Aku D. Malas nak intro panjang just nak share pengalaman hidup yang aku rasa aku belum bersedia nak lepaskan walaupun aku rasa umur aku dah cukup untuk aku berdikari.
Aku tak pernah membelakangi ibubapa aku walaupun aku dah duduk jauh daripada mereka seawal 13 tahun. Well, orang kata kalau rezeki jangan ditolak. Aku dengar cakap ayah aku sebab tu aku pergi walaupun time tu rasa tak ready sebab fikir ayah nak kan. Aku ikut sebab mereka petunjuk dari Allah SWT. Rasanya tak pernah salah alamat kalau kau dengar cakap diorang je. In shaa Allah.
Itu zaman persekolahan, sambung pula zaman universiti, aku terima yang kos aku ambik ini untuk puaskan hati mak aku pula yang teringin sangat aku jadi macam dia sebab kerja macam dia in sha Allah dijamin hingga ke tua. Setakat ini, kejayaan aku semuanya berlatar belakangkan berkat dan doa parents. Alhamdulillah aku berjaya harungi liku perjalanan sepanjang jadi pelajar dan mahasiswa walaupun keluarga jauh dimata.
Sampailah satu hari aku dapat keputusan kerja. Rasanya semua orang memang beria nak kerja sebab nak bayar ptptn, nak beli kereta, nak kahwin, nak beli rumah. Aku pula, macam biasa tak fikir semua itu cuma nak balas jasa mak ayah aku dan tambah pendapatan dalam rumah ini. Jadi, aku ikutkan parents nak apa. Semuanya mereka aturkan. Sampailah satu hari aku rasa aku dah buat pembaziran. Mungkin sbb aku jenis nak buat saving berbanding membelanjakan duit gaji aku itu.
Jadi, aku bercadang untuk corousell or hantar iklan kat mudah nk jual harta yg aku ada ni, boleh parents tak bagi. Part ni paling aku sedih. Rasa macam jadi tak ikhlas kan. Itulah dilema aku skrg ni, aku nak buat simpanan tapi parents pula jenis tak galakkan benda mcmtu. Risau aku dengan masa depan aku nanti. Aku tak berani nak belakangkan parents aku. Cuma aku kena bersabar sedikit je lagi.
Bila dah duduk dengan mereka ni, memang aku lah yang jaga dorang. Walaupun ini rumah tempat aku membesar, semenjak bekerja ni aku tak boleh duduk serumah dgn mereka sebab aku stress kat tempat kerja, terbawa-bawa sampai ke rumah. Then, ada aja benda yang parents tak puas hati. Aku ni anak, aku risau jika aku melawan jadi aku diam. Jadi aku pressure sendirian je, macam bahaya bunyinya. Jadi aku fikir, aku kena cari kawan.
Sampailah satu hari ini, aku rasa macam dah sampai masa untuk aku mula berkawan-kawan dan kenalkan dorg pada parents. Inipun lagi satu buat aku tak ready. Aku belum cukup kuat nak melepasi fasa aku kena ikut laki sbb aku rasa dengan parents pun tak lepas lagi. Dorang dah prepare dah in case kalau aku memang dah ada calon. Dilema aku sekarang ni, dorang mcm mendesak aku, padahal aku ni tenang-tenang je.
Level ini memang aku belum cukup kuat. Hanya Allah sahaja yang tahu sebab bermain dengan hati. Risau aku, di zaman dunia fitnah ni. Betul juga kalau dipercepatkan tapi ambil masa jugak. Aku istikharah minta petunjuk. Ya Allah, parents makin mendesak. Risau sangat. Risau benda ni mcm jadi, macam tak jadi. Aku kena kuatkan semangat untuk harungi ujian ini. Aku kurangkan bercakap dengan parents dan bercakap hanya bila perlu sebab nak mengelak daripada masing-masing sakit hati.
Rasanya teruk tak dugaan yang aku lalui ni? Setiap hari semenjak 3 bulan kebelakangan ini ialah menangis je kerja aku, boleh kira sehari 4 kali sebab perasaan serbasalah tu. Padahal aku nak buat mereka happy, tapi hakikatnya banyak jugak kesilapan yang aku buat pada mereka. Biarlah kita mengejar kasih sayang berbanding harta benda. Aku risau sebab harta benda semua lupa dengan kasih sayang yang ada.
Semoga Allah SWT memberkati segala rezeki yang dilimpahkan kepadaku. Aminn.
– D
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit