Assalamualaikum semua.. Nama aku Hisyam. Asal Melaka. Sebenarnya tiada apa yang menarik sangat pun aku nak confess tapi saja nak share. Sorry kalau cerita aku membosankan.. Aku anak bongsu dari 4 beradik. Parents aku meninggal masa umur aku 5 tahun sebab accident. Lepas parents aku meninggal, kami 4 beradik duduk dengan mak saudara aku dekat Kuala Terengganu sampai lah kitaorang semua dah masuk sekolah menengah dan masing² duduk asrama.
Abis sekolah, aku smbung study ambik kos engineering dan habis study umur 22. Seterusnya bekerja kat sebuah hotel di KL sebagai technician cabuk je time tu. Dalam stgh tahun aku kerja kat situ,adalah aku minat kat seorang perempuan ni. Suria namanya. Orangnya memang agak cun la n kalau orang tengok memang tak padan langsung la dgn aku yang muka cam jambatan tak berapa nak siap ni.. haha.. Dia department sales n marketing. Rupanya aku tak bertepuk sebelah tangan sebab cinta aku disambut jugak time tu. Aku ni sebenarnya seorang lelaki pemalu kalau nak tahu n bab² mengorat mmg tak reti lah. So, dipendekkan cerita kitaorang bertunang setelah 3 tahun berkawan.
Lepas 3 tahun aku kerja dkt hotel tu, aku dapat offer yg lagi baik. Aku resign. Rezeki aku dpt kerja dkt pelantar minyak. Bila Suria dapat tahu dia tak bg la pergi n suruh aku stay kerja kt hotel tu. Aku nekad nak pergi sebab nk upgrade kan kerja aku n nk kumpul duit nak kawen. Aku tak nak bertunang lama² sebab dugaan bertunang ni korang tahu la kan. Lama aku pujuk Suria n last² dia ok je lah. Dalam tempoh aku berjauhan dengan Suria, tak pernah sekali pun aku miss contact dia. Even kadang aku bz dengan kerja aku, aku still akn luangkan masa. Tapi ada masa aku bz tak de la dpt contact dia 24jam.. kdg line kt laut ni tak mengizinkan jugak.
Enam bulan lepas tu, Suria pm aku minta clash. Aku tanya kenapa? Alasan dia time tu “awak terlalu baik untuk saya, saya tak layak untuk awak”.. ala alasan biasa yg orang selalu pakai bila nk mintak putus kan.. Aku masa tu try la pujuk dia jugak. Call, pm semua mmg langsung dia tak endah.. Last² aku give up n biarkan. Tup² sebln lps tu, aku dpt tahu dia kawen dgn org lain. Aku sempat la stalk pic² kawen diorang. Aku tak kenal pun mamat tu tp mmg handsome la kalau nk compare dgn aku ni.. mamat tu ada bisnes sendiri n orang have have jugak la melalui penyiasatan aku di fb.. patut la dh tak nak aku..
Time ni mmg aku rasa nak termuntah hijau bila teringat balik typical ayt yg Suria bg dulu sbb nk clash “awak terlalu baik utk saya.. bla.. bla..” aku bercinta dgn kau bagai nak rak, last² senang je kau kawen dgn orang lain kan. Aku ni punya lah siang malam kerja bagai nak mati sebab nak kumpul duit nak halal kan kau.. ini yg aku dapat?Aku faham dia dah tak boleh tunggu aku la tu.. memang tiada jodoh n aku jaga jodoh orang. Tipulah kalau ckp aku tak frust kan, sampai aku nk buat kerja pun takde semangat sbb dah syg sgt kan. Sebab tula kita ni kalau nk syg org, jgn berlebihan.. syglah Tuhan dulu melebihi segalanya.. manusia akan tinggalkan kita tp Tuhan tak akn sesekali tinggalkn kita.. so aku move on..
Aku jalani hidup aku sendirian. Sampai sekarang aku dah 33 tahun.. Kalau aku cuti balik darat, aku memang pergi tengok wayang sorang, makan sorang, beli brg dapur sorang. Lepak dgn member² tu adalah jugak, tp majoriti member² aku dah kawen n ada life sendiri. Kadang cam looser pon ada life aku ni.. Kalau raya memang aku akan kerja sebab kalau balik pun tiada sesiapa dkt rumah pusaka arwah parents aku. Akak² aku semua dah kawen n raya mmg balik rumah mentua la.. Kalau raya memang aku sedih tengok family orang lain baju sedondon meriah.. Aku bukan tak nak balik beraya dengan family mak sedara aku, boleh je balik tp entahlah susah aku nak explain.. siapa yg ada dalam situasi aku je akan faham.
Aku cuma berharap one day Tuhan temukan aku dengan insan yg boleh terima diri aku seadanya. Dan pesananku kepada wanita di luar sana, sekiranya ada seseorang lelaki yg berkerja keras untuk menghalalkanmu.. tolong lah hargai mereka.. Sekian..
– Hisyam
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit