Assalamualaikum.. aku nak share kisah yg nak kata seram tidak, misteri pun tak. Tapi bolehlah dijadikan pengajaran kepada pembaca iiumc semua. Aku bekerja almost 3 tahun kat satu company. Staff tmpt aku keje tak pernah lekat.. paling kejap 3 hari-seminggu. Paling lame 6 bulan. Itu da mcm benchmark. Itu staff sebelum aku masuklah.
Boss aku sangat garang, fussy, strict, sellfish (ini dia sendiri mengaku ms interview aku), genius, selalu berpk ‘out of box’ dan sangat workaholic. Dia tak leh tido kalau ade kerja yg belum siap.. dia akan bangun seawal 4 pagi, type emel dan send kat kami untuk pembahagian kerja atau sound kerja2 yg pending. She can stand in the meeting for 3 hours untuk bebel marahkan kami. Stress wei.. Dept2 lain semua tak sebulu dgn boss aku.
Sampai ke tahap since dia paling awal datang ofis. Aku nampak kete dia kat parking lot je aku da seram. Nak bangun pagi g keje.. memang stress gile. Ada staff kami yg eksiden sebab terbawa2 hal keje waktu drive.. kesiankan.. Oleh kerana itu setiap kali aku nak g keje aku akan bekalkan diri aku dgn fatihah, ayat qursi, 3 Qul, Selawat dan zikir2 dari start aku melangkah keluar rumah sampai melangkah masuk pintu ofis.
Semua tu untuk menenangkan ati aku.. aku baca gak ya latif supaya boss aku lembut ati tak marah2kan.. wlupun hakikatnya still kena marah.. cume aku ni jenis selamba, kekadang terasa jgk tp aku tak amik hati sebab memang betul salah aku hihi.. Kekadang aku acah2 sembur2 kt seat boss aku dpn kwn2.. alaa aku baca Surah Tabbadyada je pun.. Ok tu semua yg aku cite kat atas ni semua baru intro.. alamak macam panjang lagikan cite aku ni.. sorry ye klu da boring.
Kisahnya bermula bila salah sorang staff dr dept aku berhenti.. Icha ni saing2 aku masuk.. means dekat 3 tahun jgk.. mcm aku mention kat atas plg lame 6 bulan tp kami bole tahan dkt 3 tahun.. sebab ape? aku bertahan sbb ade dia. Dia bertahan sebab aku ada. Cuma kalini icha da tak tahan dia surrender sebab da selalu kena hentam dgn boss.
Lupa aku nak cite.. kat dept aku ada lagi satu staff yg lg senior.. dia kekalkan takhtanya da 10 tahun tau kat sini.. Dia ikut je telunjuk boss bile bab keje. lagipun dia kawan lama boss, so buruk baik boss semua dia tahu.. Depan baikla.. belakang kutuk gak boss hahaha.. (standard kot) Nama akak ni Mumtaz (Kak Taj)
Lepas Icha pergi, makanya kami dapatla staff baru (Izra). Lepas sebulan dia kerja.. dia tanya satu soalan kat aku. Betul ke aku ni penah baca-baca? Aku tanpa pikir panjang dengan jujurnya aku mengaku aku baca surah2 zikir2 semua. Tapi aku tak plak tnya dia kenapa dia tny atau dr mane dia tahu? Well, cite tu tak abis di situ.
Beberapa hari lepas tu Izra terus terang cite yg sebenarnya Kak Taj yg cerita psl aku baca2 ayat penunduk kat boss.. aku ada sakalah .. aku menuntut ‘ilmu’ dan macam2 lagi.. Dia cakap staff yg sakit baru2 ni punca dari aku gak. Dia kutuk kata aku pemalas, tak buat keje tapi tak pernah kena marah boss sebab aku da baca ayat penunduk tu. Ya Allah!!! tukan ayat Quran.. Zikir name2 Allah, puji2an pada Allah shj. Aku terkedu.. Kenapa dia tergamak fitnah aku macam tu sekali?
Lepas kejadian tu aku just berlagak biasa. Still tegur Kak Taj. Berbual bergurau mcm takde pape berlaku. Tp tiap kali lepas solat aku mcm termenung sendiri. Sedih. Actually aku tak berapa nak percaya sebab Izra kan baru keje.. Dia da boleh selongkar semua sisi buruk Kak Taj. Boss pn mengiyakan.
Boss ada cakap banyak lagi benda Kak Taj kutuk aku.. badan aku berbaula.. aku pakai baju buruk.. aku selekeh. Langsung takde imej keje corporate. Ye aku sedar, aku ni da rupa cleaner. (ni aku ckp ye bukan kak Taj ckp) Aku ni bukan org ada2 (ok stop.. xyahla cite psl aku)
Boss cakap banyak isu kecik dia akan report kat boss dan cucuk boss supaya terminate aku. Dia banyak tikam belakang aku tanpa aku sedar. Aku pernah dgn bodohnya sign dokumen yg Kak Taj bagi walaupun aku rasa pelik tp aku still sign, then dia potostat byk2 utk jadikan itu bukti kesilapan aku. Tapi boss aku kan genius.. so dia tahu mmg bukan salah aku. Dia tahu muslihat Kak Taj coz dia kata ini bukan pertama kali.. Staff2 sebelum ni berhenti sebenarnya sebab Kak Taj. Dia buat cite pasal mane2 staff sampai boss benci.
Last mangsa Kak Taj ialah Icha. Malangnya dengan aku ‘taktik’tu tak jadi.. Bile Kak Taj nak cite buruk pasal aku.. Boss trus potong “Stop buruk2kan Enny dpn i”. Tu yg buat Kak Taj makin jaki dgn aku. Dia cemburu dgn aku, dia rasa boss sayang aku lebih sedangkan aku tak rapat mane pun dgn boss. Gaji aku tak tinggi manepun. Level kamipun same, dari aku masuk sampai tahun ketiga aku masih kt level tu, bukan trus naik jd manager. Ape yg dia dengki sangat sbnrnya?
Lepas da terbongkar tu.. Kak Taj mengasingkan diri.. Apa yg Kak Taj buat sebelum ni semuanya memantul balik kat dia.. Kuasa Allah kan.. Allah lindungi aku. Kenapa aku kata memantul balik? Apa yg dia cakap kat aku.. pasal saka.. sebenarnya dia yg ada saka. Dia cakap aku amal ilmu penunduk.. Dia yg sebenarnya amik benda2 tu.. dia ada tangkal.. dan dia da anta sumthing kt boss aku utk buatkan org benci kat boss, no wonder dept2 lain xngam dgn boss aku.
Pernah beberapa tahun lepas boss aku mengalami gangguan yg teruk dan berlakunya di office sahaja. Ms memula Kak Taj bawa boss berubat sampai berhabis wang ringgit tp keadaan tak pulihpun. Rupenye itula bomoh Kak Taj.
Sejak Izra datang.. Izra bawa boss berubat kt sorang ustaz.. ustaz tu tak kenakan bayaran.. Ikhlas saje katanya. Dari situla kami tahu sape pelaku sebenarnya. Selama ni dia beriya buat boss benci akukn.. Skang benda tu terbalik… boss da hilang kepercayaan dan mula membenci Kak Taj.. Semua kebaikan Kak Taj selama ni dia tak pandang.
Aku ni macam masih ade rasa kesian tau tengok Kak Taj disisihkan begitu .. Aku still macam antara percaya dgn tidak yg Kak Taj buat semua tu wlupun da terang2an dia backstab aku. Part Kak Taj ada saka tupn aku mcm takleh terima. Kerana saka tulah Kak Taj berperangai mcm ni.. Hasad dengki dgn orang, sanggup memburukkan orang untuk jatuhkan orang tu.. Tapi depan kita Kak Taj baik je. Izra ckp Kak Taj mungkin ade split personality.. Boss plak menambah yang Kak Taj dulu penah meroyan lepas beranak dlu.. So ape kaitannya meroyan dgn main bomoh? Meroyan cume depressi kan..
Kadang2 aku sangsi jgak dgn kenyataan dr Izra dan boss. Sape btul sape salah sbnrnya ni? Mcmane plak kalau Izra reka cite? Izra betul2 menyakinkan aku yg Kak Taj tu jahat. Boss suh aku percaya cakap2 dia sebab dia kenal sangat siapa Kak Taj.. Aduh! Aku buntu deh. Aku hanya mampu memohon perlindungan dari Allah.. Moga Allah bg aku petunjuk.
Aku tutup dulu kisah aku untuk kalini.. Maaf kalau ceritanya tak tersusun. Payah gak nak recall balik sebab ni kejadian yg berlaku tahun lepas. Dalam otak da berebut nak bercerita semuanya haha.. Ape2pun terima kasih kerana memberi aku ruang meluahkannya di sini.
– Enny
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit