Assalamualaikum semua pembaca IIUMC. Terpanggil untuk menulis juga selepas baca confession yang lebih kurang macam ni, sebelum ni. Saya sokong sangat sangat confession sis ‘Amy’ (https://iiumc.com/cara-uruskan-suami-bergaji-rendah/), sebelum ni. Cuma kes ni gaji saya lebih rendah dari suami.
Husband saya pun jenis macam tu, kurang arif menguruskan wang. Beliau tidak boros tapi kurang berkebolehan dalam menguruskan wang sendiri. Sejak dari saya mula bercinta dan berkawan dengan dia saya dah dapat track yang dia ni memang tak pandai manage kewangan. Nak kata gaji sikit tak jugak sebab masa saya mula kawan dengan dia start gaji dia masa tu bawah 2k (fresh grad) kemudian dapat naik gaji jadi 2.7k. Masa start gaji rendah tu saya boleh accept lagi takda saving.
Lepas 2 tahun, Kemudian slowly die lompat kerja dapat gaji 4k. Dia plan boleh simpan untuk kahwin tapi tak berjaya juga. Walhal takde komitmen. Cumanya tidak dinafikan dia memang tidak kedekut, mudah bagi orang pinjam duit. Masa zaman bercinta dengan dia , memang dia takde komitmen kereta atau apa pun. Yang ada hanya komitmen bil telephone tu pun selepas saya ajak die guna prabayar. Lagi satu duit dia tak habis dekat saya pun tau jgn salah faham. Sebab dia bukan jenis sweet takde maknenya bagi saya hadiah handbag ke, surprise yang dapat sejambak bunga chocolate ke, dekat cafe deko deko. Oh tidak sama sekali! (Sampai dah kahwin ni pun takde ok hahaha)
Tapi yang saya hairan mana pergi duit beliau. Saving takde (mean tak lebat, dapat gaji hujung bulan tinggal ciput) So nak dijadikan cerita sampailah dia berhenti kerja yang 4k tu dalam setahun setengah macam tu. Penghabis nya tak cukup juga saving untuk kahwin (plus dah rolling buat bayar saman ex comp sebab berhenti tak cukup notis 2 bulan kene bayar pampasan dalam 4k++ , last last licin). Beberapa bulan sebelum dia berhenti tu kami dah planning baru yang mana setiap bulan dia kene transfer RM1-2k dekat saya untuk saving kahwin. Tapi tulah baru nak saving tetiba dapat surat saman ex-comp dia tu (dia tunjuk surat) dia minta izin nak bayar guna duit kahwin (saving dia yang dgn saya tu) untuk bayar sebab kalau tak kene naik court and blacklisted dekat bank (ccris).
Masa tu putus harapan kejap nak kahwin haha geram betul masa tu dahla baru nak saving tetiba dapat saman pulak tapi geram pun hati masih kuat nak kahwin dengan dia. Lepas tu dalam masa yang sama dia cari kerja lain yang boleh offer lagi better. Cari punya cari interview punya interview alhamdulillah tak sangka rezeki Allah maha kaya. Macam tak percaya masa tu mungkin rezeki nak kahwin. Dia dapat offer gaji 6k, serius memang syukur sangat. Rasa macam Allah mudahkan sangat nak kahwin saving dia pun masa tu dah tinggal berapa sen je lepas bayar saman tu.
Bila dapat kerja baru tu saya propose dekat dia biar saya pegang duit tu lagi kali ni walaupun gaji tinggi dari sebelum saya tetap nak pegang, dia pun setuju. Simpankan untuk kahwin. Start pada situ lepas saya buat kira kira dia boleh bagi saya dalam 4k sebulan (target kene tinggi haha bak kata pepatah ‘shoot for the moon, if you miss, you may hit a star) untuk simpan selebihnya baki tu untuk duit belanja dia. Dan setiap bulan saya akan follow up macam ceti haha. Ada masa nak pakai duit kadang dia ada hal tak dapat juga simpan 4k kadang kurang, kadang 2k-3k setiap bulan ke account saya. Oh account yang dia transfer ke saya tu adalah ke account yang saya tak guna. Means situ saya jadikan bank kahwin. Saya tak akan campur dengan account gaji saya sebab nanti pening susah nak trace and pantau.
Saya jadikan cimb account saya tu account tempat die saving duit kahwin dan saya kosongkan account tu (memang baki sikit je pun dalam tu). Setiap bulan saya akan tengok berapa dah collection. In case dia tak cukup duit abis dah duit belanja dia saya akan transfer beberapa amount ke account dia untuk dia guna. Tapi bulan depannya dia kene transfer lebih tapi kadang saya biar je. Dia akan minta izin saya untuk pinjam duit saving yang saya pegang tu. Dia target dia nak cukup RMXX++. Dia terus nak masuk meminang. To be short, lepas itu ini kejadian itu ini, keluar masuk duit, tak sampai setahun dapat kumpul dan majlis berlangsung. Dan dia kata lepas kahwin pun dia suruh je saya pegang duit gaji dia. Die serah dekat saya 100%.
Habis cerita bab nak kahwin masuk alam rumah tangga. Sampai hari ni memang duit gaji dia saya uruskan. Setiap bulan saya akan uruskan duit gaji dia. Saya siap buatkan dia maybank2u supaya saya senang nak pantau dan senang nam transfer duit (dia tak pernah ada sebelum ni haha). M2u tu memang 100% saya yang pegang, dia serah dekat saya dan dia tak pernah amik tahu pun apa password m2u dia (Parok gak laki aku nih haha)
Setiap bulan bila dia dapat gaji saya akan allocate duit gaji dia untuk saving dia berapa (amount saving dah sama la mcm bujang), oh sekarang dia dah ada komitmen rumah (nanti saya cerita), insuranse life, expenses dia macam bil hp, bayar kereta saya hikhik (sebab dia takde komitmen kereta dan kami plan guna 1 je kereta saya ni dulu sampai habis bayar, then baru plan utk beli kereta yang lebih baik), bil api air, etc. Saya akan allocate setiap bulan bila gaji dia masuk kemudian saya akan tinggalkan bberapa amount utk perbelanjaan harian dia yang dia bebas untuk cucuk bila bila masa tapi saya akan ada seisi q&a juga kalau overspend bila tengok dekat transaction history tu kalau hari ni dah cucuk sekian amount esoknya cucuk lagi sekian amount ha accountant bank mesti la query balik. Haha.
Kata accountant, ye dak? Hehe. Sayalah accountant dalam rumah tangga sayalah yang akan bertanggungjawab dengan gaji dia. Dan setiap bulan saya eager nak tengok saving dia bertambah. Dsbbkan mmg saya yang akan access m2u dia setiap bulan sy transfer sekian amount dalam tabung haji dia untuk saving dia dan setiap bulan segala transaction sy uruskan. Saya set TAC tu no telefon dia so setiap bulan saya akan minta izin dia utk buat semua transaction tu dah saya akan dia ready utk bagi TAC sbb biasanya sy akan buat masa di office dan dia masa tu dekat tempat keje dia.
Jadi untuk respect duit dia sebab tu saya letak TAC tu no dia walaupun sy boleh je letak no saya dan saya boleh je set as favorite so tak perlu TAC, atas sebab nak hormat dan nak dia tahu duit dia kemana saya lebih suka guna TAC. So dia akan notice setiap bulan ke mana duit dia. Dan lepas tu saya akan screenshot dan hantar dekat whatsapp dia sebagai report dan rekod untuk dia tahu. Tapi kadang dia tak amik port pun. Nasib baik accountant dia ni jujur dan tawaduk!
So, macam tulah flow setiap bulan dan dia pun sekarang gembira bila saya buat report dekat dia setiap bulan saving dia dah berapa dan berapa dekat Tabung Haji dia. Oh yang pasal rumah tu sebulan lepas kahwin kami terus usha rumah dan alhamdulillah loan semua lulus dan dapat bayar booking rumah dalam 5k guna wang hantaran yang dia bagi kat saya tu (hasil dia kumpul duit kahwin campur untuk hantaran tu saya offer untuk dia guna balik buat bayar booking rumah termasuk fees semua). Rumah tu kami beli full loan.
Masa tu dalam setahun lebih kahwin dapat balik dah cover duit yang dia spend untuk kahwin, eh kahwin tu saya pun ada juga guna duit saya macam baju kahwin, photographer, etc. Eh, tak payah cerita la detail kahwin tu motif nak cakap psal accountant kan. (Tu kene confess lain, hehe). Dapat juga lah honeymoon dekat negara yang teringin nak pergi. Hasil pengurusan wang yang betul. Hehe.
Kesimpulannya tak kira la gaji kita banyak ke sikit ke, kene la pandai uruskan. Kadang gaji besar pun kalau tak pandai manage tak guna jugak. Cuma nya kalau gaji besar is a bonus. Bonus juga untuk suami yang tak ego. Hehe. Assalamualaikum..
– Isteri orang
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit