Apa Faedah Merokok Dalam Kehidupan?

Baca tajuk mesti akan datang ahli kelab persatuan perokok tegar Malaysia (PPTM) kecam aku. Mesti ada punya yang kecam dengan confession aku kali ni. Yelah bermula 1 Januari 2019 semua premis makanan dijadikan kawasan larangan merokok kalau nak merokok kena 3 meter dari kedai makan. Konfirm PPTM mogok nak lepak mamak lah kan.

Baiklah nama aku Fais dah berumur akhir 30-an, bekas perokok tegar dari bermula berumur 12 tahun. Ayah aku non-smoker, adik lelaki aku ada 2 orang non-smoker. Aku dan abang aku (dah arwah 3 tahun lepas sebab kanser paru-paru) adalah heavy smoker bila di rumah. Bila lepas makan aku dengan abang aku berlumba merokok sambil berborak. Memula merokok dalam rumah, yelah sapa nak marah. Tapi lepas bapak aku masuk hospital disebabkan sesak nafas, aku dengan abang aku merokok di luar rumah.

Mesti tanya kenapa aku suka merokok? aku mula belajar hisap rokok waktu darjah 6, lumrah bagi seorang budak sekolah nak tunjuk macho hisap rokok gudang garam 30 sen. Mula-mula mencuba lah dua tiga kali sedut time sekolah agama, sebab sekolah agama jarang ada sport-check. Kemudian eh best rasanya merokok, rasa macam menikmati nikmat dunia (kononnya). Masuk asrama pulak tu semua jenis jantan, maka makin bertambah keyakinan aku nak menikmati bersama rakan-rakan. Tapi aku tak pernah kantoi merokok di asrama, sebab mungkin bibir aku merah jambu dan aku berwajah suci berbanding patner merokok yang lain.

Sampai lah zaman universiti, bila stress je aku merokok, bila dapat take 5 dalam kelas maka aku manusia pertama keluar membakar mulut, sampai lah aku kena tegur dengan pensyarah tu. Maka kelas dia je aku tak pergi merokok. Bila alam kerja lagilah aku semakin menjadi, sehari boleh capai 2 kotak paling sikit. bila client minta draft nak cepat, bos suruh masuk site lah, maka makin stress makin kerap aku nyalakan api.

Nak dijadikan cerita aku memang PPTM ahli setia, dan bila aku kahwin, anak aku yang 1st ada masalah kesihatan, aku mula rasa aku bersalah dalam hal ni. Maafkan daddy duhai anak. Daddy yang bersalah dalam hal ini. Berulang alik juga aku ke hospital disebabkan kesihatan anak aku. Masa memula doktor jumpa aku, aku lepas merokok bau nya masih kuat. Doktor tu kebetulan senior aku yang dulu sama-sama menghalau nyamuk masa sekolah, atas nasihat dia minta aku kurangkan merokok untuk kesihatan anak. Jadi secara slow slow aku cuba berhenti merokok dalam tempoh 6 bulan. Seksa woooo tak perasap kan mulut ni. Jadi sepanjang 6 bulan aku kurangkan merokok dan bila merokok je mesti mandi dulu sebelum nak dekat dengan anak.

Tapi bila aku berhenti merokok, duit aku rasa sangat jimat. Siap boleh saving untuk travel lagi, lagi satu bila aku stop totally resign dari PPTM, aku on time solat, aku makin jaga ibadah aku, aku makin kurang mencarut, dan prestasi kerja aku makin baik. Bila stress aku tak merokok, tapi aku cepat-cepat wuduk dan baca quran. Kira aku amalkan healthy life lah.

Aku sebenarnya ambil ikhtibar dari sakit anak aku tu, mungkin tu asbab juga aku nak berhenti. Yelah hampir 20 tahun lebih aku merokok maka inilah saat paru-paru perlukan keselesaan yang baik. Dan sebenarnya, aku lebih terkesan dengan pemergian abang aku juga yang sama-sama ahli PPTM, abang aku di diagnose lung cancer final stage, kira dia tak sempat berhenti dia dah kena lung cancer. Abang aku amalkan gaya hidup bersukan tapi merokok tetap jadi santapan.

Sampai bila masa dia nak meninggal, mulut dia hitam je sentiasa disebabkan toksin-toksin rokok tu keluar, tu belum part tengok dia muntah keluar hitam je, ingat kena santau rupanya tu semua toksin rokok. Rasa pedih je masa aku tengok tu. Alhamdulillah abang aku meninggal dengan senang. Kan ada adik aku yang tak smoke langsung tu kan, aku sebenarnya jealous dengan dia, sebab setiap bulan dapat hulur dekat mak ayah aku lagi tinggi dari aku, padahal dia kerja biasa je tapi sebab tak merokok jadi duit dia banyak bantu mak ayah aku.

Nah sekarang time aku nak buat soalan sikit dekat ahli PPTM tentang apa faedah kau hisap rokok?

1) Kami hisap rokok sebab kami bantu negara tambahkan pendapatan cukai negara.
– Selama hari ini cukai kedua terbesar negara datang daripada penjualan hasil tembakau (rokok). 3.6 billion dijangka 4.6 billion pada 2019. Ha betul lah rokok dan tembakau ni cukai kedua terbesar negara, tapi kena ingat juga cukai yang bayar tu akan jadi balik kos untuk tanggung kesihatan kau tu balik, tambah dengan kesan kau merokok orang lain dapat penyakit pun jadi tanggungan dari hasil cukai tu juga. Maka jadikan ni win-win situation.

2) Rokok bantu kami tanggani stress.
– Aku dulu jenis manusia stress je rokok stress je rokok. Tapi bila aku ubah semula 360 darjah kehidupan aku selepas merokok aku jadi tenang. Bila stress aku wuduk, solat sunat tak pun buka al-quran baca sehelai pun dah tenang. Nak lagi senang kau makan pil selsema tapi jangan overdose, kau tidur lah.

3) Aku merokok 50 tahun masih je hidup.
– Bang, nyawa ni Allah yang jaga. Kadang orang yang tak hisap rokok pun boleh mati sebab kanser paru-paru disebabkan hidu asap rokok tiap-tiap hari. Tapikan bang, kau hisap rokok 50 tahun, sperm kau confirm ke sihat? HAHAHAHAHA.

Lain-lain faedah merokok boleh komen dalam confession ni. Aku nak tahu sejauh mana faedah merokok ni. Alhamdulillah hari ni seronok aku rasa lepak mamak bawak anak aku umur 2 tahun, kalau tidak memanjang aku terpaksa cari kedai makan beraircond je lah nak makan. Kopak duit kalau lepak situ. Tapi sejak semalam bila dah jadi larangan bertambah happy lah aku sebab dah boleh nak bawak keluarga pekena teh tarik mamak.

Bagi aku bekas seorang PPTM, aku sarankan berhentilah merokok. Dah terang-terang lagi rokok ni haram, kau nak suluh pakai obor ke fatwa yang rokok ni haram? Sebab tu jarang aku jumpa kawan aku yang merokok ni tak mencarut dalam sehari, sebab dah mulut pun sedut benda haram. Lagi satu dari membazir duit beli rokok, apa salahnya duit yang kau guna beli rokok tu simpan bawak mak ayah hantar pergi umrah. Sebab ni tekad aku untuk tahun 2019, nak bawak mak ayah aku umrah guna duit yang aku simpan dari aku beli rokok. Doakan aku ye hamba Allah sekalian.

p/s : Dah boleh lepak mamak dengan tenang wahai rakyat Malaysia sekalian.

Assalamualaikum!

– Fais Bekas Perokok Tegar

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *