15 Tips Azam Duit 2019

1) Tahun baru, gaya menyimpan pun kena lah baru. Kalau anda memang dah pasang niat untuk “upgrade simpanan” anda, anda boleh lah baca sampai habis.

2) Bina tabung kecemasan seawal Januari 2019.Katakan anda asingkan RM150 selama 12 bulan sebagai wang tabung kecemasan. Jadi hasil yang anda akan dapat ialah sebanyak RM150 x 12 =RM1800.

3) Susun semula gaji anda secara sistematik. Guna formula 10% untuk perlindungan, 20% untuk pelaburan, 60% untuk komitmen dan 10% untuk enjoy pada hujung bulan.

4) Formula tersebut hanyalah sebagai panduan sahaja. Anda boleh ubahsuai mengikut kemampuan gaji anda.

5) Kalau anda belum membuka akaun Asnb dan Tabung Haji, sila mulakan pada Januari 2019.Orang lain dah maju 10 langkah ke depan, sekarang masa untuk anda pula maju 10 langkah ke depan.

6) Kalau anda menyimpan di Asnb dan Tabung Haji, duit anda akan selamat dari disedut oleh scammer. Jadi anda tak perlu lah nak risau sangat. Duit selamat, keuntungan pun dapat.

7) Kawan dengan orang yang positif. Bina “circle” dan bacaan anda. Kalau sebelum ini anda suka membaca novel anak datuk kaya macam ceo, sekarang sila baca buku berkenaan pengurusan kewangan.

8. “Sila sedar diri, kita bukan anak orang kaya. Tapi kalau kita usaha, kita akan jadi kaya dan stabil.”

9) Sila rancang dana persaraan anda dari umur muda. Kalau anda tak rancang dari sekarang, siap sedia lah untuk bekerja sehingga umur 65 tahun.

10) Nak bina tabung persaraan, tak susah pun sebenarnya. Pergi je melabur di unit amanah (Unit trust) . Purata pulangan tahunan adalah sekitar 8-12%.

11) Kalau anda ada RM1000, buka je akaun PRS (Private Retirement Scheme).

12) Kalau umur anda sekarang 25 tahun,anda akan dapat pulangan simpanan sehingga RM10, 000 hanya dengan bermodalkan RM1000 pada umur 55 tahun nanti.

13) Sila kawal diri dari “habiskan duit” pada perkara yang tidak berfaedah. Jangan sibuk nak belanja girlfriend setiap minggu kalau simpanan pun masih ke laut. Si dia bukannya halal lagi untuk kau, baik anda belanja mak ayah anda.

14) Sila pasang niat untuk konsisten hulurkan duit kepada ibu bapa anda. Di sebalik duit yang anda hulurkan pasti akan ada rezeki besar yang sedang menunggu anda.

15) Kalau tahun 2017 simpanan anda masih kosong, 2018 pun masih kosong. Jadi sudah tiba lah masa untuk anda berubah. Kalau taknak berubah? Haa pergi cari anak datuk. Tu pun kalau dia terima kau lah. Haha.

– Aidil Nor Adha

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *