Assalamualaikum pembaca iium sekalian. Disini aku cuma nak berkongsi pengalaman aku yang sering berhenti kerja, dalam 7 tahun ada la dalam 7-10 kerja aku dah buat, hehehe. Mungkin ada org yang lagi banyak kerja berhenti dari aku.
Dekat sini aku cuma nak cakap tak salahpun kalau nak bertukar2 pekerjaan walaupun MUNGKIN ada suara2 sumbang yang akan mengumpat belakang. Ok sini aku nak bercakap kelebihan bertukar pekerjaan dengan apa yang aku lakukan.
Intro:
Aku dulu belajar dalam bidang science technology (Diploma je) dengan CGPA tak sampai 3 hahaha. So lepas habis je diploma aku pun mulakan pencarian pekerjaan dalam bidang yang aku belajar dan Alhamdulillah tidak berjaya!!!!!! sedihhhhh… Majikan macam korang semua tahu la, nak yang ada pengalaman bagai. Dah tue aku pulak baru habis belajar mana nak dtg pengalaman tue. Result pulak…
Pekerjaan Pertama :
Ok disebabkan aku tak dapat pekerja dalam bidang yang aku belajar, so aku pun cari la pekerjaan dalam bidang lain. dan akupun dapat bekerja sebagai Kerani dekat shopping mall. Kerani store je. So aku terima kerja Kerani nie dengan gaji basic RM1400++ sebulan. Not bad la kan fresh grade diploma dapat gaji nie.. nak memilih sangat pun bukan bidang aku kerani nie. Dari Diploma Science Tech kepada Kerani Store je. So Disinilah bermulanya pekerjaan lari bidang yang selalu orang sebut2. bukan nasib aku nak kerja dalam bidang yang aku belajar. Lagi pun aku tak kisah sangat pekerjaan tue, yang penting GAJI hahaha.
Dekat sini aku aku belajar bahagian receiving barang, cretate report stock barang. Lepas 6bulan aku kerja kerani nie aku rasa dah tak best sebab gaji basic je dapat tiap bulan dan xde allowance apa2. Dengan result belajar cukup2 makan dan kerja pun baru 6bulan aku apply kerja didalam jobsteet hahahaha. Kalau korg biasa guna Jobstreet mesti tahu kan sebulan berapa jobs je boleh apply. Aku pun apply la seberapa banyak yang mungkin, kalau tak silap ada la 50jobs aku apply.
Dalam 50 lebih jobs yang aku apply tue ada la 20 interview aku pergi. Banyakkan, seminggu aku akan ambik cuti untuk pergi interview dan dalam sehari aku aku buat 2-3 interview. Selalu aku akan mintak company ikut jadual aku untuk interview, kalau dorg tak boleh arrange anggap je bukan rezeki aku. Aku tak penah ambik MC ataw ponteng kerja sebab nak pergi interview. Tak berkat nanti gaji aku dapat.. Hidup jangan menipu.
Tips :
Kalau korg nak gaji ok cikit la (aku tak kata tinggi). Cari kerja dalam bidang nie ataw bahagian nie.
Kerani Acc, IT, Call Center. Nak paling senang pergi bawak lori. Korang kalau tak taw nak letak apa dalam resume, buat macam nie:
-> Bukak jobsteet cari kerja position yang sama dengan apa korg buat skrg. Bukak je jobs mana2 dan selalu dalam tue ada Responsible :
-> Korg copy apa yang korg rasa ada kaitan lepas tue masukkan dalam resume. Done, hehehe.
Pekerjaan Kedua:
Ok lepas kerja Kerani dekat shopping mall tue aku dapat kerja Kerani Akaun dekat Kajang Selangor. Mesti korg pelikkan belajar science technology sekarang kerja Kerani Akaun. Sekarang confirm lari bidang. Dekat sini aku dapat basic gaji RM1600. lebih cikit dari tempat lama. Dekat sini aku belajar issue receipt, invoice, follow up payment from customer, buat documentation.
Tips :
Kalau nak lompat kerja jangan drop korg punya gaji. Make sure gaji kena lebih dari pekerjaan sebelum. Llepas setahun dekat company Kajang nie, perasaan bekerja ditempat lama datang semula. Rasa tak puas dengan gaji RM1600 dan aku tengok org lain yang sama belajar dengan aku gaji semua dah RM1800 keatas. aku je masih RM1600. Nampak tak perangai tak bersyukur disitu. Jadi aku buat keputusan untuk cari kerja dengan basic RM1800 . So aku ulang semula step no 2 di atas hehehe. Tapi sekarang aku dah ada pengalaman kerja 1tahun lebih :) .
Pekerjaan Ketiga:
Selepas banyak interview aku pergi, akhirnya aku dapat kerja dengan basic RM1800 dekat satu company nie sebagai Kerani jugak. Untuk pengetahuan korg, semua jobs yang aku apply dalam jobstreet tue gaji minimum RM1800 keatas. Macam aku sebut dekat atas, jangan cari kerja yang boleh dropkan gaji kita. Korg yakin la dalam 50jobs yang korg apply mungkin 1 akan sangkut. Tapi korg jangan pilh kerja yang langsung takda kena mengena ataw korg sendiri pun xtaw apa benda kerja tue.
Macam kerja sebelum2 nie bila dah setahun kerja aku rasa gaji mcm lambat naik. maklumla company kecik semua org xde increment bagai, aku plak tak boleh kerja kalau takde increment ataw bonus, yela sebelum nie kerja tak sampai setahun dah resign, mana nak dapat bonus hahaha. Lepas tue aku set target dalam masa setahun aku mesti kena dapat basic gaji RM2000. so aku ulang lagi step no 2 diatas hehehe.
Note ***
Korang mesti pelik kenapa aku senang dapat kerja walaupun result aku CGPA tak sampai 3 pun.
i. Dalam CV jobs responsibility make sure tulis yang berguna. Benda yang semua company akan pakai.
– receiving barang, cretate report stock barang (Company 1)
– issue receipt, invoice, follow up payment from c ustomer, buat documentation (Company 2).
ii. Make sure korg penah buat la kerja yang korg letak dalam resume tue. Kalau tak nanti masa org tnya pasal kerja dalam resume tue kau gagap plak.
iii. Pastikan korg belajar semua benda bila dah start tempat baru. Nie tak kerja malas, kerja yang tak berkaitan dengan job scope taknak buat, alasan gaji tak dibayar untuk buat benda tue.
Kalau kita rajin belajar ilmu bnyak, nanti masa interview senang nak Spin dekat org interview hahahaha. Macam dah panjang je aku tulis.. lagipun belum tentu dipost oleh admin hahaha…
Terima Kasih……..
– Jebat Bertuahh
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit