Adik Ipar Yang Menumpang

Assalamualaikum semua. Aku nak confess sikit tentang pengalaman pahit menumpangkan adik ipar di rumah sendiri. Kisah 4 tahun lalu tapi ibarat luka lama berdarah kembali. Suami aku waktu itu kerja di negeri lain. Aku ditinggal bersama 2 anak kecil. Dugaan berpisah sangat hebat lebih-lebih lagi waktu anak sakit.

Adik ipar dapat kerja di bandar tempat aku tinggal. Dia single, asal dari negeri lain. Ibu mertua aku call minta izin adik ipar tinggal bersama aku. Pelik juga sebab tempat dia bekerja agak jauh dari rumah aku. Walaupun berat, tapi terpaksalah aku terima. Dan mungkin itu awal kesalahan aku.

Adik ipar bawak banyak masalah dalam rumah. Dia fitnah aku kepada suami aku tak layan bila dia cerita adik ipar yang satu lagi datang ke bandar yang sama (bukan datang ke rumah aku pun), sikapnya yang pengotor, bilik berhabuk dan bau kempam, keluar bersama boyfriend dan bawak sepupu datang dan suruh pembantu rumah aku basuh baju sepupu tu (dan baju dia sekali). Menyumbang apa-apa dalam rumah memang jauh sekali. Makanan bawak masuk dalam bilik. Kalau weekend duduk depan TV dari pagi sampai petang siap record program TV di astro lagi.

Pendek kata, aku ni dah jadi tak selesa di rumah sendiri. Akhirnya aku ‘meletup’. Aku beri kata dua pada suami. Sama ada aku atau dia yang keluar dari rumah. Akhirnya dia keluar dan cari bilik sewa (boleh pun). Suami marah pada aku, dan sebelahi adik dia.

Bila keluar, adik ipar aku ni mengumpat aku pada rakan sepejabat dia. Nak dijadikan cerita, orang tu pulak kenal adik aku. Maka disampaikan apa yang dia kata. Bila aku cerita pada suami, dia tak berani nak tegur adik dia- takut terputus silaturrahim. Aku agak jengkel sebab dia ‘play victim’ di sini.

Setelah beberapa tahun, adik ipar aku ni dah bersuami. Baru-baru ni dia cakap nak letak barang-barang dia di rumah yang aku baru beli dengan alasan akan pindah ke rumah baru selepas cuti bersalin. Memang suami aku ada menyumbang tetapi kebanyakan duit dari wang simpanan aku. Suami aku ada kedai dan tingkat atas dah pun kosong. Kenapa tak letak di situ? Dan rumah suami dia pun ada. Bukan tanggungjawab suami aku untuk uruskan dia.

Aku menolak kerana aku faham benar dengan tingkah dia. Aku takut lepas cuti dia nak tinggal di rumah tu pula memandangkan aku belum berpindah. Nanti bila aku tak izinkan aku lagi yang jahat. Masalahnya rumah tu dari titik jerih aku. Suami marah- dia kata sebahagian dari rumah tu dia ada hak.

Akhirnya, sebagai usaha untuk membuat aku setuju, suami aku akhirnya buka mulut pada dia bahawa aku tahu apa yang dia katakan dengan rakan sepejabat dia. Sebab itu salah satu alasan aku beri kenapa aku taknak dia letak barang-barang dia di situ-dulu aku tolong, macam-macam yang aku terima. Dengan berat, dia mintak maaf melalui Whatsapp. Aku balas aku rasa sebaiknya kita uruskan kehidupan masing-masing.

Hubungan aku dan suami masih belum kembali normal. Dah dua malam suami tidur bersama anak. Mungkin untuk menghukum aku. Dan password handphone pun ditukar- kalau dulu tiada rahsia. Mungkin ada benda-benda yang dia tak mahu aku baca.

Malam ini, aku baca post seorang ustaz tentang duduk sebumbung dengan ipar harus dielakkan jika mendatangkan masalah pada isteri. Rasa lega sikit ini walaupun hati ini agak terluka sebab suami tidak meletakkan keadilan pada tempatnya.

Kepada semua yang bergelar adik ipar, jadilah orang yang berdikari bila dah ada duit sendiri. Dalam hal adik ipar ni, dia bukan takde duit dan jarak antara rumah aku dgn tempat kerja dia pun jauh. Jangan mencampuri urusan rumahtangga adik-beradik yang lain. Jangan mengganggu privacy orang lain dan jangan menjadi anjing yang menggigit tangan orang yang telah membantunya.

– Putri

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *