Assalamualaikum. Banyak cerita saya baca pasal company cina pilih kasih kebelakangan ini dan ada juga komen pembaca lain yang share kisah supportive menyentuh kaum lain. If you have some time, I would like to share a story of mine, for you to stand in my shoes and feel a bit of what it has to be felt to be a chinese in Malaysia. Story santai je ya.
I am from keluarga sederhana, sekolah rendah Cina dan sekolah tinggi pun Cina. Jadi memanglah kawan saya sejak kecil hingga form six cina je. Nak share sikit scene/keadaan yang pernah berlaku dan menyentuh perasaan saya sebagai seorang anak malaysia.
1. Dulu ni i kaki aktiviti, byk aktiviti sekolah i join, jadi dapatlah pi sekolah lain. First feeling when bus get closer to a sekolah kebangsaan, WOwwwww, BESARnya sekolah depa. Cantiknyaaa….. Ada padang bola besar, ada blok asrama banyak, tak habis nak jalan kawasan luas tu. Memanglah saya jealous dalam hati, jealous budak-budak je, tapi the feeling was real and is still real.
2. Went to pemilihan Navy. I failed the pemilihan btw haha. Only 3 chinese including me out of a few hundred Malays. Saya fikir asal tak ramai indian dan chinese, padahalnya saya excited kot for join pemilihan mcm ni, baguslah kalau dpt peluang serve negara cintaku.
Ada satu masa ini bila kami semua calon lelaki kumpul di padang. Ada pegawai lain bawa kumpulan calon perempuan lalu kawasan situ. Geng lelaki ramai yang berbunyi whew…. whew… secara kuat. Satu je perasaaan saya waktu tu, budak Melayu ni memang kurang ajar dan tak da respect kat perempuan ke, I geram dalam hati rasa nak tampar orang je. But I muhasabah, bukan tiap Malay like that.
3. Selepas tu I belajar gov institute. Banyaklah melayu saya campur waktu tu. Utk bdak cina mcm I yang baru nak hidup berasrama dan belajar dengan kelompok melayu majoriti, banyak yg terlintas during the proses. Issh, banyak budak melayu yang bercouple, cakap je haram tapi buat juga. Bonceng motosikal bf gf lah bagai. Pakaian ketat bermanja2.
*Saya ingat lagi seorang rakan melayu saya yang cakap dengan I : tengok islam bukan tengok kaum Melayu yang mengamalkan, sebab manusia ni banyak silap, ibadah masing2, jgnlah judge pada bdk islam yang tidak mengikuti amalan tetapi menghayatilah bdk islam yang betul2 mengamalkan apa yang diajari. I believe this applies to all. Jgnlah korang kondem sesuatu kaum bila satu insiden berlaku, habis tu share bagai2 kat internet. Korang rasa sgt bangga ke dgn apa yg korang tulis tu, jatuhkan orang dpt bangunkan darjat u ke? Buat malu je buat post racist.
4. Saya fyp dengan 2 budak melayu. Ketua kami laki melayu pahang, jenis jaga solat, tak becouple2. Dia ni serius cakap cgpa jaga, bukan jenis yang telan buku, tapi dia elok je mengetuai kumpulan fyp. Dia reti kerja deadline dengan cara diplomatik, dia bincangkan semua hal. Saya memanglah sejuk hati dapat ketua fyp mcm tu.
5. Ada sekali universiti mai promote sambung belakar kat kolej kami, Beliau tak habis2 cakap KALAU BUMIPUTERA, kalau BUMIPUTERA….. dapat pinjam loan convert ke biasiswa lah…. benefit bumiputera sambung belajarlah, she doesnot touch the part of nonbumiputera at all. I was jeling kat dia and dia buat tak tahu. I was like, seriously???? Korang asyik cakap pasal Melayu ditindas, dianaktirikan.
Tolonglah, kami (non bumiputera on the papers) felt the real way of DITIRIKAN seumur hidup. Kami sama2 lahir atas bumi ni, tapi asyik duduk dengar melayu Tuan yang lain tu tumpang je. It is not about race, it is humanity.
6. Saya suka kawan melayu sebab korang byk menolong (bukan maksud kaum lain tak bantu ya, i peninglah dengan keyboard warrior yang bodoh mempejuangkan syaitan haha). Ada sekali waktu 10 malam kat kl, saya sesat naik bas. Saya cuba tanya jalan kat guardhouse hotel yang berapa abang melayu kat situ.
Saya niat nak tanya arah je sebab saya ok je nak jalan kaki. Haha, saya ni macam laki jadi tak takut lah. Lagipun saya kaki acara larian. In the end, the friendly abang offered to hantar i dengan motor pi detinasi saya. Syukur I dengan tindakan abang2 tu, saya juga doakan yang terbaik utk korang ya.
Terima kasih sebab membaca. Tolonglah korang share lebih insiden yang supportive dan encouraging, stop cuba mempecahbelahkan Malaysia. You and I sama2 anak Malaysia kot.
– ANAK MALAYSIA
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit