Kisah Seorang Doktor

Assalamualaikum, saya seorang doktor yang telah bertugas di Malaysia selama sepuluh tahun. Grad dari UK London. Dalam tempoh sepuluh tahun ini, saya bekerja sebagai seorang doktor kerajaan untuk membayar servis hasil daripada ikatan kontrak dengan JPA selama sepuluh tahun.

Sepuluh tahun ini, kalau kata pendek, tidak juga. Kalau kata panjang, saya masih ada 25 tahun bekerja sebelum pencen. Jadi, tidak juga. Tapi sepuluh tahun ini saya tidak pernah merungut kerja susah. Terima kasih kepada Tuhan kerana semakin lama saya bekerja, kerja dirasakan makin mudah. Yang cumanya, saya masih tidak mempunyai teman lelaki.

Saya membuat keputusan untuk kembali menjalankan servis dengan JPA kerana sebab peribadi. Kalau dah ada kontrak dengan kerajaan, memang patut membayar balik dengan apa jua cara pun. Itu kepercayaan saya. Jadi walaupun pernah jeles dengan rakan-rakan yang membayar balik bayaran ganti rugi dan tidak perlu bekerja dengan JPA, saya adalah tidak dapat berpisah dengan RM 160,000 tersebut.

Jadi dengan segala nikmat pada Tuhan, berjaya juga saya bekerja sehingga sepuluh tahun. Dalam Masa sepuluh tahun ini, Saya telah dinaikkan pangkat dua kali, mengambil Master dan melanjutkan pelajaran dalam bidang Kesihatan Pekerjaan, dan memegang jawatan Ketua Penolong Pengarah di salah sebuah hospital berpakar major.

Walaupun bekerja dalam jawatan yang bagus, namun ramai rakan-rakan saya di luar negara telah menjadi pakar perunding. Jadi, walaupun mereka tidak menjalankan servis dengan kerajaan, namun mereka telah naik ke pangkat yang lebih tinggi. Dalam pada itu, saya pernah terfikir adakah lebih baik andainya saya bekerja di luar negara dan menyelesaikan bayaran ganti rugi? Namun masa depan memang bukan seperti yang kita predict.

Jadi saya pun redha dengan apa yang saya telah terima daripada Tuhan dan hanya berterima kasih atas apa yang saya dapat selama ini. Andainya saya telah memilih untuk menjalani laluan ini. Saya tidak patut memgimpikan lagi apa yang saya boleh dapat seandainya mengikut rakan-rakan saya yang lain. Setentunya saya akan menjadi RM 160,000 lebih miskin seandainya mengikut rakan-rakan saya. Tapi kini saya telah menjadi RM 3.5 just lebih kaya kerana membuat pelaburan dalam tanah kelapa sawit dan melabur dalam hartanah.

Saya juga tidak lagi menginginkan untuk mencari teman hidup sebagaimana sepuluh tahun lepas di mana saya mencari teman hidup dengan aktif. Kini saya mampu memiliki kesemuanya yang saya inginkan, tiada lagi kekecewaan dalam hidup saya. Bulan depan saya akan memohon pelepasan daripada JPA dan akan menjadi bebas semula. Itu sahaja yang saya inginkan buat masa ini.

Diharapkan cerita saya yang tidak seberapa ini akan dipaparkan untuk mendorong lebih ramai pelajar JPA pulang ke tanah air. Memang kadang-kala kita akan jeles dengan rakan-rakan, tetapi itu adalah perasaan sementara sahaja dan tidak akan kekal.

– Suria

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *