibu tiri ku pandai main peranannya. Menyucuk ayahku supaya membenci aku dan suami. Mcm2 ayah aku cerita pada adik beradik ku yg lain seolah kami yang jahat perlaku kan ayah dgn mcm2 yg xelok. Seolah dia lah mangsa. Antaranya ayahku nak makan di kedai suruh bayar.sumpah demi Allah takkan ayahku sendiri nak mkan disuruh bayar. Malahan ayah ada berhutang dgn aku rm4k katenya untuk bisnes nnt da untung bg balik xpernah aku minta.

Aku xpernah berkira dgn keluarga. Klu ada adik beradik xcukup duit aku bg pinjam kate nak pulang tp xpernah pulang.aku pun x minta. Adik aku masih bersekolah aku yg tanggung. Bil api air astro semua aku yg bayar. Aku ada seorang abg yg duduk dirumah tu tp dia buat rumah tu mcm hotel. Oleh kerana dia bekerja shift dia cuma tidur dirumah itu. Klu dia bercuti pun dia keluar negeri.

Mcm2 ayah ku mengadu pada adik beradik yg lain mcm kami jahat sgt buat ayah yg sudah tua lg ayahku ada sakit jantung. Ayah cakap kami berkurang ajar dgn isterinya. Masalah bertambah apabila jiran belakang rumah yg aku sudah anggap seperti mak sendiri masuk campur telefon adik beradik ku memburukkan aku. Padahal aku dan suami banyak menolong mereka sekeluarga.

Suatu hari keluarga ku berkumpul dan adik beradik ku semua menghentam aku. Pada ketika itu aku rasa hidup ku dah xbermakna. Keluarga ku sendiri membenci aku. Aku menjadi selemah lemahnya manusia. Aku seperti dipijak2. Klu bukan keluarga aku blh bertahan lg tp keluarga ku sendiri yg menfitnah diri ku. Aku pernah ingin keluar dr kereta yg sedang dipandu oleh suami. Suami sgt terkejut dan faham tekanan yg aku alami.

Aku membuat keputusan untuk melepaskan bisnes pada abang ku. Kerana ada mulut jahat adik beradik ku yg xsenang tgk kesenangan yg ada pada aku dan suami. Semasa aku duduk di rumah tu abang sulung ku menyuruh memegang barang kemas arwah ibu ku oleh kerana dia sering keluar negeri. Semasa aku memegang barang kemas arwah adik beradik yg lain sering bertanyakan brg kemas itu. Bila nak dibahagikan. Aku cakap suruh abg long yg uruskan. . Sekarang semua aku dah lepaskan barang kemas dah bg balik pada abg long sorang pun x ada tanya pasal barang kemas.

Aku sudah pindah dr rumah pusaka dan duduk di rumah mertua. Selepas kejadian itu aku menangis hampir 2 minggu. Berkurung dibilik hampir 2 bulan. Anak aku ibu mertua yg uruskan makan minum anak2 ku. Ayah mertua sering risaukan aku kerana berkurung dibilik dlm tempoh yg lama. Ibu mertua aku byk menolong aku untuk bertenang semula. Untuk pulihkan aku. Dia mengajak aku solat dan mengikuti majlis ilmu. Serta berjumpa kawan2. Tp hati ku masih trauma ingin memberi hati pada org. Takut bila kita da jatuh sayang kita mengangap mereka seperti mak seperti akak sendiri mereka menikam belakang kita.

Kini aku dah boleh bertenang dan gembira dgn hidup ku. Walaupun tidak mewah tp aku gembira tiada tekanan dr orang luar. Tapi hujung tahun ni adik aku ingin bernikah dan dia menjemput ku pulang ke rumah pusaka untuk menghadiri kenduri. Maknanya aku kene berhadapan dgn keluarga ku. Mampu kah aku? Aku kembali panik, sering sakit kepala, sering termenung, jantung aku laju bila memikirkan hendak pulang. Aku takut ape yang aku buat semua salah dimata mereka…

– Lieya

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *