Dilema Kakak Pemalas

Assalamualaikum semua. Saya harap cerita saya jadi ikhtibar untuk anda berubah. Tolong jangan bersikap selfish.. Saya seorang anak ketiga. Kakak sulung saya dah graduate. Sekarang masih belum dapat kerja, dia cakap course dia susah nak cari kerja. And siap salahkan ibu saya sbb suggestkan course tu. Saya cakap kenapa awal2 dulu tak google tentang course tu. Boleh pulak dia cakap sbb dulu guna telefon biasa yang selalu hang. Hello, telefon tu boleh je engkau buat main wasap, fb instagram. Tapi tak boleh google? And laptop pun ada. Btw, dia memang panas baran and suka mengarah dan malas… Dua bulan ni saya cuti sem dan dia pun duduk rumah jugak.

Masalahnya dia selalu bangun lambat. Pukul 12, 1 tengahari. Kadang pukul 2 baru keluar bilik. Walaupun dia cakap dia bangun awal, dia tak keluar bilik untuk tolong buat kerja rumah. Saya macam orang gila, bangun pagi2, masak. Layan abah saya yang suka mengarah jugak. ibu saya kerja dan setiap malam atau setiap pagi memang saya akan gosokkan baju dia. Saya letih. Semua kerja saya buat, sidai baju, basuh baju kemas rumah bagi makan ayam itik. Saya tak marah ibu saya. Saya faham dia penat sebab dialah satu2nya yang cari nafkah. Nanti lain kali saya cerita pasal abah saya. Hmm.

Abah saya kawin dua and panas baran juga. Saya ingat daya hanya stress bila dia ada, rupanya saya tetap stress walau dia balik rumah ibu tiri saya. Haha. Saya selalu menangis. Buat kerja sambil menangis. And saya tak suka bila saya terluah atau terlepas kemarahan saya kat ibu. I’m sorry..

Kakak saya hanya main game. yes main game. Sampaikan adik lelaki saya pun selalu tegur dia. Cakap dia ni tahu tido, bangun main game dan makan je. Ibu saya pun tegur dia. Tapi tak makan saman lah. Yang paling saya geram, abah saya pun memang tak panggil dia untuk buat kerja. Memang abah akan panggil saya untuk buat kerja. And kakak saya akan bagitahu saya ni anak kesayangan. Anak kesayangan atau hamba kesayangan?

Saya memang dari pagi akan buat kerja. Tak boleh tido nanti abah saya marah. Pukul 7-8 abah saya makan, pukul 10 makan, tengahari dan petang. Ambilkan air pun tugas saya. Dia hanya tengok tv dan membebel. Sedihkan saya. Saya nak mandi pun tak sempat tau. Ada sekali tu lepas zuhur saya nak mandi. Saya pesan kat kakak saya, nanti kalau abah panggil, tolong hidangkan nasi. Then, saya siap mandi abah saya panggil. Bingo! Kakak saya tido balik. Ya Allah. Masalahnya dia separuh sedar. Saya tak sempat pakai baju, saya suruh la dia pergi hidang. Dia marah saya. Dia suruh saya pergi. Abah saya dah marah2. Saya cepat2 pakai baju. Keluar hidangkan. Btw abah saya kena minor stroke dalam 3 minggu (tangan dan kaki kanan je. mulut aktif). But sekarang dah boleh jalan.

And hari ini hari minggu. Saya dengan ibu saya masak kat dapur. Dia hanya baring atas kerusi sambil main game. Air kopi dia pun dia suruh adik lelaki saya buatkan. Hmm. Saya jadi kurang bercakap dengan dia. Actually ada masa kami rapat, main game sama2. Tapi lama2 saya jadi jauh hati. Saya jadi marah dan saya lepaskan dengan cara tak layan sangat dia. oh btw, hutang ptptn dia 20k pun of course ibu saya yang kena bayar.

Saya nak marah sebab dia tak ada usaha untuk bayar. At least cari la kerja part time. Haritu sebelum graduate dia kerja 7e. Masalahnya, saya tak tahu dia buat belanja apa. Sewa bilik dia pun ibu saya bayarkan. Apatah lagi duit untuk bagi ibu saya. Ibu saya pun takut nak tegur dia. Dulu masa saya kerja part time masa cuti sem. Gaji saya hanya 650. Tapi saya boleh bagi ibu saya dan bayar yuran kolej dan sewa bilik.

Saya yang carikan kerja untuk dia sekarang. Mana usaha dia? saya bagitahu kerja ini, dia komen itu ini. Hmm. Then siap tanya saya, saya tak nak bukak tadika ke nanti. sebab dia nak kerja kat situ.. Ya Allah, saya dengan ibu saya memang bercita2 nak bukak tadika. Tapi 3 tahun lagi, sebab saya nak cari pengalaman dulu. Haih..

Then, dia selalu cakap nak beli kucing la, beli itu beli ini. And saya setiap kali dengar dia cakap nak beli itu ini, saya yang tolong fikirkan dia tentang hutang ptptn dia. Adoi.. Okay one more, dia suka komplen saya kenapa saya masak macam ini macam itu. Stress saya. Cukup cantik dia hanya makan sahaja. Tapi kenapa nak komen. Bersyukur ajelah. Makin stress saya bila dia komen2.

Tapi apa pun, saya salute ibuw yang bekerja sebagai suri rumah. saya faham stress tu tahap mana. Kalau saya tak masak, abah atau adik2 saya nak makan apa kan. So, macam tu la ibu2 di luar sana stress kan? Saya dan ibu saya pun salute ibu tiri saya. Sebab dari dulu jadi suri rumah dan bertahan dengan abah saya yang panas baran. Btw ibu saya isteri kedua. Ibu saya pun selalu stress bila hanya tinggal berdua dengan abah saya. Dia kerja tambah kena buat kerja rumah dan masak. Sebabtu setiap kali saya balik saya akan tolong dia..

Tolong. Kepada sesiapa yang baca ini. Jangan biarkan ahli keluarga anda buat kerja sorang2. Saya boleh jadi gila tau. Dua bulan cuti dua bulan lah saya duduk kat rumah dalam keadaan macam ni. Setiap tahun.. Setiap kali duduk rumah.. Saya memang tak suka duduk rumah tapi saya cuma fikirkan ibu saya.. Kadang2 perangai seseorang berubah disebabkan oleh cara dia dilayan. Cuba lah hargai saya hargai orang yang dah bersusah payah untuk kita. Jangan hanya kritik.. Doakan saya tak stress dan tak nangis2..

– Alice Nadia

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *