Hari ni cukup 5 orang friendlist FB aku unfollow setelah sekian lama aku cuba berfikiran positif. Tak sanggup lagi aku nak hadap newsfeed mereka yang boleh membuatkan hari2ku murung. Buat semua pembaca yang ada FB, ambil iktibar.
Calon pertama yang aku unfollow ialah mak lang aku sendiri. Pagi2ku akan kemurungan sebab tiap2 pagi mak lang akan share dua gambar, selfie dan OOTD kat office. Yang aku perhatikan, baju2 kerja mak lang dalam sebulan memang tak kan berulang. Tak dinafikan, mak lang aku memang cun macam anak dara walaupun umur dah nak 50 tetap rajin bermakeup dan bergaya. Lama jugak aku jadi follower “see first” mak lang sebab aku suka tengok confident level mak lang. Aku mula rasa tak seronok follow bila mak lang start misi kurus dia. Sejak kurus, baju2 mak lang makin ketat, seluar legging, jeans sempit dan tudung transform daripada bawal ke turban yang nampak leher dan telinga. Kalau ada event, memang seronok tengok mak lang bergaya ikut tema. Tapi maaf mak lang. Saya tak nak tambah dosa2 kering saya.
Calon kedua ialah kawan baik aku sendiri masa sekolah rendah. Shasha memang seorang yang comel, kecil molek dan berlesung pipit. Selalu jugak aku like gambar dia dengan laki dan anak bujang dia sebab dia kawin muda lepas SPM. Tapi sejak dia dah resign jadi housewife dan start bekerja office, makin rajin pulak dia post gambar selfie muka comel tayang lesung pipit mulut itik. Siap banyak buat video tiktok kenyit-kenyit mata mulut muah-muah sebab member-member dia akan komen puji comel la awet muda la geram tengok lesung pipit la. Aku bukan jeles tapi aku rasa tak selesa dengan aksi-aksi kurang matang dari seorang wanita berusia 30 tahun.
Calon ketiga ialah sepupu lelaki aku sendiri. Bujang bekerja umur 20-an yang sangat suka share video pondan lepastu tag sorang member dia. Ada satu masa tu, member dia yang kene tag tu macam stress asyik kene tag dan komen balik “kau apesal asyik tag aku ni?”. Ingatkan dia dah tak tag dan share lagi lepas kene sound public macam tu. Tak insaf jugak sepupu aku ni. Memang la video tu lawak. Pondan tak ada gigi makan McD la, pondan Filipina terpelecok pakai heels la. Aku rimas kenapa aku terpaksa tertengok terautoplay video macam tu.
Calon keempat ialah kawan baik aku masa sekolah menengah. Tahap buddy, group reunion dan group whatsapp. Dia ni sejak bercinta sampai la anak 3 sangat suka share update hidup dia kat FB. Rata-rata post dia tu tak sampai 10 likes pun. Yang aku pernah perasan untuk “terkira”, satu hari dekat 5 kali post dia update. Benda remeh je pun nak bagitahu. Contohnya nak mengadu tangan lenguh dan kuku rosak lepas angkat barang2 berat time pindah. Tu belum lagi dia share post2 throwback yang FB bagi reminder. Sorry sahabat, aku terpaksa unfollow. Sampaikan masa reunion dia pernah marah aku “ Weh, tak kan kau tak tahu kot? Kan aku ada share kat FB”. Dengan yakin aku jawab aku tak aktif FB.
Calon terakhir ialah member tak rapat satu UMS dulu. Mostly post2 dia semua berbaur prasangka termasuk la terhadap suami sendiri. Contoh: gambar anak tunggal tengah mewarna tepi laptop dia. Caption: Pika la harta mommy dunia akhirat. Tak apa mommy susah2 cari duit incase apa2 jadi pada kita (tag suami dia)”. Yang aku tak boleh brain, aku komen kat satu gambar dia tengah angkat stok baru. Aku puji la “Waa…. Iron lady la sis ni”. Terus aku kene balas “Thanks sis. Jangan tengok saya macam perempuan lembik ye. Maaf saya bukan surirumah yang jenis harapkan duit laki tak menjana ekonomi negara. (emotikon smiley)”. Ok fine. Minah ni aku unfriend terus. Adios! Minah mental ni aku follow sebab aku terinspirasi dengan bisnes personal shopper IKEA dia tapi bila dah sampai tahap riak, sorry. Tiada kompromi.
Aku sebagai seorang surirumah berpelajaran, ibu kepada 3 orang anak, ada bisnes harian kecil2an sangat suka kalau friendlist share pasal update bisnes. Lagi2 kalau yang rajin bagi tips ke resepi percuma ke memang aku rajin belanja like. Aku juga suka komen kat post2 motivasi (bukan kata2 motivasi) yang boleh bagi inspirasi seperti journey kurus ke pengalaman seorang guru ke cabaran seorang doctor bujang ke atau jatuh bangun seorang ibu tunggal.
Yang paling aku suka like ialah post pasangan yang belum ada rezeki dikurniakan anak atau kawan2 yang belum ada rezeki dapat jodoh. Post2 diorang bahagia pergi melancong, dating berdua atau jalan2 cari makan konfirm aku like tanda sokongan mereka sangat positif dalam hidup.
Akhir sekali, post2 berbaur politik, isu semasa, isu sensitive dan perkauman memang aku perhati je tanpa like atau komen sebab aku boleh tahu tahap pemikiran tukang post, tukang komen. Ya FB ni hak masing-masing, sebab tu aku tak ada la nak personal tegur.
P/S: Anda bertanggungjawab terhadap apa yang anda post. Anda membawa bersama maruah anda, suami dan keluarga. Ambil yang jernih, buang yang keruh daripada confession ini.
– Makcik Sarapan
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit