Ambil Iktibar Daripada Confession

Assalamualaikum wbt. Hai readers. Nama aku Nat. Aku pembaca IIUM Confession. Aku suka baca luahan & cerita dalam IIUM Confession ni, sebab banyak pengajaran yang boleh dijadikan iktibar, panduan & mana-mana yang negative tu, boleh aku tanamkan dalam otak & fikiran aku supaya aku tak buat hal-hal yang tak baik.

Alhamdulillah banyak komen-komen positif dari pembaca. Seronok sebenarnya baca komen-komen lagi-lagi komen yang sangat-sangat membina & terkesan dalam hati. Walaupun kita semua saling tak mengenali (mungkin ada yang kenal satu sama lain tapi kebanyakannya adalah stangers), tapi the way you guys bagi komen, Ya Allah terharunya macam dah lama kenal. Sangat warm, supportive.

Tapi tak kurang jugak komen-komen yang tak berapa OK tu. Kadang aku pun pelik, orang-orang yang komen negative ni kan, memang tujuan baca confession ni semua sekadar untuk cari kesalahan si confessor je ke? Lepas tu bash dalam komen. Sebab apa aku cakap macam ni, sebab banyak jugak la confession yang aku baca tu, confessor sekadar meluah sebab dah takde tempat lain untuk dia luahkan. Ada yang confessor cerita & cuma minta idea untuk masalah dia. Tapi yang readers Nampak part-part yang buruk je.

Contohnya – Confessor luah yang mak dia pinggirkan dia, lebihkan adik beradik yang lain walaupun dah macam-macam dia buat untuk ambik hati mak dia. Dia sedih dilayan macam tu. Tup-tup readers komen “Berdosa aibkan mak”, “kalau kau anak yang baik kau takkan burukkan mak kau dalam ni”, “Nampak confessor ni lebih banyak nak cerita kebaikan dia je, takkan takde buat jahat langsung”, “sengaja nak cerita yang dia rajin la tu, masak, buat kerja rumah, bantu mak dia, bagi duit”. Sedangkan dia sekadar nak meluah. Eh korang kalau luah dengan kawan-kawan pun mestilah korang akan cerita jugak apa yang korang dah cuba buat kan? Takkan la masuk-masuk cerita je terus nak cerita mak bandingkan dia dengan adik beradik lain, full stop. Dah nanti readers juga bising kat komen Tanya “Kau tak buat apa-apa ke nak ambil hati mak kau tu, kau anak, beralah la sikit”.

Part isteri luah perasaan bila dilayan macam maid masa duduk dengan mak mertua – Natijahnya readers salahkan dia pulak “Dah basi cerita kau ni, ni masalah turun temurun. Sendiri cari penyakit duduk dengan mak mertua buat apa, rasakanlah”. Amboi amboi sedap sungguh bahasa. Macam kita tahu pulak kan masalah dia sampai dia terpaksa duduk dengan mertua? Kita pun tak tahu, tak perlu judge. Bagi komen positif, yang membina berdasarkan cerita dia je sudahlah.

Si confessor luah & cerita pengalaman dia sebagai mak tiri, ada pulak yang pertikai “Kau tak ikhlas”, “Kau sendiri label diri tiri, Nampak sangat kau pun bezakan anak tiri dengan anak kau nanti”. Paling aku rasa tak harmoni, ada yang komen bagi andaian anak dalam kandungan confessor tu mati sebab confessor tak layak jadi mak. Allahu. Dia bagitau perasaan dia bila dipandang serong & difitnah hanya sebab dia berstatus mak tiri. Bukan dia bagitahu dia tak suka anak tiri dia sampai label dia tak layak jadi mak. Lagipun point dia cuma nak masyarakat sedar kewujudan mak-mak tiri ni pun ada manfaatnya kalau kita semua tak berfikiran sempit sangat & tak pandang serong kat mak tiri. Of course la dia guna perkataan mak tiri, supaya readers boleh faham dia tu siapa & anak-anak tu siapa. Mungkin bukan niat dia pun nak anggap anak tu anak tiri.

Yang komen negative ni kebanyakannya lari dari point sebenar yang confessor nak sampaikan. Korang kalau kerja nak kecam je baik pegi baca luahan kat KRT. Ha situ memang dah biasa kecam mengecam. IIUM Confession ni platform yang bagus untuk strangers saling sokong menyokong. Yang berpengalaman melalui situasi yang sama, boleh berkongsi kisah, boleh berkongsi cara untuk handle certain problem, boleh bagi kata-kata semangat macam-mana nak hadapi situasi-situasi tegang tertentu. Ha macam tu lah kita sesame muslim sesame saudara. Yang mana tak pernah lalui, yang selama ni hidup Allah aturkan selesa & mudah, sekurang-kurangnya boleh bukak mata & sedar “Ya Allah ramai lagi orang yang diuji & diduga lebih dari aku rupanya”.

Macam aku sendiri, bila aku baca luahan mak tiri, aku selalu pesan pada diri aku janganlah sampai aku jadi mak kandung yang tak guna. Bila aku baca kisah mak bandingkan anak, aku pesan kat diri aku nanti bila aku ada anak ramai janganlah aku sampai berlebih-lebih sayangkan sesetengah & yang lain kurang. Aku baca bab mak yang minta duit anak sebagai balasan membesarkan anak, aku pesan kat diri aku janganlah aku jadi mak yang akan menyusahkan anak aku nanti. Janganlah aku pertikaikan & ungkit tanggungjawab yang dah aku buat sebagai ibu. Janganlah aku asyik nampak pengorbanan aku & pentingkan diri aku je. Dapat baca cerita pasal rumahtangga, aku ambil iktibar supaya aku ikhlas dengan tugas aku sebagai isteri, atau aku ingatkan diri aku supayan jadi isteri taat.

Eh banyaklah pengajaran boleh kita ambik dari confession ni semua berbanding kita tengok part negative, end up kita kecam dia. Kang ada lah yang cakap “Habis takkan semua yang confessor buat nak puji je, semua betul je. Ada yang tak betul kena tegur”. Ha la, tak salah tegur. Tegurlah dengan berhemah. Orang yang tengah serabut, tengah stress, tengah tertekan, tengah sedih cuma perlukan kata-kata yang boleh membangkitkan semangat dia je.

Yang salah, tegur cara baik dan nasihatkan. Yang betul, bagi credit, bagi pujian. Kau pun kalau tengah down cerita sedih kat kawan, sekali kawan kau hiburkan hati kau, bagi jenaka sikit ke, dah boleh senyum kan? Apa salahnya kita buat benda yang sama kat sini. Aku pun ada masa ada fikiran yang negative kat sesetengah confession, tapi tahan tangan, jangan komen. Mulut je la komen itu ini. Kalau kita tulis, confessor baca, terguris hati dia. Orang lain pun baca sama. Ambik, orang lain pulak judge kita. Suka?

Harap lepas ni kita boleh Nampak lebih banyak komen-komen yang murni InsyaaAllah.

– Nat

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *