Ibu Yang Tidak Pinjamkan Rahimnya

Sepanjang lebih 40 tahun hidupku.. sesungguhnya ibu yg dikenali sebagai ibu angkatku. Arwah telah pergi meninggalkan anak²nya lebih sebulan yang lalu.. Sedihkah aku? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui yang tak mampu kulepaskan secara zahirnya tapi kujadikan di sini untuk kali pertama dan mungkin terakhir kuadukan kdukaanku.

Untuk yg sudi membaca.. Usiaku 40an..dibesarkan sebagai anak angkat sedari kecil bersama² kakak angkat juga.. Penuh kasih sayang walau pun semasa kecil.. Ibu angkatku tersangat garang orangnya..Dan setelah berusia perkataan OCD adalah begitu sinonim dengannya. Yg mungkin akan kuceritakan di segmen yg lain. Kami dimanja juga oleh arwah ayah.. Sehingga ayah angkat meninggal semasa aku berumur 14tahun.

Ibu yg tak pernah bekerja selama hayatnya.. Berpusing hidup 360 darjah setelah ayah meninggal.. Mengharap pencen yg tak seberapa.. Ibuku mengambil upah mengasuh anak tetangga.. Mencuci kain di rumah jiran.. Allah… Menangis mengenangkan nasib ibu angkat yg ku panggil mama. Arwah ayah juga tidak meninggalkan apa juga harta.. Hatta rumah pun kami tinggal menyewa.

Sedari usia 14thn aku kenal kesukaran setelah melihat usaha ibu yg gigih untuk survive dan menyempurnakan persekolahanku. Tak pernah beruniform usang.. Berkasut berlubang di awal tahun. Walau duitnya kadang berbaki sen bg menyara hidup kami berdua. Hanya Allah yg mampu memberi ganjaran kepada arwah mama.

Dipendekkan cerita.. Aku mula menjadi bebas dalam berkawan dan peperiksaan SPM ku akhiri dengan result sederhana gred 2. Tak ingin kumneruskan pengajian.. Mengenangkan  ksusahan yg akan aku lalui lagi. Namun kedua2 iaitu mama dan kakakku memaksa aku mneruskan pengajian. Kuadukan nasibku di Ting 6 di salah sebuah sekolah yg agak hebat di pantai timur namun aku terpaksa bjauhan dengan mama kerana sekolah tersebut di daerah yg lain. Kutelan segala kesukaran dr segi kewangan namun Mama tetap menyokong. kakakku yg hanya bekerja kerani hanya mampu menyara dirinya sendiri shj dan sedikit sumbangan untukku.

Akhirnya dengan berkat doa mama pada awal 90 an aku menjejakkan kaki ke ipta di utara tanah air.. Niatku sedari awal segala kulakukan untuk ibuku.. Namun panggilan jodohku awal iaitu semasa di tahun 3 pengajian dan selamat melahirkan anak pertama pada tahun akhir. Setelah tamat pengajian dan berselang seli mencari kerja akhirnya aku bjaya menjadi seorang penjawat awam.

Namun yg ingin kutekankan di sini ialah.. Niat drp awal adalah untuk membalas jasa2 mama yg membesarkan aku dengan segala kepayahan.. Dan aku… Setelah berkahwin.. Beranak pinak.. Jarang2 sekali mengambil peluang untuk bertemu dengan beliau..Masa yg agak terhad di hari raya shj yg betul² aku bersamanya.. Mama tinggal bersama kakak yg agak senang hidupnya. Tentulah dr segi kewangan dengan pencen.. Berjalan² dia punya waktu dan masa.. Sedangkan aku bergelumang kerja dan keluarga.

Aku hanya berharap 1masa aku sempat menjaga dan memberi sesuatu yg bermakna bg membalas jasa² mama.. Namun rupanya Allah swt Yg Maha Mengetahui dan berkuasa. Mengambil mamaku dlm keadaan aku belum sempat berbakti padanya. Dia pergi dengan tenang walau mengejut dan aku redha Ya Allah.. Walau hatiku sgt pilu. Mengenangkan jasa nya membesarkan aku walau bukan dr asal rahimnya namun mama sgt ikhlas dan tak pernah sekali mengungkit kekurangan  drp aku.. Anak angkatnya.

Ganjaran apakah yg mama ku perolehi Ya Allah… Kumohon didetik ini.. KAU tempatkanlah arwah mamaku bersama mereka yg beriman dan beramal soleh Ya Allah.. Tujuan aku menulis adalah ingin memberi nasihat.. Berbakti lah anak2 di luar sana. Sebelum terlambat.. Jangan ditunggu kaya.. Jangan ditunggu selesa.. Jangan ditunggu lapang masa. Kerana sebenarnya kita mampu tp selalu beralasan.. Yg akhirnya menimbulkan penyesalan.. Tidak kira ibuku hanya ibu angkat yg tidak meminjamkan rahimya namun jasanya kukira melebihi ibu kandung yg tak mampu kusebutkan di sini. Yg hanya meminjamkan rahimnya selama 9bulan..

Setiap kali mendengar teman2 bercerita tentang ibu yg sakit.. Ingin perhatian.. Merengek.. Merungut.. Perasaan ku sebak kerana arwah mama pergi tanpa sempat aku mendengar semua itu. Hanya Allah swt yg Maha Mengetahui segalanya. Kumohon di sini wahai anak²..adik².. Sahabat² pembaca alam maya.. Semoga dapat mengaminkan doa untuk arwah mamaku.. Semoga beliau ditempatkan bersama golongan bidadari yg soleh Ya Allah.. Aamiin.

– Intan yg ditinggalkan

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *