Jujur Dengan Diri Sendiri

Assalamualaikum semua. Lepas banyak baca confession kat sini, muncul pulak keinginan aku nak share something untuk korang baca (itupun kalau admin published confession aku ni, haha). Ok kali ni aku nak confess hal yang berlainan sikit dari kebanyakan confession. Yalah biasa yang aku baca selalunya luahan luahan hati mungkin 80- 100% yang aku boleh percaya, luahan tak puas hati dengan family, ipar, gf bf, boss, masalah kerja, gaji tak cukup dan lain lain.

Kali ni aku nak confess pengalaman aku tapi dengan sikit konsep. Iaitu konsep yang aku pegang dalam hidup aku. Konsepnya adalah jujur dengan diri sendiri. Maksud jujur dengan diri sendiri ni adalah kau perlu akui suara hati kau yang kecil tu, sungguhpun takde siapa yang dengar suara hati kau, atleast bila kau akui dengan jujur nanti akan muncul idea untuk bertindak. Hehe susah nak fahamkan.. takpe lepas ni aku bagi contoh.

Konsep yang sama aku gunakan dalam alam pekerjaan. Biasalah dalam pekerjaan ni ada masa stress dan ada masa agak santai, tapi lazimnya kebanyakan orang memang tak suka bekerja mungkin sebab faktor kerja tu sendiri, rakan sekerja dan lain2. Macam aku terus terang memang menyampah dengan supervisor aku, perintah orang bawah serupa penjajah. Jenis tak reti nak fikir susah orang untuk complete kan kerja tu, dalam masa sama dia tak reti nak cari jalan untuk mudahkan kerja orang.

So ni lah salah satu suara hati aku, dalam bekerja aku tak suka kena perintah dan aku tak suka orang atas yang tak reti nak mudahkan kerja orang lain. Nak berlaku jujur dengan hati aku, aku tak suka bekerja dengan orang macam ni, tak kira la dia cina ke tak, hahahah.

Dan lagi satu tempat kerja aku memang banyak push untuk kerja ot, kadang kadang pulak dalam sebulan 3 minggu aku kerja direct tak 1 hari pun dapat cuti. Rasa bengang dah membuak buak. Nak berhenti kerja cari kerja lain leceh pulak. Nak tak nak aku kena pakai konsep jujur dengan diri sendiri ni untuk ajar supervisor macam ni.

Kalau baru masuk kerja tu boleh lagi nak layankan kerenah macam ni, tapi lama2 tak boleh tahan. Kawan kawan kerja aku lain pun dah hangin dengan supervisor macam ni. Haaa, ni lah advantage nya kalau pekerja2 lain pun ada suara hati sama macam aku. Tinggal aku aturkan untuk kumpulkan suara suara2 hati ni untuk hentam ajar balik supervisor serupa penjajah tu, hehe.

So… aku rangka satu plan, aku buat komplot dengan kawan2 lain. Kita tunggu 1 hari bila company received order banyak. Aku dan kawan2 kerja sama2 komplot tak nak datang hari tu. Jadi hari tu pun tiba dan ikut plan memang sorang pun tak datang, kecuali supervisor tu je lah, hahaha.

Bila bos bos besar call kenapa tak datang time order banyak plan aku dan pekerja2 lain juga cakap je lah tak tahan 3 minggu kerja direct, siap ot lagi tambah lagi perangai supervisor macam tu. Alasan ni bila kau bagi sorang2 kat bos memang bos akan anggap kau banyak alasan, tapi bila ramai2 yang bagi alasan sama memang bos akan percaya supervisor buat hal, dan yang lagi bestnya bos sendiri akan pergi basuh supervisor tu. Ternyata tak lama lepas tu memang supervisor tu kena basuh, masa order banyak production tak jalan bos mana tak panas hati ka, hihi.

So, ends up supervisor tu terpaksa la whatsapp sorang2 dari aku sampai semua kawan2 aku yang join misi jujur dengan diri sendiri ni, dia minta maaf apa semua. Aku cuma bagitau kat dia minta maaf saja tak cukup, lepas ni aku nak dia atur schedule aku dan pekerja pekerja lain supaya dalam seminggu atleast ada 1 hari cuti, dan kurangkan ot. Sebab suara hati aku juga aku taknak habiskan masa hidup aku dengan kerja, kerja dan kerja. Dan aku pasti tu suara hati kebanyakan pekerja2, cuma tak ramai yang berani nak minta macam tu dekat bos. So supervisor ni pandai2 la cakap dengan bos soal schedule yang aku syaratkan tu. Pasal dia yang atur schedule.

Dari konsep jujur dengan diri sendiri ni juga lah aku belajar untuk lebih menghormati diri sendiri dan jangan biar orang lain tindas kita. Aku pernah baca salah satu confession yang kononnya dia dah usaha habis dalam team kerja tapi tak dapat promotion, sebaliknya orang lain yang agak kaki ular, tak perform pulak dapat promotion. Advice aku kalau jadi macam ni berhenti lah usaha keras, ambil masa untuk jujur dan hormat diri sendiri. Boleh lah pakai konsep ni dan cuba pulak nisbah 10 : 1. Apa tu? Nisbah 10 : 1 ni maksudnya dalam 10 kali taat, dedikasi dan tanggungjawab, perlu 1 kali melawan, memberontak dan kurang ajar. Sebab dalam 1 tu akan kebanyakan diingat dan dalam 1 tu juga akan menghantuk ketidak adilan.

Akhir cerita memang aku dan kawan2 kerja dapat bekerja ikut syarat schedule yang aku tetapkan, dan supervisor tu pun nampaknya lebih berhati2 dan ada pertimbangan bilamana dia nak keluarkan perintah, hehe. Aku happy dengan konsep ni, secara tak langsung dengan konsep ni juga kita boleh jadi boss sekalipun kita kuli, hahahaha.

Sekian dari aku.

– Ali

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *