Untuk part I, (https://iiumc.com/kerana-tiada-anak/).
Assalammualaikum semua. Terima kasih admin jika siarkan lagi. Saya ada menulis cerita saya dan sudah di siarkan semalam (19/12/18). Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat semua yang komen. Anda lah penguat saya, walaupun saya tak mengenali seorang pun tapi pandangan, nasihat, kata- kata semangat yang betul- betul bermanfaat bagi saya. Ini respon saya terhadap beberapa komen :
1. Ibu mertua saya memang ada sikap pilih kasih hanya di sebab kan cucu. Sebab jika kerja sebagai punca, biras saya semua tidak bekerja.vSaya memang ingin mencari kerja tapi agak sukar walaupun saya mempunyai ijazah. Peluang pekerjaan tidak banyak di sini. Tapi saya akan cuba berniaga online seperti mana ada yang cadangkan kepada saya. Terima kasih atas cadangan yang sangat bernas yang selama ni saya tak sedar akan peluang tersebut.
2. Saya memang sedang berusaha untuk duduk berasingan. Terima kasih atas segala doa yang baik- baik dari kalian semua.
3. Ada yang bertanya di komen, mengenai aurat bila duduk sebumbung dengan ipar- ipar, orang yang bukan mahram. Saya masih pakai tudung, masih jaga aurat dan sampai bila- bila saya akan jaga benda tu. Saya tak nafi kan memang susah dengan cuaca sekarang. Dengan godaan- godaan biras yang tak pakai tudung di rumah, berbaju lengan pendek (bukan untuk mengaibkan) . Saya cekal kan juga hati sebab aurat lah yang di titik berat kan oleh keluarga saya. Banyak kan minum air masak supaya badan tak terlalu panas. Lagi 1, abaikan apa sahaja yang mereka pertikai kan. Contoh “kenapa nak pakai tudung, ni kan dah di kira keluarga”, “nak tunjuk baik lah tu dalam rumah pun pakai tudung, baju labuh”. Abaikan lah sahaja, mereka tak faham.
4. Ramai yang berkongsi pengalaman kawan, saudara mara yang lambat di kurniakn zuriat. Terima Kasih kembali wahai semua. Anda lah salah seorang yang tak memandang serong kepada orang yang belum memiliki zuriat. Kalau boleh, saya nak bagi tahu 1 dunia jangan lah pandang serong dekat kami sebab pandangan tu tak tajam tapi boleh menyakitkan, menghancurkan, mengecewakan hati kami yang baru mula nak bina bahagia dengan keluarga baru. Syukur, hati semua memang betul- betul tulus.
Akhirnya, saya nak ingat kan. Apa yang kita cakap, buat, perli, hina, ejek, sindir dan macam- macam lagi, kita memang akan puas dan akan bahagia untuk waktu tu je. Tapi orang yang menerima percakapan kita, perbuatan kita, perlian, hinaan, ejekan dan sindiran kita akan tanggung kesedihan selamanya walaupun dah memaafkan. Saya cakap untuk diri saya juga.
Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua terutama khas buat admin yang sudi siarkan dan semua yang komen. TERIMA KASIH SEMUA.
– Silencer
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit