Untuk part I, (https://iiumc.com/tangisan-anak-lelaki/).
Assalamualaikum semua. Pertama sekali, aku nak ucapkan terima kasih pada admin kerana menyiarkan artikel aku. Seterusnya, aku nak ucapkan ribuan terima kasih pada para pembaca yg memberi ucapan & kata-kata semangat di ruang komen.
Hi, nama aku N. Seperti yg korang maklum, aku nak sambung apa dah terjadi pada hidup aku & keluarga aku lepas bapak aku nikah dgn mak tiri aku.
Waktu hari raya tahun 2016 adalah raya yg paling janggal dlm hidup aku. Selama ini, hanya kami sekeluarga yg balik di kampung atuk & nenek (belah Abah) kerana Abah anak tunggal. Tapi pada tahun itu, kami balik ke kampung dengan 2 keluarga. Gempar satu kampung bila tersebarnya pasal bapak aku kawin lagi satu. Sedara-mara yg aku tak pernah jumpa selama ini semuanya dtg beraya di rumah atuk & nenek.
Bapak aku tersenyum bangga bila disoal sedara-maranya tentang perkahwinan barunya. Mak pula, hanya tunduk malu. Ada satu keluarga ni datang ke rumah, mereka mencaci Mak & aku, kononnya Mak tak pandai jaga laki sampaikan Abah kawin baru.
Tak kurang juga dgn aku. Ramai sedara-mara belah bapak aku mengutuk aku. Antaranya, “Apa gunanya kau jadi anak sulung tapi tak nasihatkan bapak kau?”, “Kenapa kau pandai-pandai kawinkan bapak kau?”, “Kau ni mmg anak tak guna, kan?”.
Tiap kali aku diherdik dgn bermacam-macam kata kesat, aku masih mengangkat muka dan tersenyum. Mulut aku terkunci rapi sebab diam lebih baik daripada berkata-kata.
Malam pun berkunjung, dan buat kali pertama, aku jadi imam utk Mak & adik-beradik. Waktu aku bacakan doa, tak pernah aku jangka yg solat kali ini sangat menyentuh hati aku. Mak & adik-adik menangis bila mengaminkan doa yg dibaca oleh aku.
Selesai solat maghrib, Mak tarik aku masuk kereta dan bawak aku pergi ke bandar. Sepanjang perjalanan, Mak menangis dan sedih kerana dicaci oleh sedara-mara belah Abah. Kali ini, aku tak menangis sebab aku kena sentiasa kuat dan sabarkan Mak aku. Kalau aku pun lemah semangat, siapa pula nak sabarkan aku?
Pernah sekali tu, aku hampir nak bunuh diri sebab stress sangat. Aku dah gantungkan selimut dkt kipas siling, dah panjat kerusi, tinggal sarung je selimut tu dkt leher. Tapi ketika aku nak sarung tu, aku terbayang muka Mak & adik-adik. Agak-agak apa reaksi dorang? Kalau aku bunuh diri sekarang, adakah aku dikira sebagai anak & abang yg tak bertanggungjawab? Boleh ke dorang survive tanpa sokongan aku? Lepas aku pertimbangkan semuanya, akhirnya aku turun balik daripada kerusi dan teruskan hidup.
Sepanjang aku berada di universiti, aku tak boleh fokus sebab memikirkan masalah keluarga aku. Bayangkan, seminggu sebelum aku masuk universiti, Mak diberhentikan kerja. Berbakikan duit simpanan aku & Mak, hanya cukup-cukup utk keluarga aku makan. Aku? Dalam seminggu tu, hanya sehari aku makan nasi. Selebihnya, aku melantak maggi. Bapak aku pulak sibuk berbulan madu dgn Mak tiri aku.
Makin lama pelajaran aku dlm bidang Civil Engineering makin terjejas. Tiap semester, pointer makin menjunam. Bukannya aku tak usaha, tapi setiap apa yg aku buat mesti gagal. Aku banyak kali minta maaf dkt Mak sbb aku dpt keputusan yg teruk, tapi Mak kata ‘tak apa, mungkin rezeki N bkn dkt sini. Allah nak suruh N sentiasa jadi malaikat Mak kot, teman Mak kesana sini.’
Akhirnya, pada bulan 9 2018, aku decide utk berhenti belajar. Aku terpaksa berkorban cita-cita aku daripada kecik utk Mak & adik-adik. So, apa yg aku tgh buat sekarang? Alhamdulillah, aku & Mak dapat kerja baru dengan kawan Mak dalam bidang perniagaan. InsyaAllah jika ada rezeki, aku nak sambung balik diploma dan capai cita-cita aku sebagai engineer.
Macam mana pulak hubungan aku dgn keluarga tiri aku? So far so good. Aku bersyukur sebab Mak tiri aku ni baik & penyayang. Malah, ketika aku tengah tulis artikel ni, aku berada di rumah Mak tiri aku, melawat adik tiri aku yg bongsu. Haha, adik tiri aku yg bongsu ni memang comel & manja dengan aku. Nama dia pun hampir sama dgn nama aku.
So, daripada apa yg aku lihat, sedikit-sebanyak media sosial telah menghancurkan keluarga aku. Pendapat aku, teknologi merapatkan orang yg jauh, tapi menjauhkan orang yg rapat.
Dan daripada kisah aku ni, banyak benda yg aku belajar dan banyak benda jugak yg dah mengubah hidup aku. Aku dah jadi semakin matang dalam membuat keputusan, dan amatlah berhati-hati mengenai cinta. Yup, disebabkan kisah yg aku alami, aku sangatlah takut untuk bercinta dgn mana-mana perempuan. Walaupun ada beberapa perempuan yg cuba utk rapat dgn aku, tapi bila kenang balik, aku tolak dgn cara baik. Aku nak bahagiakan diri, Mak & adik-adik dulu.
Nasihat aku utk org-org yg alami masalah yg sama/lebih kurang dgn aku, stay strong. Kau akan terduduk bila kena, tapi percayalah, kau boleh hadapi semua ni. Carilah sumber perjuangan kau (Allah, keluarga, kawan-kawan, org yg kau sayang). Dan ingat, bunuh diri bukanlah jalan penyelesaian. Mungkin kau bebas daripada masalah ni, tapi kau akan timbulkan masalah yg baru utk orang yg kau sayang & orang yg sayangkan kau.
Untuk adik-adik aku, teruskan belajar & buat Mak bangga. Biarlah aku je yg berkorban, tak perlulah korang buat perkara yg sama. Aku mintak maaf kalau aku terlalu garang dgn korang, tapi aku buat tu semua utk kebaikan korang. Harap-harap bila besar nanti, kita dapat bina rumah yg besar utk Mak, buat umrah/haji sama-sama & buat Mak bahagia.
Untuk Abah, N dah lama maafkan Abah. Cuma maafkan N, tapi N tak mampu nak hormat Abah macam dulu lagi. Hati N terlalu luka sebab dulu Abah la idola N di dunia & di akhirat. Tapi sekarang, N cuma lihat Abah hanya insan biasa, bukanlah seperti apa yg N sanjung dahulu. Maafkan N.
Untuk Mak, N mintak maaf sebab tulisan yg lepas buat Mak menangis. Tapi lepas tu Mak senyum, Mak cakap terima kasih. Mak, ketahuilah bahawa N cuma ada satu permintaan je daripada Mak; iaitu doa. Sentiasa doakan N & adik-adik berjaya dunia akhirat. Kerana sesungguhnya tiada ucapan yg lebih indah selain daripada doa, dan doa-doa orang teranaiya adalah doa yg mudah termakbul.
InsyaaAllah, semoga kita sekeluarga dapat tinggal bersama-sama di syurga kelak dan dapat berjumpa dgn anak syurga Mak (Mak keguguran pada awal tahun 2014). Maafkan N sebab hanya berani luahkan segala perasaan N dekat sini, sebab N segan nak ckp semuanya depan Mak. Sayang Mak ketat-ketat.
– N
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit