Assalammualaikum. Aku ni bukan lah orang kaya. Berniaga online. Ada pasang surutnya.. Kami suami isteri fokus pada bisnes ni je. Nak beli sesuatu barang secara cash gedebuk tu jangan mimpi lah… mana nak cekau… siapa yang bisnes online je faham..
Aku nak sangat beli perabot. Al maklumlah rumah takde apa kan.. kosong. Tidur pon atas tilam.. first sekali kitorang survey dulu kat mana nak beli perabot yang 0% dan berbaloi.. sana sini dan macam2 aduan.. last sekali kitorang pilih CHAN. 0% interest dan perabot berkualiti. Beli secara ansuran.. alhamdulillah senang lulus.
Lalu bertambahlah hutang.. sebulan komitmen almost 2k. Rumah, kereta, perabot, dan keperluan. Mesin basuh beli cash tu pun yang half manual punya. Jenis aku beli ikot kemampuan.. perabot pon beli untuk keselesaan family yang datang. Rm179 sebulan.. tak mampu nak beli lagi mahal.. beli ikot kemampuan..
Bayangkan, kerja online suami isteri, pernah je langsung tak masuk order.. pernah! Tapi alhamdulillah kereta, rumah, bil dan hutang konsisten bayar sebelum 10 haribulan. Nak bermewah? Beli baju berjenama, handbag? Jarang sangat. Beli je tipulah tak beli tapi IKOT KEMAMPUAN.
Meh nak share tips macammana nak mudah bayar hutang dan kewangan sentiasa teratur. Sebab kami suami isteri selalu dipandang jelek tau hina bila orang yang tahu bisnes kirorang. Siap dapat soalan “boleh ke hidup buat bisnes tu?”. Sambil senyum mengejek. Kitorang senyum je. Boleh tak boleh, setiap hujung bulan boleh la simpan 1k dalam tabung haji, belanja family… janji jangan membazir konsep dia.
1. Solat sentiasa cukup.
-Solat tiang agama. Yang ni wajib cukupkan. Kalau tak cukup qada. Sebab ni lah punca rezeki yang paling utama.
2. Beli whiteboard
-Whiteboard ni letak tempat yang korang selalu nampak. Aku letak depan tilam. Celik mata nampak whiteboard. Korang tulis apa yang korang nak. Doa, atau apa sahaja. Contoh, Ya Allah bantu aku supaya dapat bayar bil, sewa, kereta dan hutang sebelum 10 haribulan etc. Tulis apa sahaja. Dan setiap hari doa sebiji2 macam yang korang tulis. IN SYAA ALLAH, Allah akan bagi sebiji macam korang tulis. Dah 4 bulan aku praktik, Alhamdulillah.. Allah Maha Kaya.
3. Amalkan zikir INNA ZA LA RIZKUNA MIN NAFAD.
-Baca 33 kali setiap kali lepas solat!
4. Baca surah al-waqiah setiap hari.
-Cari waktu.. surah yang paling magik sekali. Aku sendiri pernah takde order masuk, terus baca 2 kali surah tu… order masuk sampai kena tolak sebab tak sempat nak delivery. Allah Maha Mendengar.
5. Solat Dhuha 4 rakaat.
-Yang ni pon best jugak kesan dia. Makin korang buat, makin senang korang nak dapat apa yang korang tulis atas whiteboard.
6. Jangan kedekut dengan parents
-Yang ni PALING UTAMA! Pernah tak korang ada rm10 je dalam purse then ayah nak minta nak makan sesuatu? Sanggup tak keluarkan duit simpanan? Keluarkan demi mak ayah! Sebab apa? Rezeki yang korang akan dapat lepas tu MasyaAllah! Korang takkan jangka! Dulu aku pernah je merungut duit tak cukup apa semua. Tapi sekarang bila tak de order, lagi la kerap aku akan tanya, mak ayah nak makan pape tak? Nak beli pape tak? Keluarkan duit tabung haji yang ciput tu.. belikan, dan percaya balasan Allah sangat2 tak dijangka. Doa mak ayah yang paling utama! Jangan malu untuk minta diorang doakan. Dan JANGAN KEDEKUT dengan parents.
7. Jangan boros
-Beli ikot keperluan bukan kehendak. Tapi kalau untung dah berlebih, boleh je demi kepuasan sendiri tapi still ukur baju dibadan sendiri..
Semoga tips dari aku dapat membantu korang especially yang berniaga. Sesuatu yang bagus kita kena share. Dulu aku sendiri tak percaya tapi bila buat, kesan dia buat aku tersenyum. Sesusah mana pon, Allah tetap cukupkan
– Suka beli ansuran
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit