Stress Surihati Doktor

Assalamualaikum, terima kasih admin sudi publish nukilan aku ni. Okay. Ya aku isteri kepada doktor. Aku terpanggil untuk tulis juga lepas baca confession tentang suami kepada doktor tu. Kagumnya aku dengan positivity dia. Aku tak tahu nak cerita kat siapa, akhirnya nukilkan kat sini je la. Kami baru 3 bulan berkahwin. Sebelum aku kahwin, aku dah grad master selama 4 bulan dan baru saja bekerja kontrak masa tu.

Aku berhenti kerja dan tolak semua tawaran bekerja kerana mengikut perancangan bakal suami aku. Aku kena ikut tempat kerja dia supaya mudah untuk tinggal bersama selepas berkahwin. Bakal suami masa tu dah bekerja almost setahun dan dia dalam fasa housemanship. Kami bertunang 3 bulan sahaja dan sebelum tu kami saling tak mengenali antara satu sama lain. Dalam tempoh bertunang tu pun contact just untuk bincang pasal majlis je.

Okay, selepas berkahwin, macam biasa lah bermula episod mengenali karakter masing-masing. Dan proses memahami. Kat sini aku rasa kekurangan banyaknya datang dari diri aku. Aku tak mampu memahami kerja suami aku. Suami aku tengah houseman sekarang so jadual dia agak padat dan banyak masa dia habis kat hospital. Hari yang sepatutnya dia cuti pun dia pergi kerja dan balik lewat. Aku tertunggu-tunggu waktu dia balik kerja. Kalau dia balik kerja lewat lebih dari waktu dia sepatutnya balik, aku mula resah. Aku mula jadi marah, terutama bila dia langsung tak inform aku yang dia balik lambat. Aku langsung tak boleh tidur menunggu dia balik dari kerja. Banyak kali juga dia sepatutnya balik pukul 6 petang, tapi dia pergi balik pukul 3 pagi tanpa dia bagitahu aku yang dia balik lewat.

Dalam 4 bulan kahwin ni tipulah takde langsung moment sweet dan bahagia tu. Itu aku tak dapat nafikan. Tapi aku tak dapat nafikan jugak yang aku sangat stress sebab kerja suami aku. Aku stress sampai waktu aku tunggu suami aku balik aku keluar sorang-sorang, aku tak sedar aku pergi mana. Aku keluar dari pukul 10 malam sampai 2.30 pagi. Sebab masa tu suami aku supposedly balik kerja pukul 9 malam. Tup tup aku tak sedar aku dah balik rumah tengok-tengok suami aku dah balik dan dia dah tidur. Langsung dia tak risau dan cari aku pergi mana. Masa tu pukul 2.30 pagi langsung aku tak sedar aku pergi mana dan apa aku buat. Pernah jugak masa aku tunggu suami aku balik kerja aku tumbuk dinding dan ambil pisau nak tikam perut aku. Tapi Allah masih bagi kewarasan pada aku, aku just bengkokkan pisau tu.

Aku dah banyak kali merajuk dengan suami aku sebab dia selalu balik lewat dan aku cakap kat dia aku semuanya salah aku sebab aku tak boleh memahami kerja dia. Aku rasa sorang-sorang kat rumah dan memang aku bekerja pada waktu siang. Tapi aku masih rasa stress. Sampai aku cakap kat suami yang dia sepatutnya kahwin dengan doktor jugak supaya both saling memahami kerjaya masing-masing. Bukan kahwin dengan isteri macam aku. Ataupun, aku suruh dia cari orang lain yang betul-betul boleh faham dia, bukan aku yang banyak susahkan dia. Sekarang ni semua orang termasuk keluarga aku, keluarga mertua expect aku sepenuhnya boleh adapt our married life and his working life. Hakikatnya aku sangat stress.

Ditambah pula bila aku nampak suami aku selalu reply comment dan story di Instagram doktor dan nurse-nurse dan ada juga perempuan yang aku rasa tak perlu pun buat macamtu melainkan hal kerja. Aku pun tak tahu siapa mereka. Rasa sedih sangat. Ya, aku tahu aku belum mampu memahami suami aku dan kerja dia. Aku selalu fikir alangkah baiknya kalau suami aku kahwin dengan doktor juga supaya saling memahami dan tiada isu dan masalah yang akan timbul. Aku rasa sangatlah tak layak menjadi isteri dia sebab bukan memudahkan dia tapi menyusahkan lagi adalah. Sampai aku putus asa dan nak berpisah saja dengan suami.

Aku asyik stress dengan benda yang sama je. Sampai aku sendiri rasa takut dan boleh expect bila aku akan stress dengan benda tu. Life kami dah macamni, macam mana kalau ada anak nanti, mesti aku lagi stress. Aku seronok tengok life kawan-kawan aku yang lain yang dah berkahwin takde pun nak stress macam aku rasa sekarang. Ya, mungkin mereka ada ujian mereka sendiri. Cuma untuk kes aku ni serius aku tak boleh nak hadapi. Aku dah putus asa, aku rasa sorang-sorang dan ditinggalkan. Aku rasa takde function aku kahwin. Selalu orang cakap pahala aku berganda-ganda sebab sabar kahwin dengan doktor. Yelah mudahnya berkata, tapi yang hadapi ni tak tertanggung azabnya.

Sebelum ni, tak pernah langsung aku terfikir nak kahwin dengan doktor. Aku dapat tahu dia doktor pun agak lewat dan masa tu aku dah tersuka dia. So, orang yang menguruskan perkahwinan kami memberi keyakinan pada aku untuk berkahwin dengan suami aku ni. Everything yang aku expect sebelum kahwin memang totally different. Everything changed 360 degrees. Emosi dan lifestyle berubah serta merta. You have to TOTALLY blend with his life. Dia bangun pergi kerja pukul 5 pagi dan balik kerja pukul 11 malam aku dah biasa ikut rutin tu.

Aku bangun pukul 4 pagi hari-hari untuk sediakan bekal untuk dia. Makan malam kami pukul 11.30 malam. Bayangkanlah tidur dalam keadaan perut penuh. Yelah takkan nak tunggu hadam makanan tu mata dah mengantuk sangat esok aku kerja. Pernah juga aku masak dan suami balik kerja langsung dia tak makan dan terus tidur. Langsung dia tak cakap minta maaf ke apa. Lastly, esoknya semua makanan tu basi sebab aku makan pukul 5 pagi sebelum pergi kerja. Allah je tahu perasaan aku masa tu. Aku tak kisah tentang rutin ini sebab semuanya aku berbuat kerana Allah semata.

Bila aku mengadu kat dia yang aku susah nak faham lifestyle dan kerja dia. Aku tak banyak membantu dia. Lepastu dia cakap aku dah bantu dia sediakan makanan, iron baju, laundry dan kerja rumah lain. Tapi, entah kenapa aku rasa itu bukan semata-mata fungsi seorang isteri. Ya, mesti semua cakap kerja doktor memang macamtu, kena faham lah. Dah kahwin dengan doktor, kena lah rela hati terima semua tu. Ya aku tahu sebab aku dah rasa. Tapi aku sangat stress sekarang ni, aku dah cuba banyak kali manage stress aku ni, tapi end up stress bertambah dan aku rasa nak bunuh diri je. Dia stress kerja sampai ke rumah bawa balik.

Aku serba salah sangat langsung tak dapat bantu dia hal kerja dia. Tak dapat nak discuss dan share about medical stuff. Bila aku cuba bagi pendapat dan nasihat supaya dia kuat semangat sikit, suami aku mesti akan cakap, ‘awak tak faham’. Aku dah boleh expect ayat tu akan keluar dari mulut dia. Bertambah rasa down dan guilty aku sebab tak dapat nak bantu suami aku. Sedih sangat tengok dia macamtu, tapi apakan daya aku tak mampu. Sekarang ni hari-hari tak putus aku titipkan doa dalam setiap solat aku untuk suami supaya dia diberi kekuatan oleh Allah. Walaupun dalam keadaan aku dah putus asa dengan perkahwinan kami.

Lagi satu yang buat aku stress, kalau balik ke rumah mertua. Aku selalu dibeza-bezakan oleh mak mertua dan suami aku sendiri. kakak ipar aku pun doktor juga dan selalu dipuji kerja doktor tapi boleh je urus rumah buat kerja berat. Tapi aku ni kerja office hour je pun tu pun kerja sementara, so ada masa banyak untuk suami dan nak uruskan kerja rumah. Mereka berborak indirectly, tapi aku faham maksud mereka tu. Apapun, aku sepatutnya tutup telinga je. Itu hanya pendapat keluarga mertua dan aku perlu hormati. Sebab ini rumahtangga kami, kami yang hadapi sendiri.

Jadi, sekarang ni aku mohon doakan aku, nasihat aku apa patut aku buat. Aku dah down sangat-sangat sampai rasa tak suka nak ambil tahu pasal suami aku lagi sebab suami aku pun tak ambil tahu pasal aku. Maaf kalau aku terlalu negative. Ya, ada ramai diluar sana yang kahwin dengan doktor. Tapi mungkin kisah kita berbeza.

– Zar

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *