Assalamualaikum. Aku Lina, 26 tahun. Degree student. Pointer suam-suam. Lepas habis belajar, aku cuba cari kerja tapi gagal. Dengan tak ada duitnya, dengan berbekalkan motorsikal kapcai, aku gigihkan usaha. Akhirnya, dalam masa 3 bulan, aku diterima bekerja sebagai kerani, gaji RM900 sebulan.
Aku ni pekerja jenis yang tak banyak melawan, ikutkan sahaja kehendak majikan. Sebab tu lah boss aku marah aku ikut sukahati dia bila dia stress. Dari kerjaya sbg kerani merangkap PA boss, aku belajar cara guna mesin fotostat, printer, scanner, binding, laminate machine, taip segala jenis format surat. Aku belajar cara buat filing, buat kopi untuk boss, pergi bank, deposit cek etc.,. Pendek kata memang kerja tak sebanding degree aku.
Tapi aku sabar. Aku belajar masa buat filing, aku buka file dan study cara penyediaan dokumen. Aku dulu masa study mmg kuat ponteng. Tapi, bila dah kerja, aku datang awal, tak pernah bagi alasan “Lambat sebab hari hujan” . Bila boss tak ada, kerja tak ada. Aku pergi meja-meja staff lain. Tanya itu ini. Belajar itu ini. Sebab, boss aku ni dia suka tanya benda aku tak tahu dlm semua sekyen di company. So, kena prepare awal sblm ditanya.
Dari kerja di company, aku banyak kenal orang dari macam-macam company. Dari yang kerja cleaner sampailah boss besar. Semua kenal aku sebagai PA boss. Iya lah, aku lah PA, akulah kerani, akul lah ofis girl hantar surat. Maybe, sbb sikap aku yang banyak cakap so byklah kenalan. Lepas 6 bulan kerja, boss bagi kepercayaan untuk aku sediakan dokumen penting. Cara dia ajar mmg suka maki. Aku siap buat nota kecik so that aku tak buat silap. Cukup setahun kerja, aku cuba cari kerja kosong. Aku hantar puluhan resume.
Akhirnya, aku dapat offer dari dua company untuk naik sebagai Executive. Aku minta gaji sebanyak RM2,000. Tapi, dua-dua company cuba negotiate untuk bagi hanya RM1,500-RM1,800. Aku minta masa untuk berfikir selama dua hari. Tiba-tiba, salah satu company tu call kata boss setuju offer RM2,300 dan elaun-elaun yang berkaitan, sebab dia kenal aku.. dia tahu cara aku bekerja. Terkejuttt berukkkk aku masa tu.
Esoknya, terus jumpa boss nak resign. Boss cuba negotiate untuk tahan aku dr resign tapi aku tetap tak nak. Last ayat boss sebelum aku keluar “U can come and work here again, anytime, if u want” Perghhhh, seronoknya perasaan aku ms tu, walaupun tu bukan pujian tapi bagi aku tu satu penghargaan bear. Iya lah, boss mana pernah puji aku. 24 jam marah-marah, tapi aku faham sebenarnya dia ajar aku untuk kerja dengan cepat dan minimal mistakes.
Maka, bermulalah kerjaya aku di company baru, suasana yang lebih mesra alam. Tapi, cabaran baru pula aku kena hadap. Kerenah staff. Aku dilantik sebagai HR Executive di situ. Menjawat jawatan besar mcm tu di usia muda mmg susah. Banyak yang akan pandang rendah dgn kredibiliti kita. Tapi, jodoh aku tak lama di situ, aku dapat offer bekerja sebagai Pegawai di Government Sector. Aku bersyukur sebab dapat capai macam-macam target di usia yang muda.
Tips aku untuk graduan,
1. Cari platform kerjaya. Cuba plan perjalanan kerjaya untuk mula dari mana dan target ke mana. Mula dari bawah bermaksud, dalam perkembangan kerjaya tu, cari tempat kerja pertama untuk dijadikan batu loncatan ke kerjaya seterusnya.
2. Be proactive. Banyakkan bertanya kalau nak belajar dengan cepat sebab masa study dan masa kerja tak sama. Jangan tunggu orang suap.
3. Build connections. Bukan kabel ya. Lagi banyak kita bergaul, lebih banyak peluang untuk kita dapat kerja. Be nice to everyone. Contohnya, si A dan si B dua-dua 4flat pointer. Ada staff dlm company kenal cara kerja si B, jadi dia disyorkan untuk dapat jawatan tu.
4. Update resume. Make it simple. Tak payah fancy sangat. Aku kalau baca resume ms jd HR Exec dlu, aku sll fokus bahagian KEMAHIRAN, pengalaman dan apa subjek-subjek yang dia belajar. Review expected salary yang korang minta, sama ada bersesuaian dengan market demand ke tak.
5. Jaga attitude. Jaga tutur kata. If u are a degree student, act like one. Sy pernah diarahkan untuk buang staff A kerja oleh boss sebab attitude. Dia rs dia budak degree, dia boleh nak perlekehkan staff-staff lain. Sy pernah tgk boss reject application si B, sebab tak berkenan dengan sikap dia dekat luar.
6. Be punctual, punctual and punctual. Appearance pun kena jaga. Tak payah pakai barang branded, cukuplah kemas.
7. Never say NO to your boss. Bila diarahkan untuk buat kerja, buat lah. Jangan mengeluh. Kalau kena marah, banyakkan bersabar. Kalau rs mmg kita tak salah, explain dgn boss. Kalau rs stress sangat dgn bebanan tugas, buatlah setakat yang mampu dan sebaik mungkin. Aku ni walau marah mcm mana dengan boss, kadang2 aku kesian tgk boss mcm tak ada lifeee. Kdg2 aku volunteer utk ganti kerja boss so that boss blh cuti dgn aman. Adakah itu membodek namanya? Bagi aku tak.
8. Berserah pada Allah dan banyakkan bersedekah.
– LINA
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Dalam dunia fiksyen aku, gaji kerani ialah RM5000. Kalau gaji minimum lepasan diploma ialah 5000 USD dan lepasan degree 10000 USD. Both kerajaan dan swasta dan tak kira kerja apa pon